BTC USD 41,623.3 Gold USD 1,735.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TV Show ABPBH 34 - Undian Pusingan Pertama

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,261
Reaction score
2,443
Points
201

DJ Lin 'bermimpi' menang Penyampai Radio Paling Dipercayai

Oleh Fatin Farhana Ariffin- September 14, 2021 @ 1:52pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-14_at_1.34.33_PM_1631598727.jpg


Kemenangan DJ Lin menerusi kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai dalam Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2021 berdasarkan undian individu dipilih daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

KUALA LUMPUR: Ibarat durian runtuh, penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 46, dinobatkan pemenang kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai menerusi Anugerah Reader's Digest Trusted Brands 2021.

Kemenangan DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid berdasarkan undian lebih 8,000 individu yang dipilih daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan dalam anugerah anjuran majalah antarabangsa, Reader's Digest.

DJ Lin yang juga Pengurus Besar Stesen Suria FM berkata, dia terkejut apabila menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Jujurnya, bagaikan bermimpi menerima anugerah sebesar ini. Ia diibaratkan durian runtuh buat saya, tahun ini.

"Ini adalah usaha saya memberikan fokus kepada kerjaya sebagai penyampai radio. Setiap anugerah diterima sangat besar maknanya dalam perjalanan kerjaya seni.

"Ia juga satu penghormatan, sekali gus menyuntik inspirasi untuk lebih tekun dan fokus membawa nama stesen radio Suria FM ke tahap lebih tinggi," katanya kepada BH Online.

Lebih bermakna, penyampai radio yang popular menerusi slot Suria Cinta di Suria FM itu berkata, kemenangannya diundi oleh pengguna Malaysia yang dipilih, justeru ia bukan calang-calang pengiktirafan.

"Pengiktirafan diberikan ini membuktikan bahawa nama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini.

"Saya tidak menyangka ramai menghargai sumbangan saya kepada Suria FM. Jadi, saya sangat bersyukur dan anggap ini sebagai satu anugerah terindah daripada Allah untuk 2021.

"Terima kasih diucapkan kepada penganjur, Reader's Digest dan rakyat Malaysia yang mengundi serta menyokong DJ Lin selama ini," katanya.

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 22 tahun dalam industri penyiaran radio di Malaysia turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar.

Ibu kepada dua cahaya mata itu pernah tiga kali diangkat Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, 2019 dan 2020; Rancangan Interaktif Radio Terbaik, Anugerah Sri Angkasa (ASA) pada 2005;
Penyampai Radio Wanita Terbaik, ASA 2010; Rancangan Interaktif Radio Terbaik ASA 2010 dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Manakala, Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai adalah trofi kelapan buatnya.

"Saya bersyukur kerana ini adalah trofi yang kelapan dalam genggaman sepanjang 22 tahun bergelar penyampai radio. ASA mengukur bakat dan kredibiliti saya, manakala kemenangan saya menerusi ABPBH diukur dari segi populariti dan sokongan peminat.

"Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara yang diraih pada 2012 mengukur sumbangan saya pada industri penyiaran radio.

"Jadi, saya memang terharu apabila pencapaian dinilai orang ramai dari pelbagai segi, iaitu kredibiliti, kualiti, teknikal dan populariti," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-14_at_1.34.41_PM_1631598723.jpg


Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 22 tahun dalam industri penyiaran radio di Malaysia diiktiraf menerusi lapan trofi dimenangi menerusi beberapa anugerah besar. - Foto Ihsan DJ Lin

Lebih membuatkannya terharu apabila namanya sekali lagi disenaraikan sebagai calon awal kategori Penyampai Radio Popular ABPBH Ke-34, tahun ini.

Kata DJ Lin, membolosi pencalonan awal ABPBH saban tahun pastinya memberikan makna yang besar buatnya.

"Ini juga satu pengiktirafan kerana kekal relevan dan tersenarai dalam kategori Penyampai Radio Popular.

"Sudah tentu apabila melangkah ke satu pertandingan atau perlawanan, objektif dan misi adalah untuk menang. Untuk itu, saya sudah menggerakkan jentera di kalangan ahli kelab peminat dan pengikut saya.

"Mereka sudah diberitahu mengenai cara mengundi. Jadi, peminat saya sedang bertungkus lumus mengundi, bukan sahaja untuk saya, tetapi dua lagi penyampai Suria FM, iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah," katanya.

DJ Lin berharap, ketiga-tiga penyampai Suria FM termasuk dirinya dapat melangkah ke top 5 kategori Penyampai Radio Popular, ABPBH 34.

Sementara itu, DJ Lin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan sepanjangnya berkhidmat sebagai penyampai radio.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong saya tanpa henti dari dahulu sampai sekarang. Ketika susah, senang, sihat dan sakit.

"Paling penting, peminat sentiasa mendoakan saya. Walau tidak selalu berjumpa, saya dan peminat saling berinteraksi menerusi laman sosial, Facebook dan Instagram.

"Itulah platform interaksi kami untuk memastikan hubungan tidak terjejas. Insya-Allah, saya akan terus menjaga hubungan baik ini," katanya.

DJ Lin mengendalikan slot Suria Cinta setiap Ahad hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 1 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu, Suria Malaysia.

Anugerah Reader's Digest Trusted Brands Ke-23 mengiktiraf jenama dipercayai berdasarkan undian oleh lebih 8,000 individu yang dipilih daripada lima negara.

Lebih 100 jenama tempatan terpilih memenangi lebih daripada 50 kategori yang mewakili pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan, pemaju hartanah dan banyak lagi.


Dl masa duk asrama selalu dengaq slot cinta dia memang terbaik hahaha
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Empat figura terus kekal relevan

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin- September 16, 2021 @ 3:00pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-16_at_1.36.33_PM_1631775623.jpg


Dua figura popular, Ning Baizura dan Vanidah Imran ampuh dalam liga tersendiri biarpun hampir tiga dekad bergelumang dalam dunia seni.


KUALA LUMPUR: Meneliti perjalanan karier empat figura ini iaitu pelakon, Kismah Johar dan Vanidah Imran serta penyanyi Ning Baizura dan Liza Hanim, masing-masing ampuh dalam liga tersendiri biarpun rata-rata hampir tiga dekad bergelumang dalam dunia seni.

