'Abang Jat pulanglah...emak sakit'

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN: “Abang Jat pulanglah...emak sakit, kami semua rindukan abang,” kata Harry Omar, 24, yang mengharapkan kepulangan abang kandungnya ke pangkuan keluarga selepas terpisah kira-kira 15 tahun lalu.
Harry berkata, dia merayu abangnya, Sazali Omar, 30, yang juga anak sulung tujuh beradik itu pulang segera ke pangkuan keluarga kerana ibunya, Biayah Ali, 60, sakit.


Katanya, mereka sekeluarga amat merindukan Sazali yang lebih dikenali sebagai Jat di kalangan saudara-mara dan rakan.


Menceritakan detik perpisahan yang berlaku kira-kira 15 tahun lalu, anggota tentera yang bertugas di Kem Batu 10 di sini itu, berkata abangnya meninggalkan kampung halaman di Kota Samarahan, Sarawak untuk ke Semenanjung dengan alasan mencari pekerjaan.


“Ketika itu saya masih di bangku sekolah dan masih terngiang-ngiang suara abang memberitahu ayah dan emak dia hendak ke Semenanjung mencari pekerjaan lebih sesuai bagi menambahkan pendapatan.


“Sebelum ini dia hanya bekerja kilang di kampung,” katanya yang sudah lima tahun menetap di bandar ini.
 
Top
Log in Register