Acer Nitro 7 Terima Kemaskini Komponen Intel & NVIDIA Terbaru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,410
Points
236
Selain daripada siri Predator, Acer juga mempunyai siri komputer riba gaming dibawah nama Nitro. Diantara model yang sudah lama tidak menerima kemaskini ialah Acer Nitro 7.

Acer-Nitro-7-2020-2.png


Model Nitro 7 ini mungkin tidak diberi begitu banyak perhatian, tetapi model terbaru komputer riba ini hadir dengan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula setinggi 144Hz.

Ia dikuasakan pilihan CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake-H dengan memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 1TB.

Acer-Nitro-7-2020-3.png


Acer Nitro 7 ini juga hadir dengan pilihan cip grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2060, dan oleh kerana ketebalan komputer riba ini, ia boleh memuatkan kad grafik bersaiz penuh.

Diantara ciri-ciri tambahan yang dimuatkan kedalam Nitro 7 baru ini termasuklah sokongan WiFi 6 dan menggunakan teknologi penyejukan Acer CoolBoost untuk menyejukkan komponen-komponen baru ini.

Acer-Nitro-7-2020-4.png


Menurut Acer, siri komputer riba gaming Nitro 7 ini akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada bulan Julai dan Oktober tahun ini.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register