BTC USD 61,955.5 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada Agamawan bersama pemimpin zalim yang pinda agama Allah, kata Hadi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,606
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,606
Reaction score
6,473
Points
881
Awards
1
Agamawan bersama pemimpin zalim pinda agama Allah, kata Hadi

MUKTAMAR PAS l Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa ada kalangan agamawan bersama para pemimpin hari ini yang jahil dan zalim telah meminda agama Allah, dan mencipta agama sendiri.

Dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh, katanya, mereka ini telah meninggalkan petunjuk Allah dan mencipta aturan sendiri di luar kemampuan akal yang tidak sempurna, sehingga melanggar sempadan fitrah Allah.


“Malah, ada juga yang mencipta ideologi dan teori dalam perkara yang tidak diizinkan Allah kerana di luar kemampuan manusia.

“Kita sedang menyaksikan kemunculan golongan pembohong menjadi pemimpin, pengkhianat diberikan amanah, dan si jahil yang berlagak tahu,” katanya.

Tambahnya, lebih-lebih lagi apabila perkara itu dilakukan oleh orang atasan yang memimpin negara tetapi presiden PAS itu tidak menyebut sebarang nama.

Maka, kata Hadi, muhasabah wajib dilakukan terhadap negara hari ini yang menunggu giliran kemusnahannya.

Menurutnya, setakat ini, segala halangan gagal menyekat kemaraan PAS. Ini dilakukan melalui pendekatan demokrasi serta politik matang dan sejahtera.


“Sehingga kini, kita menjadi parti terbanyak kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), menguasai empat kerajaan negeri dan hampir menawan dua negeri, di samping adanya wakil rakyat di hampir semua negeri,” katanya.

Hadi bekata, bagi meningkatkan kemaraan PAS menjadi parti terbesar memimpin negara, maka seluruh sayap dan jentera PAS perlu diperkasakan.

Pada masa sama, presiden PAS itu menggesa parti itu supaya melahirkan lebih ramai ‘hero rakyat’ dan idola kepada anak muda.

“Mereka ini bagi memperjuangkan isu-isu rakyat dan menjadi pempengaruh kepada anak muda dan wanita muda yang semakin dinamik.

“Di sinilah perlumbaan sebenar bagi menghadapi PRU16,” katanya.


Sehubungan itu, Hadi juga mahu pelapis kepimpinan pemuda dan muslimat muda diberikan ruang sebagai persiapan untuk mereka memimpin parti dan negara pada masa akan datang.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post

agak2 kalo si Hadi duk sini dia cakap apa ye? .. mengislamkan Putin atau Putin letak bom kat kerusi si Hadi? 🤭 :unsure:

1726367758590.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register