BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Abah tak ada, duk dengan ibu'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Siti Zuraidah yang memangku Mohd Shah kelihatan sugul ketika ditemui di bilik mayat HSNZ , Kuala Terengganu.
< 1 / 1 >
MARANG – "Dia (Allahyarham) sempat berpesan kepada anak bongsu (Mohd Shah Mohammad Saipunizan, 5), kalau abah tak ada, duk (duduk) dengan ibu, saya tak mahu doh ingat-ingat (pesanan Allahyarham itu),” kata Siti Zubaidah Mohd Kadir, 34.

Siti Zubaidah ialah isteri Mohammad Saipunizan Harun, 36, yang ditemui maut di sebuah rumah di Taman Desa Salam, di sini, pagi semalam selepas mangsa dikatakan keluar dari rumah mereka di Tekawang, Hulu Terengganu, Selasa lalu.

Isteri mangsa yang bimbang dan mula mengesyaki sesuatu perkara buruk menimpa suaminya selepas dua hari tidak pulang ke rumah, segera ke rumah baharu mereka di Taman Desa Salam, Bukit Payong, semalam.

Bagaimanapun apabila tiba di rumah berkenaan, Zuraidah mendapati pintu di bahagian hadapan rumah berkunci sebelum menuju dan membuka pintu bahagian belakang, seterusnya menemui mayat suaminya di ruang tamu.

Mayat mangsa yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu kemudiannya dihantar ke bilik mayat dan tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat, kira-kira jam 1.10 petang semalam.

Difahamkan, mangsa membeli rumah di Taman Desa Salam tahun lalu, namun tidak tinggal di situ bersama keluarga kerana isterinya menjalankan perniagaan kedai makan dan tinggal bersama anak-anak di Tekawang, Hulu Terengganu.

Zuraidah bersama keluarga ketika ditemui di bilik mayat berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian menimpa suaminya itu kerana terlalu sebak.

Sementara itu, ibu mangsa, Yaumi Mamat, 60-an, berkata, mangsa sempat menemuinya pada pagi Selasa lalu di rumahnya di Padang Nenas, Kuala Terengganu, malah mangsa juga sempat menziarahi kubur Allahyarham suaminya sebelum bertolak
pulang.

“Dia (Allahyarham) ke kubur ayahnya sebelum ke rumah makcik pagi itu (Selasa), kemudian dia keluar untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Padang Nenas dan pulang semula ke rumah makcik sebelum bertolak pulang sekitar jam 3 petang,” katanya.

Keluarga mangsa membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Bukit Payong, di sini, malah jenazah Muhammad Saipunizam turut dituntut ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
Back
Top
Log in Register