Biarpun industri hiburan dibanjiri bakat baharu digelar 'Budak Baru Nak Up' (BBNU), ternyata bakat Kismah, Vanidah, Ning dan Liza masih 'berbisa' dan kemunculan mereka dengan produk baharu dinantikan.

Masing-masing cukup syarat untuk diangkat sebagai calon awal Anugerah Bintang Popular (BH) Ke-34 yang dilancarkan Jumaat lalu, kemunculan Kismah, Vanidah, Ning dan Liza dengan produk baharu sepanjang tahun lalu menjadi petanda mereka masih relevan.

Malah, pencalonan mereka dalam kategori masing-masing, menambah warna acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

Saingan diberi pasti memberi galakan untuk bakat pelapis mencontohi komitmen dan disiplin Kismah, Vanidah, Ning dan Liza, selaras tema #KITABERSAMA yang diangkat pada penganjuran kali ini.

Kismah, 69, terkejut saat dimaklumkan dirinya tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular melalui penampilannya sebagai teraju utama dalam filem Keluarga Iskandar The Movie yang disiarkan Astro First pada 15 Julai tahun lalu.

Akui bintang veteran ini, rasa terkejut, terharu dan teruja menerjah fikiran silih berganti. Masakan tidak, sejak terjun ke dunia seni, kira-kira 24 tahun lalu, ini kali pertama kewujudannya dalam dunia seni disedari.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai pencalonan itu, mungkin tersilap orang agaknya? Maafkan saya kerana terlepas pandang.

"Jika betul dicalonkan, saya betul-betul terkejut kerana sepanjang dalam industri, belum pernah lagi nama saya dicalonkan dalam mana-mana anugerah," katanya kepada BH Online.

WhatsApp_Image_2021-09-16_at_1.36.45_PM_1631775607.jpg


Kismah terkejut saat dimaklumkan dirinya tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, ABPBH 34, malah mungkin tersilap orang. - Foto IG Kismah Johar

Kismah mengaku tidak pernah bermimpi dicalonkan dalam mana-mana acara anugerah termasuk ABPBH.

"Saya sertai dunia seni semata-mata bagi memenuhi minat berlakon. Biar apa pun, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ABPBH kerana mencalonkan saya.

"Walaupun pada peringkat pencalonan awal, saya masih terkejut dan tidak sangka tersenarai," katanya.

Seperti Kismah, pelakon jelita, Vanidah Imran, 48, tidak tahu menahu mengenai pencalonannya dalam ABPBH 34 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Kesibukan dengan pengajian serta tanggungjawab sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyebabkan Vanidah tidak begitu memberi perhatian kepada dunia seni.

Vanidah yang membahasakan dirinya Vee memberitahu, dia menerima ucapan tahniah daripada seorang pelajar mengenai pencalonannya dalam ABPBH 34.

Bagaimanapun, Vanidah tidak begitu mengambil pusing kata-kata pelajarnya itu.

"Memang ada pelajar mengucapkan tahniah kepada saya. Saya buat tidak tahu sahaja kerana sejujurnya, jadual saya terlalu sibuk. Saya tidak begitu mengambil tahu mengenai acara berkaitan dunia seni.

"Jika melihat kepada pelakon yang turut dicalonkan dalam kategori sama, saya tahu peluang untuk menang adalah tipis.

"Bagaimanapun, saya tidak mengharapkan langsung kemenangan. Sejak dahulu lagi, bukan populariti yang ingin saya kejar, sebaliknya, saya lebih mementingkan kualiti kerja.

"Namun, saya hargai dan berterima kasih kepada ABPBH kerana mencalonkan nama saya," katanya yang tercalon melalui filem Daulat.

Vanidah bersyukur lebih dua dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, namanya masih relevan.

"Sejujurnya, untuk naik memang mudah. Namun, untuk kekal bertahan adalah suatu perkara yang cukup sukar," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-16_at_1.36.56_PM_1631775616.jpg


Pencalonan Penyanyi Wanita Popular ABPBH 34 menjadi pembakar semangat buat Liza terus memberi yang terbaik pada detik mencabar ini. - Foto IG Liza Hanim

Sementara itu, penyanyi vokal mantap yang popular dengan lagu Ke Sayup Bintang, Ning Baizura, 46, mengaku tidak tahu namanya bolos pencalonan awal kategori Penyanyi Wanita Popular.

Kali terakhir Ning meraih trofi ABPBH pada edisi ke-25 yang diadakan pada 2012, bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular menerusi single Beribu Sesalan dendangan bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

"Masyallah... Alhamdulillah. Saya tidak sangka dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

"Tentu sekali saya terkejut... Saya serahkan semuanya kepada rezeki. Sekiranya ada rezeki, saya terima. Jika tidak berjaya pun tidak mengapa.

"Saya berterima kasih kepada ABPBH kerana mencalonkan saya dan kepada peminat dan pengikut yang terus menyokong kerjaya saya," katanya.

Seorang lagi penyanyi bervokal merdu, Liza Hanim, 41, yang tampil dengan single berjudul Tiada pada tahun lalu, terkejut dimaklumkan peminat mengenai pencalonannya dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

Liza yang popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa memberitahu, pencalonan menjadi pembakar semangat untuk terus memberi yang terbaik buat peminat terutama pada detik mencabar ini.

"Saya rasa sangat dihargai apabila nama dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Walaupun bersaing dengan ramai nama baharu, saya teruja dan sangat gembira.

"Saya tidak sangka dicalonkan kembali selepas sekian lama. Terima kasih kerana menghargai bakat saya dan masih menyedari kewujudan saya dalam industri seni," katanya.

Edisi ke-34 ABPBH dibawakan Xiaomi sebagai penaja utama.

Layari www.abpbh.com.my untuk memilih artis kesayangan anda sehingga tarikh tutup 3 Oktober depan.

Undian peringkat pertama membabitkan 14 kategori utama dan empat kategori online.

Undian boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu dunia, Xiaomi.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Iman Troye terkejut bolosi dua kategori ABPBH 34

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin- September 16, 2021 @ 8:01pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-16_at_7.36.41_PM_1631793640.jpg


Iman Troye berpendapat semangat #KITABERSAMA jadi peringatan sikap ambil peduli terhadap ahli keluarga, sahabat dan peminat tidak harus diabaikan begitu sahaja. - Foto IG Iman Troye


KUALA LUMPUR: Belum setahun melakar nama dalam dunia nyanyian, penyanyi Iman Troye semakin selesa dengan pencapaiannya sebagai pendatang baru apabila berjaya membolosi dua kategori pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34.

