BTC USD 26,264.6 Gold USD 1,943.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia & Uyghur

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
21.03.2023 - Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan aktivis NGO pelbagai agama mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerohanian Buddha, Dalai Lama di Dharamsala, India, semalam. Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata mereka membangkitkan isu Islamophobia, perubahan iklim dan dakwaan penindasan terhadap masyarakat Uyghur di China.
3b705422bdc1e4c3f304aa7130ba3f72.jpg

“Pihak Abim turut menyuarakan pendirian untuk bersama membela setiap golongan yang ditindas atas nama kemanusiaan termasuk Uyghur. His Holiness Dalai Lama menyatakan bahawa ‘saya rasa sakit dan sedih bila mendengar sahabat-sahabat Uyghur yang dizalimi’,” katanya.
74a520dea36b08a5c557df1c7b20c9ab.jpg

Mereka turut menghadiah dan memakaikan "Songkok Abim" kepada Dalai Lama sebagai simbol keutuhan hubungan kedua-dua pihak. Abim juga menghadiahkan al-Quran terjemahan Inggeris, buku Islam and Buddhism Eco Dialogue serta buku-buku lain terbitannya.

“Semoga ia memberi manfaat buat umat seluruhnya,” katanya.

Dalai Lama sebelum ini pernah menyokong program Abim dengan tampil secara atas talian.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/659462
 
Top
Log in Register