ACAB -legend off malaysian underground scene-

Recommended Brokers


ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,083
Reaction score
159
Points
123



http://www.youtube.com/watch?v=ER_sDcic4vE

A.C.A.B. merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia. Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.
Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada Oi! kepada rock indie.

Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajuk "A.C.A.B" yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya seperti "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, A.C.A.B. bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak yang diimport khas dari Kuala Lumpur.

Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Persembahan demi persembahan dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, arena ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.

Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul "UNITE & FIGHT". Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP "Eastern Oi!" dan single "We Are The Skins".

Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ia terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.

Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ia menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.

Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!

Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.

Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.

Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.

ALBUM~























Discography

EPs

A.C.A.B Unite & Fight EP '96 + Demo '95 (1998)
Tracklisting: Unite & Fight EP '96
1.- Racial Hatred
2.- Violence
3.- Unite & Fight
4.- Fight For Your Rights


ACAB Demo '95
1.- Unfairground
2.- City Girl
3.- Fight For Your Rights
4.- Bookies
5.- Skinhead


A.C.A.B - Street Of Uptown (2001)
Tracklisting:
1.- Street Of Uptown ( Single )
2.- Heroin
3.- You'll Never Walk Alone
4.- Street Of Uptown ( Album )


A.C.A.B - Anti Racist EP (2004)
Tracklisting:
1.- Racial Hatred
2.- Racial Hatred 2
3.- Back On The Streets
4.- Oi Pengkhianat
5.- Spread The Joys Of Eastern Oi
6.- City Girl



Albums

A.C.A.B - Eastern OI! (1999)
Tracklisting:
1.- We Are The Skins
2.- Unfairground
3.- A.C.A.B.
4.- Racial Hatred
5.- Violence
6.- Born To Be Skins
7.- On Saturdays
8.- Where Have All The Bootboys Gone
9.- Fight For Your Rights
10.- We're Coming Back


A.C.A.B - Skinhead 4 Life (2001)
Tracklisting:
1.- Skinhead 4 Life
2.- We Are A.C.A.B
3.- Freedom & Justice
4.- We Are The Youth
5.- 8 Years of Aggravation & Boisterous Easten Oi
6.- Racial Hatred 2
7.- Streets Of Uptown
8.- Our Country
9.- You Lie
10.- Skinhead Selamanya


A.C.A.B - Orang Timur (2002)
Tracklisting:
1.- Orang Timur
2.- Hati Syaitan
3.- Mata Sepet
4.- Perjuangan
5.- Bunga Padang Pasir
6.- Kembali
7.- Bersama Semula
8.- Syurga Di Hujung Jarum
9.- Titik Titik Noda
10.- Anak Liar


A.C.A.B. - Bangun (2004)
Tracklisting:
1.- Bangun
2.- Hasutan Syaitan
3.- Genggam
4.- Perjuangan
5.- Malapetaka
6.- Kehampaan
7.- Milik Kita
8.- Berganding Tangan
9.- Sengketa
10.- Genggam (Minus One)


A.C.A.B - This is THE A.C.A.B (2006)
Tracklisting:
1.- Now & Again
2.- Setelah
3.- Astray
4.- Bermimpi Di Siang Hari
5.- Comin' At You
6.- Inner City
7.- Bertemu
8.- Goodbye
9.- Angkasa
10.- Haven't I


Live albums

A.C.A.B - Live & Loud (2000)
Tracklisting:
1.- SKintro
2.- Racial Hatred
3.- Unfairground
4.- Unite & Fight
5.- Violence
6.- A.C.A.B
7.- We Are The SKINS
8.- Born To Be skins
9.- Where Have All The Bootboys Gone
10.- We're Coming Back
11.- Streets Of Uptown
12.- Street Feeling



Compilations

We Are The Skins - The Singles 98
Days of Being Wild: 1995-1999
No. 1




















download link utk semua album2 ACAB,

si;a usyar thread ni :

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=420444
 
Last edited:
Sponsored Post

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,083
Reaction score
159
Points
123
LEPAS MEGAT INSAP:

KL TOWER INDIE FEST 2009

http://www.youtube.com/watch?v=oRCpyNuCBXw&feature=related



Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak
pernah hina Nabi Muhammad


Oleh: Mohd. Nazirul Afiq Ismail

“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”
Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.

Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat. Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.

Yang paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?
Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!

Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrock ataupun Oi! ini.

Lokasinya di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.
Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja?
Bukan setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti. Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.



“Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi

You tahu, ana nyaris saman Mastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.

Namun, Megat bersyukur, disebabkan segala tohmahan dan fitnah inilah dia berubah.

Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku membawa Megat kembali ke pangkal jalan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2007. Suatu hari Megat diajak seorang rakannya bersembahyang di sebuah masjid.

