BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aceh asingkan pelajar lelaki, perempuan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Seorang lelaki dan wanita, menaiki motor bersama di Banda Aceh, Indonesia, semalam. Aceh Utara melarang pasangan belum berkahwin naik motosikal bersama. AFP​

BANDA ACEH 4 Mei – Rantau Aceh Utara meluluskan undang-undang yang memerlukan sekolah untuk mengajar pelajar lelaki dan perempuan secara berasingan.

Anggota badan perundangan Aceh, Fauzan Hamzah berkata, peraturan seumpama itu telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh agama dan diharap dapat dikuatkuasakan bukan sahaja di Aceh Utara, namun keseluruhan wilayah ini.

Fauzan berkata, peraturan itu juga memerlukan pelajar membaca al-Quran pada setiap malam.

“Selepas ini, penggubal undang-undang akan mula membincangkan peraturan mengharamkan lelaki dan wanita dari menunggang motosikal bersama-sama,” katanya.

Katanya, beliau percaya undang-undang tersebut akan dipersetujui semua pihak termasuk pelajar.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah beberapa tahun lalu.

Pada Oktober lalu, wilayah ini turut meluluskan undang-undang antihomoseksual yang menyaksikan pelakunya boleh disebat 100 kali. – REUTERS
 
alhamdulillah..semoga acheh menjadi peneraju hudud
 
Relek je tak pakai helmet
 
Back
Top
Log in Register