BTC USD 28,470.9 Gold USD 1,977.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Acara 'saya mahu pegang anjing' di Central Park, One Utama

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
dog2-L.jpg



Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, pagi ini bagi acara "Saya Mahu Sentuh Anjing" yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka dari anjing.

Menurut Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar dengan apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di sana.

Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai "benar-benar indah" dan berterima kasih kepada pihak penganjur.

Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang mahu menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.

Acara ini juga menyediakan tutorial bagi menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing- Siakap.Keli.com


dyana.png

10731201_866867143326145_7778291904605233657_n.jpg

anjing1.jpg.transformed.jpg


Kerja undang fitnah

Kuala Lumpur: Penganjuran 'I want to touch a dog' (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor pagi semalam, tidak wajar dilakukan kerana boleh mengeliru dan mendatangkan fitnah kepada umat Islam.


Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, tindakan penganjur itu boleh mengganggu gugat sensitiviti orang Islam dan memesongkan akidah.

"Tindakan ini mendatangkan fitnah sedangkan masyarakat kita berpegang teguh dengan amalan mengikut Mazhab Syafie sejak zaman berzaman. Sudah jelas larangan dan hadis Rasullullah SAW supaya jauhkan anjing daripada rumah kerana najis air liurnya selain menghalang Malaikat Rahmat dan Jibril masuk rumah.

"Pandangan saya, apa yang mereka buat itu ke arah menggalakkan lagi orang Melayu yang beragama Islam seolah-olah menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan sedangkan ia tidak boleh setaraf dengan kucing kerana air liurnya najis mughallazah (berat) dan perlu disamak dengan air tanah sebanyak tujuh kali," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penganjuran acara 'I want to touch a dog' yang bertujuan membuang stigma orang ramai daripada perasaan takut dengan anjing.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3041#sthash.3HjLpjVC.dpuf
Ustaz tidak berakal halalkan sentuh anjing – Azhar Idrus

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan umat Islam yang sengaja memegang anjing sebagai tidak berakal walaupun mengaku mempunyai pelajaran agama yang tinggi.


"Ini semua adalah agenda Yahudi yang sengaja hendak memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

"Tidak kiralah orang itu kata di belajar agama setinggi mana pun, kalau hukum fekah sebegini pun dia tak tahu, jangan cuba hendak bercakap tentang halal haram pegang anjing,” katanya dalam satu ceramah yang dianjurkan di Terengganu petang tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Azhar berkata, najisnya anjing bagi agama Islam termasuklah membersihkan bekas air yang diketahui menjadi tempat minuman anjing walaupun sekali jilat.

"Orang yang mengaku dirinya ustaz tu sebenarnya dah rosak otak. Cakap bab agama memang pandai tetapi otak tak ada sebab dah rosak.

"Harap-harap mereka yang dah terpedaya dengan uztaz tu segeralah kembali ke pangkal jalan sebab telah terang lagi nyata, sentuh anjing itu adalah haram hukumnya. Tak payahlah berdebat,” katanya. - MalaysiaGazette
61377506089_295x200.jpg


JAKIM siasat program "I Want to Touch a Dog"

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want to Touch a Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.


Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan **** itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi Ahad itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jakim-siasat-program-i-want-touch-dog-46564?cp

bila-doa-tak-terjawab-ustaz-iqbal-zain-al-jauhari.jpg


Pendakwah yang terlibat menyampaikan tazkirah pada program kontroversi 'I Want To Touch A Dog' mengakui ia disalah tafsir oleh pengunjung.

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari berkata, Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi menjemputnya untuk mengisi slot ilmu.

"Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul serta mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.

"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.
"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," ujarnya dalam kenyataannya di laman sosial semalam.

Menurut Iqbal Zain, dia memenuhi jemputan itu bagi menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

"Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

"Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media," ujarnya.

Justeru, beliau memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya peroleh dari apa yang telah berlaku.

"Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat," ujarnya.--MalaysiaGazette


-full statement

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.

Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.


Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari
 
Last edited:
Sponsored Post

asdasdasd

Legendary Member
gem
Messages
12,893
Joined
May 2, 2011
Messages
12,893
Reaction score
308
Points
136
syabas melayu moden, acara pegang anjing dpt sambutan, acara jom ke masjid atau acara pakai hijab dgn betul hambar la pulak...

ps : aku tak kata pegang anjing tu salah, anjing makhluk ciptaan Allah jugak..

apa barang acara islam nie, skrg melayu semua buat islam mcam kain buruk je..

islam?? please la weii..gi masjid la..diorg semua tak kisah dengan neraka.
 

lantana

Active+ Member
Messages
4,036
Joined
Jul 30, 2012
Messages
4,036
Reaction score
25
Points
30
Lepas ni buat pulak program "Saya Mahu Sentuh Ajnabi" yang bertujuan untuk membantu orang

ramai mengatasi rasa takut dan malu mereka dari bersentuhan dgn ajnabi.

Dan sarjana2 Islam juga akan dijemput utk menerangkan keraguan tentang bersentuhan dgn ajnabi,

serta cara2 bertaubat jika bersentuhan sehingga ke tahap yg dilarang oleh Islam.

Ajnabi - Bukan mahram.

P/S - Prihatin sungguh mereka ini dgn agama Islam dan penganut2nya.Terharunya... :((
 
Sponsored Post

Top
Log in Register