BTC USD 40,780.8 Gold USD 1,838.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Fattah menang Naib Presiden ICA-AP

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
fattah_1638427322.jpg


Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR: Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah, berjaya memenangi kerusi Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA-AP).Beliau yang akan memegang jawatan itu bagi penggal 2022 sehingga 2026, dipilih pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang diadakan secara maya di Seoul, Korea.
Abdul Fatah ketika dihubungi berkata, lantikan itu sebagai batu loncatan kepada negara untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ada di negara ini ke 60 negara di Asia Pasifik yang mempunyai populasi 4.2 bilion penduduk.

Katanya, berbanding sebelum ini pasaran hanya mampu dibuat di ASEAN yang mempunyai lebih 600 juta penduduk sahaja.
"Ini memberi satu kelebihan kepada negara kerana kita akan berusaha melebarkan lagi pengaruh koperasi dan rakan strategik koperasi.

"Menerusi platform ini juga, ia memberi peluang kepada koperasi untuk meningkatkan lagi perdagangan dan pemasaran produk di peringkat antarabangsa.
"Selain itu, ini juga akan memberi peluang kepada Malaysia untuk mempromosikan budaya negara," katanya kepada BH.

Abdul Fatah berkata, beliau juga berhasrat untuk membawa masuk lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Katanya, usaha itu mampu direalisasikan dengan rangkaian dan kerjasama sesama koperasi di Asia Pasifik.
"Malah rangkaian ini juga membolehkan kita menghasilkan produk dengan harga kompetitif kerana kos dan peranan orang tengah dikurangkan apabila hanya berurusan sesama koperasi sahaja," katanya.

Beliau berharap, selepas ini akan dapat terus memperkenalkan produk koperasi negara seperti koperasi sekolah dan komuniti, produk halal serta produk patuh syariah ke negara yang kurang aktif sektor koperasi dan tiada koperasi.Katanya, ini kerana sektor koperasi adalah penting kerana ia adalah platform yang membantu untuk membangunkan sesuatu ekonomi.
"Saya berharap apa yang dihasratkan ini mampu dicapai dengan peluang yang ada ketika ini," katanya.

Beliau juga bersyukur apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa menjadi pendorong dan pemberi semangat kepadanya selain kerajaan dan ahli koperasi sendiri.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman sosial Facebook miliknya turut mengucapkan tahniah kepada Abdul Fattah.
Dalam hantaran itu, beliau berkata, Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi kerusi Naib Presiden ICA-AP.

Katanya, Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), adalah calon Malaysia kedua yang dipilih memegang jawatan itu selepas Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid."Pemilihan ini menunjukkan kepimpinan koperasi antarabangsa yakin dan percaya dengan kewibawaan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju," katanya.

Turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register