“Kemudian kawan ana ini sudah baca satu ayat. Rupa-rupanya ayat ini adalah ayat dari kitab Al-Attaz di mana sudah menjadi amalan keluarga ana sejak beratus tahun yang lalu. Sejak dari situ ana sedar. Mengapa ana tidak ikut ajaran Islam yang menjadi ikutan keluarga ana beratus tahun?” cerita Megat.

Satu lagi kejadian menginsafkan berlaku ke atas diri Megat.

Suatu hari seorang kenalan Megat menghadiri majlis ilmu tasawuf di Jenderam Hilir membawa pulang poster beberapa gambar ilmuwan Islam.

“Ana terkejut, antara gambar poster itu adalah datuk saudara ana sendiri,” beritahu Megat.

Selepas dua peristiwa itulah, Megat mula berminat mahu mendalami ilmu agama.

“Semenjak dari hari itu hinggalah sekarang ana sudah mula belajar kembali mengenal Tuhan dan diri ana…” cerita Megat bersungguh-sungguh.

Bagaimana pula dengan skinhead? Penulis terus mengasak soalan. Bagaimana dengan budaya yang pernah ‘dibawa’ Megat sehingga menjadi fenomena remaja kita suatu ketika dulu dan menjadi permainan media sehingga dikatakan budaya skinhead ini menjadi racun terutama remaja Melayu kita.

“Skinhead dah tidak ada apa-apa lagi perjuangan yang relevan dengan ‘working class’. It is more worthy jihad for our religion either than anything else.

“Pada ana, skinhead kini sudah menjadi fesyen. Ramai teman ana sudah tidak lagi bersama skinhead. Ada tu memang ada. Tapi pakaian sudah casual.

“Macam ana sendiri sekiranya The ACAB ada invitation ana main juga, but tetap pakai, tapi jubah pakai jugalah. Secara personal semangat skinhead ana masih ada, mana boleh hilang setelah ana adalah antara orang terawal yang bawa ke sini.

“Bayangkan selama 13 tahun, skinhead sudah pasti menjadi sebahagian diri ana. Tapi segala prinsip yang syirik dan bertentang dengan agama telah ana tinggalkan! Of course skinhead is a cult, but skinhead is not a religion. Tatu pun ana sudah buang!” jelas Megat lagi.

Megat mengakui dia takut apabila suatu hari kelak dipertanggungjawabkan kerana pernah membawa pengaruh skinhead pada budak-budak remaja di Malaysia.

“Pernah ada seseorang menuding jari pada ana memberitahu dia menjadi skinhead sebab ana. Ana mengaku kesilapan ana,” ujar Megat lagi.

Menurut Megat, dia menjadi budak skinhead ketika masih berumur belasan tahun.

“Ketika itu budak-budak lagi, umur 14-15 tahun jadi skinhead. Pada peringkat umur ana begini, apa sangatlah yang ana fikir.

Kami mencari imej.
“Dari sudut muzik, pada zaman tu rock kapak dah jadi rock leleh, banyak kumpulan muzik yang jiwang muncul. Nak ikut scene itu dah tak boleh. Leleh!

“Kami sebagai remaja pada zaman itu dahagakan rock bertenaga, dari situlah sebenarnya sejarah ACAB bermula. Kami berjuang untuk lifestyle baru, desperately wanting something new for that time. To create and build a new scene, skinhead,” terang Megat.Ketika itu ACAB yang dipelopori Megat membawa banyak anjakan pada industri hiburan.

“Dalam situasi yang amat lembap di pasaran, kami boleh jual album standing artis-artis arus perdana seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Mana ada artis skinhead di luar sana macam kita. Malaysian skinhead is a rock scene,” katanya.

Bagaimana pula dengan budaya skinhead yang suka bergaduh? Mengapa ada tergamak sampai membu…

“Ana tak nafikan pada zaman ana memang ada pergaduhan. Cara kami bergaduh gentle, pakai tangan saja. Tapi lepas ideologi Nazi datang, makin banyak pula kes bergaduh sampai tikam-tikam ni.

Mengapa?
“Skinhead bukan dipecahkan dengan banyak cabang TRAD, S.H.A.R.P (Skinhead Anti Rasis), Nazi ataupun R.A.S.H. (Skinhead Anarki Merah). Skinhead adalah satu.

“Ana tak nafikan kami pernah meletakkan logo logo SHARP dalam album kami. Tujuan kami adalah untuk memberitahu yang kami bukanlah skinhead yang rasis, kerana rata-ratanya mengaitkan skinhead dengan white power.

“Kalau di Malaysia sudah tentu Malay power. Disebabkan terlalu banyak kekalutan itu yang menyebabkan pergaduhan yang sia-sia. Kerana terlampau banyak sangat pergaduhan yang kadang-kadang membawa kematian menyebabkan ana tinggalkan scene. Kerana disebabkan suatu ideologi yang tak cukup kuat,” jelas Megat kesal.