Mencipta populariti menerusi single berjudul Teman yang sehingga kini sudah mencecah lebih 40 juta tontonan di YouTube, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin tidak menyangka namanya sangkut dalam anugerah berprestij yang mengangkat tema #KITABERSAMA.

Hanya lafaz syukur mampu diungkapkan saat mengetahui namanya berjaya menembusi pencalonan bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 34.

"Alhamdulillah, saya tak sangka nama membolosi dua kategori. Jujurnya, saya terkejut, namun gembira sebaik mengetahui berjaya membolosi dua pencalonan.

"Saya belum layak memandangkan masih merangkak sebagai pendatang baharu dalam industri muzik. Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya.

"Terima kasih menerima karya saya dan berharap mereka terus menyokong saya sampai bila-bila," katanya kepada BH Online.


WhatsApp_Image_2021-09-16_at_7.36.26_PM_1631793624.jpg


Iman Troye anggap belum layak dicalonkan memandangkan masih merangkak sebagai pendatang baharu dalam industri muzik. - Foto IG Iman Troye

Mengulas tema ABPBH 34, penyanyi yang mula melakar nama sebagai selebriti media sosial itu berkata, semangat #KITABERSAMA amat penting, lebih lagi, pada zaman pandemik ini.

Katanya, sekalipun seluruh dunia diuji pandemik COVID-19 sejak hampir dua tahun, namun ia bukan bermakna sikap ambil peduli terhadap ahli keluarga, sahabat dan peminat harus diabaikan begitu sahaja.

Sebaliknya, kata gadis kelahiran Rawang, Selangor itu, kecanggihan teknologi dan kewujudan media sosial kini menjadi platform untuk menghubungkan antara satu sama lain dengan mudah dan pantas.

"Semangat #KITABERSAMA amat perlu khususnya pada zaman pandemik. Seperti biasa platform media sosial menjadi tempat untuk berhubung, berkomunikasi dan saling bertanya khabar.

"Tidak kiralah di kalangan adik beradik, saudara mara, peminat mahupun rakan artis sendiri. Pada masa yang sama, media sosial harus menjadi tempat untuk berkongsi pelbagai info berguna.

"Ramai terkesan akibat pandemik, tetapi kita bersyukur kerana adanya platform media sosial untuk berhubung. Selain itu, platform media sosial membantu kerja khususnya buat golongan artis seperti saya untuk berkongsi perkembangan, karya terbaharu dan kehidupan seharian bersama peminat," katanya.

Edisi Ke-34, ABPBH dibawakan Xioami sebagai penaja utama.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Perang poster makin hangat

Oleh Zaidi Mohamad dan Fatin Farhana Ariffin- September 17, 2021 @ 8:30am
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.17.51_AM_1631838622.jpg


Strategi Siti Nordiana FC bersandarkan kepada kekuatan dan semangat penyokong yang sentiasa gigih berusaha demi memastikan undian buat Siti Nordiana.


KUALA LUMPUR: Sebaik pusingan pertama undian Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka minggu lalu, perang poster digital antara individu dan kelab peminat melalui media sosial, makin rancak.

Sejak proses undian calon kategori utama dan online ABPBH dilaksanakan 100 peratus atas talian pada 2017, penggunaan platform digital terutama media sosial dalam kempen meraih undi calon dan mempromosikan acara anugerah ini, meningkat setiap tahun.

Kali kedua dianjurkan pada era pandemik COVID-19, penyokong termasuk ahli kelab peminat atau 'FC' dilihat sudah membiasakan diri mempromosi dan melobi calon ABPBH 34 melalui penerapan norma baharu termasuk pergantungan kepada media sosial sebagai kaedah paling selamat mendekati kumpulan sasaran.

Tidak hairanlah, sejak 10 September lalu, sebaik undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka, perang poster calon awal acara anugerah ini mula dilihat dengan masing-masing melakukan gerak gempur memastikan artis pujaan mara ke peringkat Top 5.

Bukan sekadar poster kreatif, kreativiti peminat diserlahkan lagi dengan perkongsian video atau foto yang diiringi lagu latar, tanda pagar #ABPBH34 dan tema #KITABERSAMA yang diangkat pada edisi ke-34 acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

BH mendapatkan reaksi beberapa kelab peminat yang tidak putus-putus berkempen memastikan artis pujaan mereka mara ke peringkat Top 5, sekali gus melakar kejayaan pada malam kemuncak ABPBH 34 yang bakal diadakan pada 13 November depan.

Bagi kelab peminat artis serba boleh, Sherry Alhadad, strategi sama diatur kali ini bagi memastikan artis kesayangan mereka bolos Top 5.

Presiden dan Pengurus Sherrylicious Fan Club (FC), Wan Rohaya Wan Azmi, berkata selain berkempen, ahli kelab memastikan undian dilakukan konsisten.

"Strategi kami masih sama seperti tahun lalu. Kami ada pasukan yang fokus kepada undian harian dan akan sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik proses itu.

"Selain itu, kami berkempen dan mengajak peminat Sherry sama-sama mengundinya. Dalam menyediakan poster digital, kami bagaimanapun tidaklah selalu di hadapan.

"Namun, kami masih melakukannya untuk menyemarakkan ABPBH 34. Ini juga bukti sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada Sherry," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.18.47_AM_1631838607.jpg


Selain berkempen, ahli Sherrylicious Fan Club memastikan undian dilakukan konsisten.

Pada ABPBH 34, Sherry tersenarai sebagai calon awal lima kategori iaitu Pelakon Filem Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular bersama Azhan Rani menerusi filem Bikin Filem.

Pada ABPBH 33, Sherry menang kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Wan Rohaya berkata, kelab akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Sherry berada pada kedudukan selesa dan mara sebagai finalis ABPBH 34.

"Soal kemampuan Sherry mengekalkan dua trofi dimenangi tahun lalu, kami berserah. Disebabkan Sherry tercalon dalam lima kategori tahun ini, kami akan cuba sehabis baik dan bertawakal.

"Menang atau kalah, kami tetap bersama Sherry. Namun, kalau menang, itu sudah dianggap bonus buat kami... Insya-Allah," katanya.

Presiden Siti Nordiana FC, Mohd Zuhdi Zainul Abidin berkata, ahli kelab mengekalkan strategi memastikan kemaraan artis versatil itu seperti tahun sebelumnya.

