BTC USD 23,135.3 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abu Kassim Ketua SPRM 2010

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
mh_05.1.jpg

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengemukakan notis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya dalam suruhanjaya itu. Ekoran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed akan dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru, berkuat kuasa 1 Januari ini. Ahmad Said, sepatutnya menamatkan tugasnya pada 25 Mei tahun depan dan memohon supaya tempoh perkhidmatannya dipendekkan kepada 31 Disember ini.

mh_05.2.jpg

Abu Kassim Mohamed

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengemukakan notis bertulis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatan beliau memegang jawatan dalam suruhanjaya itu.

Ahmad Said, yang sepatutnya menamatkan tugasnya dalam SPRM pada 25 Mei tahun depan, dalam notis itu memohon supaya tempoh perkhidmatannya dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, berikutan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed akan dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru, berkuat kuasa pada 1 Januari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Mohd. Sidek memberitahu, pihaknya telah menerima notis bertulis daripada Ahmad Said berhubung permohonannya itu.

“Sejak Ahmad Said menerajui suruhanjaya itu pada 14 Mei 2007, prestasi SPRM telah ditingkatkan dan badan itu berjaya melaksanakan fungsinya dengan cemerlang, selaras dengan visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Ahmad Said sepanjang perkhidmatannya dan bagi mengisi kekosongan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) memperkenankan Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa 1 Januari depan,” kata Mohd. Sidek.

Bermula 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967.

Ahmad Said merupakan Ketua Pesuruhjaya yang pertama dilantik mengetuai suruhanjaya itu.

Sementara itu, Abu Kassim, 49, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dari Michigan State University, Amerika Syarikat, mula berkhidmat dalam BPR sejak 1 September 1984.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar Ibu Pejabat BPR, Pengarah BPR di Perak dan Pulau Pinang serta Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Abu Kassim juga pernah dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti di Amanah Raya Berhad dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari lalu.
 
Sponsored Post

damiaphang

Super Active Member
Messages
7,626
Paid Membership
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
“Sejak Ahmad Said menerajui suruhanjaya itu pada 14 Mei 2007, prestasi SPRM telah ditingkatkan dan badan itu berjaya melaksanakan fungsinya dengan cemerlang, selaras dengan visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.


geli ati baca yg nie...:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

Top
Log in Register