Penulis hanya mengangguk tanda setuju. Penulis terus mengasak persoalan pada Megat yang kononnya dahulu dikatakan pernah membuat kenyataan anti-Rasulullah s.a.w. Ada juga spekulasi mengatakan Megat melakar tulisan No Muhammad untuk ditatukan pada tangannya.

Ternyata Megat amat terkejut dengan spekulasi ini dan menurutnya itulah suatu pembohongan yang besar.

“Fitnah! Ini fitnah! Wallahi ana tak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nak buat apa ana membenci datuk ana sendiri? I think you are talking about someone else... tipu semua tu.” Megat dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.

Tak mengapa Megat, bila seseorang ada nama sudah tentu ada pihak yang tak berpuas hati dan membuat macam-macam spekulasi. Tapi bagaimana pula pandangan Megat bila melihat dunia skinhead ini setelah ditinggalkan? Bagaimana dengan pengikut Megat yang ditinggalkan ini?

Megat terfana sebentar apabila penulis bertanyakan soalan sedemikian. Beberapa ketika kemudian Megat memandang penulis.

“Seperti yang ana nyatakan tadi, ana melakukan kesilapan. Ana tersilap apabila terlalu dedahkan perkara yang negatif pada mereka. Ana shoot gambar ana dengan tatu.

“Penyudahnya ramai yang mencacah tatu. Ada yang mencacah tatu penuh satu badan. Ada juga yang minum arak dengan selamba di tempat terbuka. I admit, I make mistake!


Ana sudah buang tatu,
di tangan, dada." - Megat ACAB​





“Melalui Mestika, dengan ini ana menyeru pada skinhead teruskanlah berskinhead, skinheadlah selagi mau, tetapi tinggalkanlah perkara-perkara yang syirik.

“Perjuangan di sisi Islam itu lebih bermakna. Sudah tiada apa lagi perjuangan dalam skinhead. Ana juga sedang dalam pembikinan untuk menerbitkan album qasidah (syair dalam bahasa Arab).

“Tapi projek ini baru saja bermula. Mungkin ini salah satu cara ana dapat menebus kembali kesilapan ana kerana ana bermula semuanya dengan muzik,” terang Megat.

Baguslah begitu Megat, sekurang-kurangnya ada juga usaha daripada anda untuk menjernihkan kembali perkara yang keruh. Sebelum menamatkan pertemuan kami petang tersebut, penulis bertanyakan padanya bagaimana kehidupannya sehari-hari selepas berubah.

Megat menyatakan secara rohani kehidupannya lebih tenang, damai. Alhamdulillah, Megat juga mengajak rakan-rakan yang mahu menyertainya menghadiri majlis zikir setiap hari Ahad di Masjid al-Bukhary, Bukit Bintang.

Sebelum berpisah, Megat turut berpesan pada penulis: “Tulis benda baik-baik ya…”
Insya-Allah Megat, kami dari meja Mastika juga mendoakan agar Megat teruskan usaha mengenal Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang soleh. Insya-Allah… marilah bersama-sama kita berdoa semoga remaja kita yang tersesat di hujung jalan, berpatah balik ke pangkal jalan.

 
Last edited:

edy1405

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,720
Reaction score
4
Points
30
teringat kenangan zaman skool dulu...
 

angah83

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,121
Reaction score
84
Points
70
aku kenal ACAB ni masa tahun 1999 (form 4). lagu² dia mmg best. & akibat fenomena skinhead/punk masa tu aku pon terjerumus jgkla.. lebih kepada ikut²an. (kira posers la..) :))

pastu joinla skinhead ni.. kononnye SHARP (Skinhead Against Racial Prejudice) jamming bagai.. lagu² ACAB ni la yg wajib aku ngan geng aku main kalo jamming. Fight for your right lagu wajib. :D

kenangan².. :D
 

ryusuke

Active Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
1,448
Reaction score
23
Points
25
teringat zaman sekolah menengah dolu2.. :)
 

airi

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
4,566
Reaction score
13
Points
25
streets of uptown aku pnye evergreen song
 

SgtGaNaSz

Active Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
2,443
Reaction score
21
Points
25
Teringat aku waktu dulu2..mmg best lagu diaorg nih..dah tua2 nih kekadang dengar2 gak.. Hehehe..thanx tt.. A.C.A.B ada makna dalam tu..haha
 

angah83

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,121
Reaction score
84
Points
70
Teringat aku waktu dulu2..mmg best lagu diaorg nih..dah tua2 nih kekadang dengar2 gak.. Hehehe..thanx tt.. A.C.A.B ada makna dalam tu..haha
btol tu.. tp yg mana betulnye? all cops ke all capitalist? :-?:-?
 

kebabom

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
8,622
Reaction score
23
Points
65
zaman pakai pakai boot dokmat 'dr martin'..kalo nk gmpk amek yg steel toe....tp aku xpkai la, mane ade sen...lg pn aku bkn dak skinhead...huhu....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register