"Berhubung soal perancangan dan strategi, tiada perubahan dibuat kali ini. Cuma, pada era pandemik, kami selalu mengadakan pertemuan virtual bersama peminat.

"Melalui cara itu, kita berkempen untuk meraih undi. Kaedah ini lebih mendekatkan ukhuwah antara peminat Siti Nordiana.

"Strategi kami bersandarkan kepada kekuatan dan semangat penyokong yang sentiasa gigih berusaha demi memastikan undian buat Siti Nordiana," katanya.

Mohd Zuhdi berkata, Siti Nordiana FC juga antara kelab peminat yang agresif dalam perang poster demi memastikan kejayaan artis pujaan.

"Memang kami antara FC yang bersemangat dalam perang poster. Terima kasih buat semua pasukan SitiNordiana FC atas usaha dan inisiatif diambil.

"Ada yang buat poster kreatif sendiri biarpun tiada kepakaran dalam bidang rekaan grafik," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.17.40_AM_1631838610.jpg


Khai Bahar Empire melakukan gerak gempur undian awal menerusi pelbagai platform termasuk kumpulan WhatsApp dan Telegram.

Mohd Zuhdi berkata, kelab melancarkan tanda pagar #inilahmasanya sebagai laungan keramat dalam meraih sokongan terhadap Siti Nordiana yang berentap dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular.

"Bukan senang untuk mengekalkan kemenangan lalu. Namun, kami mesti cuba sedaya upaya. Selebihnya, kami berdoa dan bertawakal... Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya," katanya.

Sementara itu, Presiden Khai Bahar Empire (KBE), Sarhan Ezani, berkata gerak gempur undian awal dilakukan dalam pelbagai platform termasuk kumpulan WhatsApp dan Telegram.

"Seperti tahun sebelumnya, sebagai strategi awal, kami cuba undi sebanyak mungkin untuk memastikan Khai berada dalam kelompok Top 5.

"Kami berkempen dan melakukan gerak gempur setiap hari. Kelab juga mula berkempen melalui poster sejak pencalonan dibuka.

"Poster ini bukan dari Ahli Jawatankuasa (AJK) FC sahaja, malah, ahli biasa ambil inisiatif sendiri mencipta poster untuk memeriahkan kempen ABPBH 34 di Instagram (IG), Facebook (FB) dan Twitter," katanya.

Sebelum ini, Khai pernah melakukan hatrik mengekalkan trofi Penyanyi Lelaki Popular sejak edisi ke-30 ABPBH sebelum dirampas Haqiem Rusli, tahun lalu.

Pada ABPBH 33, Khai menang kategori Artis Duo Popular bersama Siti Nordiana menerusi lagu Satukan Rasa.

Pada ABPBH 34, Khai menjadi calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo Popular bersama Aina Abdul untuk lagu Nafas Cinta.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.18.38_AM_1631838614.jpg


Usaha dipergiatkan dilakukan DJ Lin Followers bagi memastikan penyampai radio Suria FM itu sekali lagi membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

Bagi Presiden DJ Lin Followers, Tuan Auzan Tuan Kamaluddin, usaha dipergiatkan bagi memastikan penyampai radio Suria FM, DJ Lin sekali membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

"Selepas mendapat tahu DJ Lin tercalon, berita gembira itu dikongsi bersama semua ahli jawatankuasa (AJK) DJ Lin Followers.

"Perkara ini turut dihebahkan kepada semua peminat DJ Lin melalui platform media sosial seperti IG, Twitter dan FB.

"Kami kemudian membuka kumpulan WhatsApp untuk membincangkan strategi undian berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan penganjur ABPBH 34," katanya.

Tuan Auzan berkata, kelab merangka strategi dengan menubuhkan dua pasukan di mana masing-masing mempunyai misi berbeza dalam memastikan undian secara optimum.

"Satu kumpulan memberi fokus kepada undian melalui peranti Xiaomi manakala satu kumpulan melakukan kerja-kerja undian percuma," katanya.

Tuan Auzan berkata, mereka bekerja keras bagi memastikan DJ Lin bolos calon Top 5.

"Kemenangan DJ Lin adalah kebahagiaan kami sebagai pengikut setia dan peminat tegar DJ Lin serta Suria Cinta.

"Semua peminat setia DJ Lin pasti bertungkus-lumus dan bekerja keras dalam memastikan rezeki, nasib serta tuah sekali lagi berpihak kepada DJ Lin.

"Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling popular pada ABPBH 34.

"Jika hasrat kami menjadi realiti, ini adalah rezeki berganda buat DJ Lin selepas merangkul trofi Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia untuk 2021 anjuran Majalah antarabangsa, Reader's Digest," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.17.29_AM_1631838618.jpg


Miralegacy mengatur strategi agar Mira yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 mara sebagai calon Top 5.

Sementara itu, Ketua Urus Tadbir Miralegacy, Ross Harun, berkata strategi diatur agar pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 mara sebagai calon Top 5.

"Alhamdulillah, Miraclegacy teruja dan bersyukur atas empat pencalonan diterima Mira melalui penampilan dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan dan Adellea Sofea kali ini.

"Sebaik mendapat tahu undian dibuka sejak 10 September lalu, kami tanpa berlengah mengerah tenaga untuk mengundi Mira melalui setiap saluran," katanya.

Bagaimanapun, Miralegacy tidak menaruh harapan tinggi untuk artis kesayangan membawa pulang trofi. Sebaliknya, menang atau kalah, mereka mahu terus menyokong Mira.

"Untuk ABPBH 34, Miraclegacy tidak meletakkan apa-apa harapan. Kami sangat memahami prinsip dan pegangan Mira iaitu apa juga anugerah atau pengiktirafan yang diperoleh, harus selari dengan kejayaan sesuatu produk atau drama yang dibintangi.

"Kami akan sentiasa memberikan sokongan padu demi kelancaran dan kejayaan karier Mira dalam industri seni seperti slogan Miraclegacy iaitu 'Together We Strong'," katanya.

Mira Filzah dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular serta Gandingan Serasi Drama Popular menerusi dua drama iaitu Bidadari Kiriman Tuhan bersama Zul Ariffin dan Adella Sofea bersama Ungku Ismail.

Penaja utama ABPBH 34 adalah Xiaomi.

Undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka sejak 10 September lalu sehingga 3 Oktober depan.

