BTC USD 49,112.6 Gold USD 1,785.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Abang' sudah ghaib lebih 10 tahun

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Gara-gara terlalu geram, Nasir (bukan nama sebenar) berumur dalam lingkungan 20-an yang didakwa ditipu oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bekas Penolong Pengarah Kastam Selangor telah memberanikan diri mengunjungi rumah lelaki itu untuk membuat tuntutan setelah dia menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Namun, Nasir dikejutkan apabila dimaklumkan oleh bapa suspek bahawa anaknya yang dikenali sebagai 'Abang' itu sudah lebih 10 tahun tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Klang.

"Ayah dia kata, anaknya itu sudah buang keluarga, tak pernah balik beraya sejak lebih 10 tahun lepas. Kahwin pun tak jemput, jadi sampai sekarang, ayah dia tak kenal siapa isteri dan cucu-cucunya," ceritanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun, Nasir memberitahu, beliau terpaksa berterus-terang dan menjelaskan kegiatan jenayah anaknya yang telah menipu ramai orang, tetapi lelaki itu hanya menunjukkan reaksi yang bersahaja sambil berkata: "Nak buat laporan polis, buatlah, nanti polis akan datang sini juga tanya pak cik."

Pertemuan itu juga ujarnya, merungkai persoalan bagaimana 'Abang' dilihat sebagai seorang yang pakar tentang selok-belok kastam apabila bapa suspek mendedahkan anaknya pernah bekerja di Pelabuhan Klang.
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
mmg ghaib terus..ke bapak die kasi ghaib jap? :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register