BTC USD 54,318.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada apa dengan Eagle Eye?

LC yellow

Junior Member
Messages
53
Joined
Oct 16, 2008
Messages
53
Reaction score
109
Points
19
Dalam kebanyakan filem Hollywood, misalnya Hitman, kita akan menemukan cerita awalnya dengan suatu pengeboman yang dilakukan dengan menggunakan bom C4. Maka hal yang sama dapat disaksikan melalui filem Eagle Eye baru-baru ini. Iklan



Kisahnya bermula ketika sekumpulan pasukan risikan tentera mahu membunuh seseorang pengganas yang bernama Majid al-Khoei. Apabila mereka berjaya mengesan kedudukan Majid, tiba-tiba sistem mengirim pesanan, imbasan bahawa sasaran yang mereka cari itu mungkin bukanlah pengganas.

Timbul perbalahan antara pasukan inteligensia, samada mereka mahu teruskan serangan itu atau tidak. Hal itu seterusnya dimajukan kepada Presiden Amerika. Presiden akhirnya cuma berkata, jika sasaran itu benar-benar Majid, maka kedudukan negara republik akan terancam jika sasaran itu tidak dibunuh.

Presiden tidaklah memberikan satu arahan mutlak. Bagaimanapun, pasukan inteligensia telah menarik balik serangan ke atas sasaran tersebut dengan alasan, mereka bimbang kalau-kalau orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Bagaimanapun, ketika arahan menarik balik serangan bom C4 diberikan, tiba-tiba sistem komputer tidak mengendahkan arahan pihak inteligensia itu. Sistem komputer ini, malah sebaliknya telah mencipta arahannya sendiri lalu tetap meneruskan serangan tersebut.

Maka di sinilah bermulanya masalah yang ditimbulkan oleh Eagle Eye. Tetapi, perbezaan antara penggunaan bom C4 di dalam filem tersebut dengan penggunaan bom C4 di dalam pembunuhan wanita Monggolia itu ialah bom C4 itu digunakan melalui arahan manusia, sedangkan bom C4 di dalam filem itu diarahkan oleh sistem komputer.

Manusia dipantau teknologi?
Rupa-rupanya dalam kejadian itu juga, seorang tentera inteligensia bernama Ethan Shaw telah dibunuh sistem Eagle Eye ketika beliau memberi arahan menarik balik serangan ke atas sasaran tadi. Ethan bukan dibunuh oleh manusia, tetapi sistem komputer!

Sistem komputer itu kembali berkuasa dan merajai segala perkakasan elektronik di dunia. Ia dapat menggelincirkan LRT, memantau perbualan dan percakapan dalam telefon anda, dan melakukan apa sahaja demi mencapai tujuan dan maksudnya.

Apakah matlamat sistem tersebut sekarang? Eagle Eye ingin menukar struktur organisasi kerajaan Amerika. Bagi memenuhi tujuan itu, Eagle Eye telah menjejaki saudara kembar seiras Ethan, iaitu Jerry Shaw yang seterusnya dipertemukan dengan Rachel, seorang ibu tunggal yang terancam dengan ugutan Eagle Eye sendiri. Jika Rachel enggan mengikuti arahan Eagle Eye, nyawa anaknya menjadi pertaruhan.

Eagle Eye menjalankan operasinya memantau pergerakan di seluruh dunia melalui satelit. Sistem ini berkebolehan mendesak mereka yang ada kepakaran tertentu untuk membantu Jerry dan Rachel. Ringkasnya, Rachel, Jerry dan semua manusia ini seolah-olah dijadikan sebagai bidak catur bagi menunaikan impian Eagle Eye untuk menukar kerajaan A.S.

Rakyat berhak mengubah kerajaan korup
Filem ini ternyata mengirim mesejnya yang bercampur-campur. Dalam babak seterusnya, Eagle Eye menerusi skrin tv, akhirnya memberitahu Jerry dan Rachel bahawa dia adalah wakil rakyat Amerika yang berhak menukar kerajaan ketika pemerintahannya korup.

Dalam penjelasannya, Eagle Eye memunggah timbunan fasal Perisytiharan Kemerdekaan dan Perlembagaan Amerika untuk menyatakan bahawa tindakannya memantau kehidupan peribadi rakyat Amerika itu sebagai tindakan yang sah demi mengekang keganasan.

"Apabila kerajaan korup, maka rakyat itu berhak menumbangkannya," kata Eagle Eye menerusi paparan skrin di sebuah kompleks membeli-belah. Jerry dan Rachel ketika itu masih dalam buruan FBI dan CIA.

Turut disentuh Eagle Eye melalui perkenalan itu ialah hubungan Akta Patriot yang telah diperkenalkan bertujuan mengekang aktiviti keganasan di Amerika.

Maka, selain daripada tujuan pemaparan kecanggihan teknologi pemantauan risikan USA itu, filem ini tetap mencari ruang, peluang bagi menunjukkan betapa histerianya Amerika ke atas golongan pengganas yang seringkali dikaitkan dengan Muslimin hari ini.

Histeria A.S ke atas Iran semakin jelas ketika disiarkan babak di mana seorang lelaki Iran yang terpaksa menolong Jerry dan Rachel telah dibunuh Eagle Eye melalui kabel elektrik ketika melarikan diri.

Sebelum sempat melarikan diri, lelaki Iran itu menegaskan bahawa dia adalah warga A.S dan bukan Iran. Justeru, kenapa dia diganggu oleh Eagle Eye?

Ada tiga isyarat yang disulam sekali gus melalui sentuhan karya ini; tindakan membunuh Presiden yang sulit dilakukan, pemaparan kecanggihan teknologi pemantauan satelit USA dan bahang pemusuhan negara republik itu ke atas kegiatan keganasan termasuk Iran.

Tahap kegilaan dalam usaha membasmi keganasan itu menyebabkan Eagle Eye terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi rakyatnya sendiri. Benar seperti yang disebut terhadap Jerry, "Ini adalah tempoh masa yang sukar dalam usaha membendung keganasan."

Filem ini sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari sesuatu mengenai ISA yang berkait rapat dengan Akta Patriot di Amerika, juga memperkenalkan sedikit sebanyak ruang bagi memahami kecanggihan teknologi GPS Amerika dan juga serba sedikit gelora pergolakan dalaman rumah putih.

1:45 p.m, 27 Syawal
Sekolah Pemikiran Kg Baru _
 
Sponsored Post

ichimr285

Freshie
Messages
4
Joined
Oct 24, 2008
Messages
4
Reaction score
0
Points
3
Shaiya cosplay-Come on, do you like it

http://www.cari.gold/cosplay/shaiya-1.jpgSee more pics click here. Want to see more cosplayer ? Show yourself on our forum click here .Recommend : Fate Stay Night cosplay Chobits cosplay
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register