Sebanyak 14 kategori utama dan enam kategori online dibuka. Bagaimanapun, dua kategori online, iaitu Artis TikTok Popular dan Anugerah FANtastik Popular akan dibuka, bulan depan.

Layari www.abpbh.com.my untuk mengundi artis pilihan anda.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

'Mak Leha teruja jadi calon awal ABPBH 34'

Oleh Zaidi Mohamad- September 17, 2021 @ 11:01am
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.41.51_AM_1631847614.jpg


Karakter Mak Leha masih diperkatakan peminat, malah mengundang kebencian biarpun sekadar melakonkan watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku, dua musim. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Penangan watak Mak Leha lakonan Liza Abdullah dalam drama 7 Hari Mencintaiku membawa pelakon yang mencipta nama sejak era 1980-an itu ke puncak populariti.

Di mana sahaja, karakter dibawa aktres bermata galak itu diperkatakan peminat, malah, mengundang rasa kebencian biarpun sekadar watak dilakonkan dalam drama dua musim itu.

Atas perhatian diraih, tidak hairanlah, ibu tunggal empat cahaya mata itu muncul antara 20 calon awal kategori online Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Pada ABPBH 33, Liza dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Popular.

Liza berkata, melakonkan watak jahat atau antagonis bukanlah mudah disangka.

"Saya ini jenis susah marahkan orang. Jadi, kalau berlakon watak jahat, saya kena jadi sebaliknya. Ketika serap watak itu, saya ibarat pedulikan apa orang lain rasa dengan kejahatan dibawa," katanya kepada BH Online.

Liza bagaimanapun percaya dalam drama Melayu, makian dan cercaan masih terkawal.

"Ditambah pengalaman, pengamatan, garapan skrip, sudut pengarahan dan rakan lakonan yang baik, sesuatu babak itu akan hidup," katanya.

Liza berkata, sebagai pelakon, dia harus membiasakan diri dengan pelbagai perwatakan.

"Jahat, baik, kelakar adalah perkara yang saya harus buat berdasarkan skrip dan menyesuaikannya.

"Kalau diberi watak jahat, saya akan cuba jadi sejahat mungkin. Jahat tidak semestinya kena jadi ganas.

"Mainan dalam atau bahasa badan pun boleh. Macam watak Mak Leha, dia bukanlah jahat sebenarnya. Dia lebih terasa dianiayai menantu.

"Lalu, dia membalas dendam dengan cara tersendiri. Jahat dengan cara melontarkan kata kata nista tanpa perbuatan melampau.

"Dalam musim pertama drama itu, memang ada babak lempang dan pukul. Namun, pada musim kedua, karakter berbeza dipaparkan," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_5.42.01_AM_1631847608.jpg


Liza bersama rakan pelakon, Jasmin Hamid dan Anne Abdullah yang turut membintangi drama fenomena, drama 7 Hari Mencintaiku. - Foto IG Jasmin Hamid

Mengenai pencalonan dalam ABPBH 34, Liza bersyukur atas nikmat dan kesempatan diberi.

"Saya ini ibarat menumpang sudut dunia di hujung hujung sebenarnya. Tak pernah fikirkan soal anugerah.

"Namun, bohonglah tidak mahu dihargai dengan anugerah. Cuma nikmat yang tiada bandingannya apabila lakonan kita disedari dan dihargai.

"Macam tahun lalu, bolos kategori Artis Komedi Popular pun saya tidak sangka. Tahun ini kategori Watak Antagonis Popular pula. Tengok senarai calon lain, nampaknya saya yang paling 'mudo' (muda)," katanya berjenaka.

Bagi Liza, dapat menjadi calon awal ABPBH 34, sudah memadai dan menandakan kerja seninya diminati.

"Impak watak Mak Leha masih terasa sampai sekarang apabila diulang siar drama itu di TV9," katanya.

Dalam perkembangan lain, teman baik Datuk Ziela Jalil dan Datuk Seri Shah Rezza ini bersyukur rezeki tidak putus pada era pandemik ini.

"Saya masih bekerja dari rumah untuk projek drama radio Nasional FM sepanjang tahun. Saya juga buat ulasan dan promosi produk di Instagram.

"Tiada rungutan atau hendak salahkan orang lain. Saya masih dimurahkan rezeki dan pada 22 September ini, jika tiada aral melintang, saya akan memulakan penggambaran drama Mr Bibik.

"Musim ketiga drama 7 Hari Mencintaiku juga bakal memulakan penggambaran, tidak lama lagi. Saya dan Kazar Saisi juga akan memulakan penggambaran drama 30 Hari Sebelum Ramadan, akhir tahun ini," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Farah tak sangka jadi calon awal ABPBH 34

Oleh Zaidi Mohamad- September 17, 2021 @ 7:00pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_10.52.47_AM_1631876407.jpg


Farah bersama tiga anak perempuannya. Foto Ihsan Farah Ahmad


KUALA LUMPUR: Sepanjang 23 tahun menceburi dunia lakonan dan kerja belakang tabir, Farah Ahmad tidak pernah terlintas berada dalam kelompok artis popular.

Tidak hairanlah, menantu pelakon dan aktivis teater terkenal, Fauziah Nawi ini terkejut dirinya bolos calon awal dua kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Bertanding atas tiket filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd berjudul Roh yang ditayangkan tahun lalu, ibu tunggal tiga anak ini berentap dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular bersama Namron.

"Bagi saya cukup kalau berlakon ini, hasil kerja dan bakat seni kita dapat dikongsi tidak kira melalui medium filem atau cabang seni lain.

"Tapi kali ini, sekalipun dalam pencalonan awal, saya tetap berterima kasih kepada pihak yang memerhatikan bakat saya ini.

"Kalau dulu, arwah suami, Pitt Hanif selalu cakap akan tiba masanya bakat saya diperhatikan. Tetapi, kali ini, pencalonan ABPBH 34 jadi bukti bakat dan kerja keras saya semakin diberi perhatian.

"Kepada yang sudi mengundi dan terus menyokong saya, tak terbalas jasa semua.

WhatsApp_Image_2021-09-17_at_10.52.30_AM_1631876415.jpg


Bertanding atas tiket filem Roh yang ditayangkan tahun lalu, Farah berentap dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular bersama Namron pada ABPBH 34. Foto Ihsan Farah Ahmad.

