Ada 'firaun kecil' cuba singkir saya: Zulkifli Noordin

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini berkata ada sekumpulan "firaun kecil" sedang bersekongkol untuk menyingkirkannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kelompok itu bukan saja daripada kalangan anggota PKR dan Pas tetapi juga badan bukan kerajaan yang tidak senang dengannya.

"Perkembangan terkini membabitkan lembaga disiplin parti yang mahu membicarakannya ketika beliau tiada dalam negara menyerlahkan lagi komplot kumpulan itu.

"Saya hairan mengapa mereka (Lembaga Disiplin) pilih tarikh tersebut, sedangkan mereka telah sedia maklum bahawa saya bersama 12 anggota Parlimen dari pakatan pembangkang dan Barisan Nasional akan berada di Korea bermula esok sehingga 25 Februari ini," katanyakepada pemberita di sini, hari ini.

Zulkifli sebelum itu memberitahu pemberita bahawa lembaga disiplin parti menetapkan Khamis ini sebagai tarikh perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dari parti Pas bulan lalu.

Tindakan itu kata Zulkifli, seolah-olah mahu mensabotajnya kerana beliau telah memaklumkan kepada PKR berhubung urusannya di Korea Selatan itu yang bertujuan menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa.

Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengarahkan Zulkilfi untuk hadir bersidang pada 18 Februari dengan tarikh alternatif pada 23 Februari ini.

Zulkifli juga meragui keikhlasan lembaga disiplin parti untuk mendengar penjelasannya kerana pelbagai kenyataan yang dibuat oelh pemimpin parti sebelum ini termasuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan hukuman telahpun dijatuhkan.

"Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk di bawah Majlis Pimpinan Tertinggi boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum.

"Saya bimbang prosiding lembaga disiplin itu hanyalah sekadar satu 'drama politik' semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan," katanya.

Zulkifli berkata, Lembaga Disiplin PKR juga mengamalkan sikap pilih kasih kerana badan itu hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datu Seri Zahrain Mohamed Hashim, dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Namun, katanya, tidak ada surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, dan Biro Politik Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Zaid Ibrahim, walaupun Anwar dan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution memberitahu media kedua-dua mereka itu juga akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti. - Bernama
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
macam mana leh clash nih....

hurm, something wrong....
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
lame x dgr istilah firaun2 ni sejak zaman ustaz astora jabat :p
 

yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,667
Reaction score
42
Points
40
LA... firaun ka.... aku fikirkan syaitan Perosak Rakyat tadi....
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Nak tgk Zul akan buat report polis x di atas kata2 SIS yang mempertikaikan hukuman rotan terhadap penzina2 baru2 nih
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
Nak tgk Zul akan buat report polis x di atas kata2 SIS yang mempertikaikan hukuman rotan terhadap penzina2 baru2 nih
jangan harap la..dia ni suka pada publisiti sahaja.tengo cara pun dah tahu.:)
 

yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,667
Reaction score
42
Points
40
Nak tgk Zul akan buat report polis x di atas kata2 SIS yang mempertikaikan hukuman rotan terhadap penzina2 baru2 nih
dia kat korea.....sebab Syaitan BESAR PUNYA hantar untuk melindungi FIRAUN KECIK..... huahuahua
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
dia kat korea.....sebab Syaitan BESAR PUNYA hantar untuk melindungi FIRAUN KECIK..... huahuahua

oooooo ye ker ... Kalo Madey dulu Maha Firaun bermaknanya Syaitan Besar tuh Najib ler yer .... baru ku tau


Apabila yang berhujah punya IQ yang rendah
 

yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,667
Reaction score
42
Points
40
oooooo ye ker ... Kalo Madey dulu Maha Firaun bermaknanya Syaitan Besar tuh Najib ler yer .... baru ku tau


Apabila yang berhujah punya IQ yang rendah
la... idop lagi.... xbaik riak n bangga diri.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register