Ada mangsa gempa Haiti terpaksa makan daun

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PORT-AU-PRINCE: Anite Bertrand dan anak lelakinya, Milky yang mempunyai terlalu sedikit makanan perlu bergantung kepada daun untuk terus hidup hampir dua minggu selepas gempa bumi 7 skala Richter ketika laporan lain menyatakan seorang lagi mangsa yang tertimbus, ditemui selamat selepas 11 hari berlalu.

"Kami tiada apa-apa untuk dimakan jadi kami mengutip daun, merebusnya dalam air dari sungai dan memakannya. Tiada siapa datang membantu dan kami tidak dapat berterusan hidup sebegini. Mustahil makan daun saja," katanya lagi.

Wismond Exantus Jean-Pierre, 22, bekerja sebagai juruwang di Hotel Napoli apabila bangunan itu runtuh, memerangkapnya di balik runtuhan. Dia ditarik dari runtuhan oleh krew pencari dan penyelamat sambil disorak oleh penduduk Haiti yang melihat, walaupun kerajaan sebelum itu mengumumkan ia tidak lagi mencari mangsa terselamat. Beliau memberitahu saudara mara mangsa lain yang terperangkap di balik runtuhan mungkin masih hidup.

"Saya amat lapar," katanya dari katil hospital sebaik saja diselamatkan. "Namun setiap malam saya terfikir mengenai hakikat bahawa saya akan selamat."

Bagi penduduk sekitar Leogane, bandar pertanian tepi pantai yang miskin dan kotor di mana gegaran paling kuat dirasai, bantuan seperti itu amat diperlukan.

Ia terletak hanya 32 kilometer dari ibu kota ini. Anak lelaki Bertrand, Milky duduk berhampiran, matanya terbeliak menahan lapar dengan luka dalam di sebelah kanan kepalanya, ketika mengingati gempa bumi.

Anak lelakinya berada dalam rumah sedang bermain apabila gempa melanda.

"Saya berkejar dan menemuinya sambil matanya tertutup," katanya. "Saya fikir dia sudah tidak bernyawa. Saya dapat lihat tengkoraknya. Saya membawanya ke hospital namun ia sudah runtuh. Tiada ubatan, tiada tempat untuk pergi dan dia dalam kesakitan amat sangat. Dia menangis sepanjang masa."

Selama seminggu budak lelaki itu terbiar dengan lukanya terbuka sebelum klinik sementara dibuka berhampiran dan dijahit.

Leogane sendiri kelihatan seperti dibom rata dengan antara 80 dan 90 peratus bangunan musnah. Di bandar dengan 120,000 penduduk, anggaran terbaik ialah 30,000 maut.

Tiada seorang pun tahu kerana banyak mayat masih tertimbus di balik runtuhan. Kira-kira 500 mangsa adalah pelajar di sekolah St Rose de Lima, yang dipenuhi kanak-kanak, paderi dan biarawati.

Infrastruktur kehidupan sehari-hari sudah lenyap. Bank, ibu pejabat polis dan majlis perbandaran semuanya lupus. Di luar bandar di mana bukit pernah subur dengan tanaman pisang musnah. � Agensi
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
"Kami tiada apa-apa untuk dimakan jadi kami mengutip daun, merebusnya dalam air dari sungai dan memakannya

boleh menangis aku macam ni..........
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
daun kalu layan dgn budu..meleleh gak
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
situasi camtu.. kene banyak sabar...n berusaha untuk teruskan hidup
 

sick_66

Active+ Member
Joined
Mar 12, 2008
Messages
2,589
Reaction score
0
Points
20
ada hikmah kenapa tuhan bagi bala sedemikian kpd mereka
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
kesian lak sampai makan daun...
bantuan makanan yg di salurkan diorang tak dapat ke lagi?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register