"Saya tidak pernah fikir soal dicalonkan pada anugerah berpaksikan popular macam ABPBH 34. Apa yang saya tahu selama ini, dapat skrip, buat kajian, seterusnya, panjangkan rasa itu kepada penonton," katanya kepada BH Online.

Ibu kepada Thia Farhana, Dhia Farhana dan Mhia Farhana ini mengakui canggung apabila namanya berada dalam pencalonan ABPBH 34.

"Saya masih Farah Ahmad yang sama. Saya akan terus menyokong bakat muda dan rakan industri yang terus mahu mencari seni dalam diri.

"Saya masih 'sempoi', pergi ke mana mana berselipar dan tanpa secalit mekap. Saya suka berkebun, itu tidak boleh tinggal. Saya juga suka meluahkan isi hati dan memberi ketenangan kepada kenalan menerusi kerja seni.

"Apa-apapun, terima kasih penganjur ABPBH 34 atas dua pencalonan ini," katanya yang aktif berteater.

Bagi Farah yang pernah membintangi filem Tombiruo, Suatu Ketika dan Jibam ini, seni baginya mengajar manusia menjadi orang, bukan 'orang-orang'.

"Belajar seni lakon ini, banyak tip kita boleh sesuaikan dalam kehidupan realiti. Contohnya, sedar diri, ruang dan rakan lakon. Pendek kata, banyak ilmu boleh 'memanusiakan' kita. Ini termasuk seni lakon yang mengajar kita jadi orang.

"Macam kalau kita pergi ke tempat orang, kita kena hormat dan tertib. Jangan sembarangan ikut kepala sendiri.

"Istilah 'orang-orang' itu merujuk kepada sesuatu benda yang mirip seperti manusia yang digunakan untuk menakutkan burung, contohnya, di sawah.

"Dalam konteks itu, kita tidak mahu jadi seperti 'orang-orang' yang ibarat rela disangkut atau diperlakukan apa sahaja ke atasnya," katanya.

Terbaharu, Farah membintangi drama The Hotel arahan Helmi Yusof.

Selain Farah, drama yang disiarkan menerusi slot Megadrama Astro Ria sejak Rabu lalu, dibintangi anggota kumpulan K-Clique, MK, Mira Filzah, Sean Lee, Natasha Elyzza dan Yasmin Hani.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Xiaomi, ABPBH 34 teruskan kolaborasi

Oleh Shamshul Azree Samshir- September 17, 2021 @ 10:57pm
[email protected]

abpbxio1_1631916823.jpg


Leong berkongsi rahsia kejayaan Xiaomi mengekalkan momentum dalam pasaran telefon pintar ketika dunia berdepan pandemik COVID-19 pada sesi temuramah bersama Jasmine menerusi program eksklusif ABPBH 34 bersama Xiaomi, malam tadi. - Foto NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Kembali menjadi penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk tahun kedua, Xiaomi teruja menyemarakkan edisi ke-34 acara anugerah berprestij ini dengan tema #KITABERSAMA.

Impak memberangsangkan yang diterima pada penganjuran edisi ke-33 ABPBH tahun lalu, mendorong syarikat elektronik multinasional itu menaja ABPBH 34 yang dilancarkan pada 10 September lalu.

Pengurus Besar Asia Tenggara, Xiaomi International, KM Leong, berkata ABPBH adalah antara program hiburan terbaik di Malaysia yang sudah menawan hati rakyat selama bertahun-tahun.

"Kami amat berbesar hati untuk menjadi penaja utama ABPBH selama dua tahun berturut-turut.

"Pada tahun lalu, kami berpeluang meraikan artis berbakat di Malaysia dan ternyata program ini membantu rakyat Malaysia untuk lebih mengenali Xiaomi.

"Tahun ini, kami menjadi telefon pintar nombor satu di Malaysia berturut-turut bagi suku kedua mengikut Laporan Canalys.

"Buat kali pertama juga, Xiaomi mencapai nombor satu di Asia Tenggara bagi tempoh sama tahun ini," katanya pada program eksklusif ABPBH 34 bersama penaja utama Xiaomi yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook (FB) dan Youtube BH, malam tadi.

Program eksklusif itu dikendalikan hos yang juga pelakon popular, Jasmine Suraya.

Pada ABPBH 33 yang mengangkat penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular, Xiaomi kali pertama menjadi penaja utama acara yang dikendalikan mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Leong berkata, amat penting bagi syarikat dan ABPBH 34 mengekalkan momentum bagi meraikan edisi terkini acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

"Semasa kita menghadapi pandemik di Malaysia, syarikat berharap ABPBH 34 dapat menambah keceriaan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

"Lebih-lebih lagi, Xiaomi berharap dapat mencari lebih banyak bakat tahun ini kerana syarikat mendapati banyak usaha sudah diberi dalam industri hiburan," katanya.

Pada program itu, Jasmine turut menemuramah Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman mengenai penganjuran ABPBH 34 terutama langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.

Ahmad Zaini berkata, ABPBH 34 akan mematuhi semua SOP ditetapkan kerajaan termasuk arahan MKN dan Kementerian Kesihatan.

"ABPBH 34 sentiasa berusaha melakukan penyesuaian dan penambahbaikan secara menyeluruh sesuai dengan keadaan semasa," katanya.

abpbxio2_1631916820.jpg


Jasmine menemuramah Ahmad Zaini pada program eksklusif ABPBH 34 bersama Xiaomi yang disiarkan secara virtual, malam tadi. - Foto NSTP/Aziah Azmee

Ahmad Zaini berkata, penganjuran ABPBH 34 bukan semata-mata mengiktiraf bakat dan populariti artis atau selebriti, sebaliknya, mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sebagainya.

"Mereka ini yang menjadi tulang belakang kejayaan artis atau selebriti, selain menjadi kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah," katanya.

Mengenai tema #KITABERSAMA, Ahmad Zaini berkata, ABPBH 34 mengajak peminat menyemai semangat perpaduan dan kekitaan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 serta mewujudkan imuniti kelompok.

"Banyak yang sudah kita lalui sejak lebih setahun lalu, semua orang terkesan dengan penularan COVID-19. Ramai yang hilang insan tersayang iaitu ahli keluarga, sanak-saudara dan teman-teman.

"Pandemik ini mengajar kita untuk kembali kepada akar atau asas kita iaitu perlunya kita merapatkan hubungan dan bersatu dalam menempuhi cabaran.

"Matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya akan memastikan terselit mesej berguna dalam tema yang diangkat.

"Kami akan memastikan legasi acara anugerah ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun walau dalam apa situasi yang dihadapi," katanya.

Pada program virtual itu, Bintang Paling Popular ABPBH 33, Haqiem Rusli turut ditemuramah pengacara kapsul hiburan BHTV, Apa Kes, Bobo mengenai kenangan meraih trofi idaman ramai itu serta perkembangan terbaharu karier seni dan peribadi.
Pada akhir program, Haqiem mendendangkan lagu Mimpi secara akustik khusus buat peminat ABPBH 34.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Xiaomi, ABPBH 34 perkukuh kerjasama

Oleh Shamshul Azree Samshir dan Farihad Shalla Mahmud- September 18, 2021 @ 11:00am
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-18_at_8.43.54_AM_1631934007.jpg


Leong menjelaskan aspek R&D menjadi budaya Xiaomi bagi memastikan produk dihasilkan menepati kehendak pasaran. Foto Ihsan Xiaomi


KUALA LUMPUR: Impak memberangsangkan kali pertama menjadi penaja utama, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, tahun lalu, mendorong Xiaomi kembali membawa acara anugerah berprestij ini kepada peminat untuk edisi ke-34 bertemakan #KITABERSAMA.

Diumumkan jenama telefon pintar kedua terbesar dunia bagi suku kedua tahun ini berdasarkan Laporan Canalys, ABPBH 33 diakui memberi pendedahan menyeluruh terhadap produk sehingga Xiaomi tidak teragak-agak meneruskan tajaan buat tahun kedua.

Pengurus Besar Asia Tenggara, Xiaomi International, KM Leong, berkata ABPBH adalah antara program hiburan terbaik di Malaysia yang sudah menawan hati rakyat selama bertahun-tahun.

"Kami amat berbesar hati untuk menjadi penaja utama ABPBH selama dua tahun berturut-turut.

"Pada tahun lalu, kami berpeluang meraikan artis berbakat di Malaysia dan ternyata program ini membantu rakyat Malaysia untuk lebih mengenali Xiaomi.

"Tahun ini, kami menjadi telefon pintar nombor satu di Malaysia berturut-turut bagi suku kedua mengikut Laporan Canalys.

"Buat kali pertama juga, Xiaomi mencapai nombor satu di Asia Tenggara bagi tempoh sama tahun ini," katanya pada program eksklusif ABPBH 34 bersama penaja utama Xiaomi yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook (FB) dan Youtube BH Online dan TV3, malam tadi.

Program eksklusif itu dikendalikan hos yang juga pelakon popular, Jasmine Suraya.

Pada ABPBH 33 yang mengangkat penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular, Xiaomi yang juga syarikat elektronik multinasional, kali pertama menjadi penaja utama acara yang dikendalikan mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Leong berkata, amat penting bagi syarikat dan ABPBH 34 mengekalkan momentum bagi meraikan edisi terkini acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

"Semasa kita menghadapi pandemik di Malaysia, syarikat berharap ABPBH 34 dapat menambah keceriaan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

"Lebih-lebih lagi, Xiaomi berharap dapat mencari lebih banyak bakat tahun ini kerana syarikat mendapati banyak usaha diberi mereka dalam industri hiburan," katanya.

Leong berkata, prestasi Xiaomi di peringkat global terus meningkat walaupun berdepan pandemik COVID-19 dengan memberi tumpuan kepada saluran dan platform e-dagang atau penjualan atas talian demi menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

"Baru-baru ini, Canalys Report menunjukkan Xiaomi adalah jenama telefon pintar nombor dua dunia bagi suku kedua tahun ini. Ini adalah pencapaian utama dalam sejarah Xiaomi.

"Perkembangan Xiaomi di peringkat global dan transformasi saluran runcit baharu menjadi pendorong penting dalam membantu Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia," katanya.

Leong berkata, jenama Xiaomi terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelbagai pilihan telefon pintar dan produk rumah pintar.

"Kami menawarkan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk semua orang bergantung kepada penggunaan dan kemampuan mereka.

"Namun, suatu perkara yang tetap, Xiaomi secara konsisten menawarkan prestasi terbaik dalam kelas dengan kualiti tertinggi pada harga berpatutan dan berbaloi," katanya.

Leong berkata, beberapa produk laris atau 'hot selling' adalah telefon pintar jenis Mi 11, Mi 11 Lite dan Redmi 10.

"Ada juga produk rumah pintar seperti Mi Robot Vacuum-Mop, Mi TV Q1 dan P1 Series, Mi Smart Speaker, Mi Air Purifier, serta produk pintar 'wearables' seperti Mi Watch dan Mi Smart Band 6," katanya.

Leong berkata, syarikat baru-baru ini melancarkan siri telefon pintar premium iaitu Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T untuk pasaran global.

"Telefon pintar ini akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-18_at_8.42.36_AM_1631934013.jpg


Jasmine ketika menemuramah Leong secara virtual pada program eksklusif ABPBH 34 bersama Xiaomi, malam tadi. Foto NSTP/Aziah Azmee

Berkongsi perincian siri telefon pintar premium itu, Leong berkata, siri Xiaomi 11T adalah peranti kreatif yang menjadikan penciptaan cinemagic atau 'content creation' lebih menarik dan mudah.

"Telefon pintar ini dilengkapi spesifikasi mercu termasuk kamera utama 108MP, ciri videografi mudah alih premium dan paparan AMOLED sehingga 120Hz fleksibel serta 120W 'fast-charger' yang datang 'in the box' bagi versi pro," katanya.

Ditanya strategi Xiaomi terus bertahan pada era pandemik, Leong berkata, aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) diberi perhatian utama malah dianggap suatu budaya syarikat.

"Kami kerap kerap melabur dalam R&D dan menarik bakat industri terbaik. Kami sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan teknologi agar produk terhasil dapat digunakan semua orang.

"Xiaomi juga beroleh pencapaian utama inisiatif kenderaan elektrik pintar (EV) yang dinanti-nantikan di mana kita memasuki fasa pembangunan yang besar dengan Xiaomi EV Company Limited," katanya.

Leong berkata, syarikat meninjau lebih banyak lokasi strategik di Malaysia agar teknologi inovatif Xiaomi dapat diakses semua rakyat Malaysia.

