BTC USD 28,585.2 Gold USD 1,969.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abu Sayyaf sedia lanjut tempoh sebelum bunuh warga Jerman.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
MANILA: Kumpulan militan di selatan Filipina menyatakan kesediaan melanjutkan tempoh akhir selama dua jam lagi sebelum membunuh seorang daripada dua tebusan Jerman jika dimaklumkan wang tebusan itu akan dibayar.

Pegawai kanan tentera di rantau berkenaan berkata, rundingan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf masih dijalankan, tetapi beliau tidak tahu maklumat terperincinya.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah kami bersedia untuk melaksanakan operasi, secara khusus operasi penguat kuasaan undang-undang, tidak semestinya untuk menyelamatkan," kata Panglima Reynaldo Yoma menerusi telefon.

"Sekiranya kami merancang untuk menyelamatkan, ia akan menjejaskan rundingan yang sedang berjalan," katanya.

Kumpulan Abu Sayyaf itu yang menyokong militan Negara Islam (IS) di Asia Barat, sebelum ini mengancam untuk membunuh seorang daripada dua tebusan terbabit pada jam 7 pagi GMT (kira-kira 3 petang) hari ini di Pulau Jolo.

Mereka menuntut wang tebusan berjumlah 250 juta peso Filipina (RM17.8 juta) dan mendesak Jerman supaya menghentikan sokongannya terhadap serangan udara diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria. - Reuters

http://www.bharian.com.my/node/12134
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register