BTC USD 28,659.6 Gold USD 1,960.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Acer Swift 3 Pertama, 16.1 Inci – Harga Bermula RM3699

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,444
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,444
Reaction score
5,122
Points
516
Awards
1
Siri peranti Acer Swift secara lazimnya dikenali sebagai siri komputer riba yang nipis dan ringan dan hadir dengan komponen yang cukup berkuasa untuk melakukan tugasan produktiviti harian dengan lancar.

Acer Malaysia hari ini mengumumkan kemasukan komputer riba Acer Swift 3 yang lain daripada yang lain, dimana ia boleh dikatakan antitesis kepada siri Swift yang kita sering lihat sebelum ini.
Acer Swift 3 terbaru ini hadir dengan rekaan paparan skrin IPS 16.1 inci dengan resolusi Full HD dan hadir dengan rekaan hampir nirbingkai di kesemua sisi, memaksimakan kawasan skrin yang boleh digunakan secara cekap. Berbeza dengan siri Swift 3 sebelum ini, model terbaru ini juga dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-11370H ataupun Intel Core i5-11300H, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan dalaman sebesar 512GB.

Penggunaan CPU Intel siri-H bermakna bahawa Acer Swift 3 ini juga hadir dengan rekaan yang lebih tebal dan berat berbanding sebelum ini kerana ia memerlukan sistem penyejukan yang lebih berkuasa untuk menyejukkannya. Komputer Swift 3 terbaru ini hadir dengan berat 1.7kg, dan walaupun ia tidak begitu berat, ia masih beberapa ratus gram lebih berat berbanding model-model sebelum ini.

Dari segi jangkahayat bateri, Acer mengatakan bahawa komputer riba ini mampu bertahan sekitar 11.5 jam dengan satu pengecasan penuh, yang mana jika pengecasan diperlukan, ia boleh disambungkan kepada sebuah paparan skrin melalui palam Thunderbolt untuk mengecasnya.

Acer Malaysia mengatakan bahawa komputer riba Acer Swift 3 ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 3 Ogos ini di Shopee dan Lazada bersempena dengan acara Super Brand Day pada harga-harga berikut:​

1627688895604.png

Acer Swift 3 (Intel Core i7, DDR4 16GB) – RM4599
Acer Swift 3 (Intel Core i5, DDR4 8GB) – RM3699​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register