"Selain itu, kami akan terus berinteraksi dan berkomunikasi dengan Xiaomi Fans. Usaha ini dibuat agar dapat menghasilkan evolusi tekologi melalui maklum balas pelanggan.

"Kami juga akan terus menganjurkan aktiviti berfaedah untuk merapatkan hubungan dengan pelanggan," katanya.

Pada program itu, Jasmine turut menemuramah Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman mengenai penganjuran ABPBH 34 terutama langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.

Dilancarkan minggu lalu, undian pusingan pertama ABPBH 34 bermula 10 September hingga 3 Oktober di www.abpbh.com.my.
Undian boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar Xiaomi.

Malam kemuncak ABPBH 34 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton termasuk YouTube TV3 dan BH serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada 13 November depan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

ABPBH nilai kredibiliti artis

Oleh Farihad Shalla Mahmud- September 18, 2021 @ 1:00pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-18_at_8.44.13_AM_1631941207.jpg


Jasmine ketika mengendalikan program eksklusif ABPBH 34 bersama penaja utama Xiaomi yang disiarkan secara langsung di Facebook (FB) dan YouTube BH serta TV3, malam tadi. Foto NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Menghangatkan lagi program eksklusif ABPBH 34 bersama penaja utama, Xiaomi secara virtual malam tadi, BH Online menemubual penyandang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33, Haqiem Rusli dan mengajak jejaka ini berkongsi momen bersejarah di pentas berprestij itu.

Akui penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Segalanya ini, kemenangan pada ABPBH 33 melakar sejarah tersendiri untuk kerjaya seni dan kehidupan peribadi.

"Impak kemenangan pada malam kemuncak ABPBH 33 sangat besar. Kejayaan diraih cukup menggembirakan ibu bapa, keluarga dan peminat.

"Gelaran Bintang Paling Popular banyak membantu mengembangkan kerjaya muzik saya. Pelbagai tawaran menarik menyusul selepas itu.

WhatsApp_Image_2021-09-18_at_8.47.58_AM_1631941221.jpg


Haqiem menganggap ABPBH menyuntik semangat anak seni untuk meningkatkan keupayaan diri dan menghasilkan produk bermutu. Foto IG Haqiem Rusli

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan," katanya.

Seperkara yang membuka mata Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, mengenai ABPBH adalah selain menjadi penanda aras populariti artis, acara itu menyuntik semangat positif anak seni.

"ABPBH adalah platform untuk menilai kredibiliti seniman. Untuk berjaya dan menempatkan diri sebagai insan yang dikenali, seseorang artis kena ada hasil kerja yang boleh dibanggakan.

"Tidak kisahlah sama ada pelakon atau penyanyi, dia kena berusaha membuktikan kehadiran dalam bidang ini bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

"Saya memulakan kerjaya nyanyian sejak berusia 10 tahun. Saya perlahan-lahan membina nama dengan menghasilkan karya seni hinggalah menjadi sebahagian daripada alumni ABPBH," katanya.

Ketika namanya di kemuncak, penyanyi yang dicungkil bakat melalui program realiti Idola Kecil ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga.

Ditanya tidakkah keputusan berkahwin pada usia muda umpama memperjudikan karier seni lantas memungkinkan populariti merudum, Haqiem akur jika perkara itu terjadi.

"Tidak dinafikan, selepas saya beritahu mahu menamatkan zaman solo, jumlah pengikut di Instagram (IG) berkurangan.
"Bukan hendak kata saya tidak kisah. Tetapi sebagai lelaki normal, saya ada perasaan untuk dicintai dan mencintai.

WhatsApp_Image_2021-09-18_at_8.48.42_AM_1631941213.jpg


Haqiem merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33, tahun lalu. Penyanyi Mimpi ini turut menggondol trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular pada malam itu. Foto NSTP

"Kalau ada insan yang patah hati dengan keputusan saya itu, saya minta maaf. Terimalah keputusan saya itu dengan hati terbuka dan penuh kematangan," pintanya.

Mengenai tarikh dia dan kekasih hati bakal disatukan, Haqiem berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan jabatan agama Islam negeri.

"Saya sudah menjalani kursus kahwin, kira-kira dua tahun lalu. Saya juga sudah membuat pemeriksaan HIV/AIDS. Buat masa ini, kami masih menunggu tarikh yang ditetapkan jabatan agama Islam.

"Kemungkinan besar, bulan depan saya dapat tahu tarikh nikah. Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat kami," katanya yang sekali lagi tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular pada ABPBH 34.

Pada program eksklusif ABPBH 34 dan Xiaomi yang disiarkan secar virtual itu, penyanyi berbakat besar ini turut menghiburkan penonton dengan lagu Mimpi sambil diiringi petikan gitar.

Sementara itu, Jasmine meluahkan rasa teruja apabila diberi kepercayaan mengendalikan program anjuran ABPBH itu.

"Saya tidak pernah terfikir akan menjadi hos untuk program ABPBH. Walaupun bukan hos malam kemuncak, namun, apa sahaja yang berkaitan dengan acara berpestij ini, memberi makna yang cukup besar buat saya.

"Dipertimbangkan penganjur sebagai individu layak menggalas tugas ini sudah dianggap suatu pencapaian buat saya. Tidak mudah untuk saya berada dalam industri ini pada awalnya.

"Selain sifar pengalaman dan tiada pengetahuan asas dalam bidang ini, saya agak bergelut untuk menempatkan diri," katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Pertama kali menembusi senarai awal pencalonan menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi dan Watak Antagonis Popular, pelakon drama rantaian Adellea Sofea dan Bidadari Salju ini menyifatkannya sebagai satu kejutan.

"Saya tidak pernah meletakkan harapan untuk menang. Apatah lagi, senarai pencalonan itu membariskan ramai nama-nama besar dan kuat.

"Lagipun, kebanyakan peminat saya bukan dalam kalangan kelompok yang besar atau 'mass market'. Namun, saya tahu bukan mudah untuk seseorang dicalonkan kerana memerlukan kriteria tertentu.

"Jad, apabila nama saya tersangkut dalam dua kategori pada ABPBH 34, sudah tentu ini mengujakan dan saya sangat bersyukur," katanya.

Program durasi kira-kira sejam itu dipancarkan secara langsung pada jam 9 malam tadi di pelantar Facebook (FB) dan saluran Youtube rasmi BH Online dan TV3.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register