Abah meninggalkan kami selamanya

Recommended Brokers


theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,080
Reaction score
374
Points
81
Assalamualaikum..

saja je nak share sebab ni first time aku merasa ada org meninggal dalam ahli keluarga terdekat.. yang lebih memeritkan ialah arwah abah ku sendiri.

Meninggal hari khamis malam jumaat, kelmarin lepas solat jumaat terus mandi kafan dan solatkan, baru bawa ke tanah perkuburan.

masa tu bang wasap kat grup adik beradik, cakap abah dah tiada.

aku speechless dan emotionless, mmg aku blur mcm username aku. xtau nak buat apa2.. xde air mata fikiran kosong..

x sangka hari tu hari terakhir abah aku.. malam sebelum tu (hari rabu) mmg aku x bole tido, pusing sana sini.. pastu aku prasan abah dan mak aku bangun lewat sikit dari kebiasaan, slalu diorg bangun jam 5. haritu nak dekat 5.40pagi. diorg pegi keja mcm biasa.

tgh hari abah call, cakap abah x larat nak balik rumah (biasa tgh hari abah balik rumah setiap hari, rehat jam 1pm), aku pun cakap ok la.

x pasti jam brp, lebih kurang jam 2-3pm gitu, frame gambar keluarga jatuh dari dinding, paku tercabut. aku pun pelik la aik knp jatuh tiba2. tapi takde la bad feeling apa2 pun.

utk pengetahuan, aku masih menunggu posting keja (MA), so duk umah je la buat masa ni.


fast forward, lepas dpt info dari abang aku, abah dah tiada.. aku pun bergegas la nak ke spital. jam 7pm mcm tu. xde kereta sebab abah dan mak aku pakai. aku pun book grab la.

tapi kena p satu kedai utk ambik kunci kereta. tempat abah aku jatuh dan tak sedarkan diri sebelum ambulan bawa (lepas abis keja, mak dan abah p kedai tu). sampai sana tanya la pekerja sana, details cemana abah aku jatuh dan apa yg terjadi. so dia cakap la arwah jatuh, ada org lain tolong CPR. mak minta org call ambulan. pekerja tu cakap ambulan lambat sampai, bayangkan lebih kurang setengah jam baru sampai.

org2 lain yg tlg CPR tu kena teruskan CPR dalam setengah jam tu, berganti2.

aku saspek arwah abah aku cardiac arrest. benda ni bahaya. kena buat CPR cepat2 dalam tempoh 3 minit pertama. kalau dibiarkan lebih 10 minit tanpa CPR, mmg damage dia irreversible (contoh koma, brain dead, atau terus meninggal).

tapi teknik CPR pun kena betul.. aku tak nak la bersangka buruk utk cakap yang orang2 lain tolong CPR kan arwah abah aku tu, tak pandai CPR. aku berterima kasih kat diorg sebab berusaha tolong selamatkan abah aku.

aku pun x nak la salahkan ambulan sebab lambat.. sebab aku pun nanti keja MA, mmg tu la skop keja aku nanti prehospital care naik2 ambulan ni. aku pun paham byk faktor knp lambat.


kena redha la juga, dah ajal.


dah ambik kunci, baru p spital.. kat situ baru aku perasan satu hal.

airmata jatuh tgk abah kena balut kain putih. dan belum pernah sepanjang aku hidup, kecup dahi abah aku.. dan aku menangis sebab itu kali yg pertama dan terakhir aku kecup dahi abah aku.

menyesal, kenapa baru bila abah takde baru rasa nak peluk dan cium abah.. knp masa hidup, aku ambik tak endah je benda2 mcm tu stakat cium tangan je la.

masa tu aku mmg dah lose hope utk hidup, siap minta kat Allah tolong la utk 1 jam pun cukup la, nak jumpa abah nak becakap dgn abah utk kali terakhir..

adik aku kat KL, terus booking flight malam tu juga balik Sabah. yg ada masa tu tinggal MAS je, mahal x mahal dah x penting. ribu2 gak la utk one way je. dgn husband dia.

yg adik bongsu aku paling kesian..sebab dia rapat kat abah aku.. dia kat Jepun, dia nak sangat pulang malam tu.. tapi dia mmg baru je sampai sana sehari sebelum kejadian. sebab takut x sempat, dalam plan awal pagi jumaat terus nak kubur, kalau dia naik flight pun, nak 8 jam gak.. tu pun x pasti ada ke lagi flight malam kat sana. tapi rasanya kalau ada mmg faham2 je la mahal tiket dia.. x mampu..

first time juga la aku mandikan jenazah, kafankan jenazah, solat jenazah (aku belum pernah buat benda2 ni).. susah mata berair buat semua ni..

haritu lancar je perjalanan arwah abah aku dari masjid nak ke tanah perkuburan.. polis trafik escort semua kereta kat jalanraya stop dan bagi laluan (mungkin sebagai penghormatan terakhir utk anggota polis yg meninggal dalam perkhidmatan).

aku masuk dalam liang lahad, urus semua pengebumian.. aku pun xtau la kalau ada airmata aku jatuh bercampur tanah, aku pun dah x peduli org2 sekliling diam je tgk aku ngan abang buat semua tu. terima kasih gak la kat kawan2 rapat arwah yg alim, mmg diorg ajar dari A to Z nak buat.

aku pun x nak menangis tapi ni first time aku experience ada org terdekat ngan aku meninggal. (kawan2 meninggal tu lain cerita).

skrg tinggal aku ngan mak je la kat rumah.. abang ada rumah sendiri, adik2 kat KL.

mungkin skrg belum terasa la.. aku risau dalam sebulan lagi, aku mesti rasa kosong sekosong2 nya..

sebab byk ilmu yg aku nak belajar dari arwah abah.. semua masalah kereta dan rumah (wiring ke, mesin basuh ke), mmg dia yg buat.. skrg aku risau kalau ada masalah keta ke, mesin basuh problem ke, aku mmg x reti.

nak x nak aku kena berani buat juga.. kesian kat mak kalau ada apa2.. aku je tempat dia nak berharap..

mmg dia keja gaji pun boleh tahan, tapi aku still kesian mesti dia rasa sunyi..

sambil2 aku sedih ni, risau juga posting MA aku nanti.. aku mohon la jangan bagi jauh2 posting.. aku x boleh biarkan mak sorang2 kat rumah..

mohon sedekahkan Al-fatihah utk arwah abah aku dan doa tuan puan kat cg. terima kasih sebab mendengar.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,650
Points
1,346
innalillahi wainna ilaihi rajiun

sabar dan bertabah ye tn theblur.
semoga Allah merahmati arwah ayah tuan, memberkatinya, menempatkan dia dikalangan org yg diredhai Allah..

saya pulak, arwah mak saya meninggal tahun 2015. sehingga sekarang, masih lagi ada rasa perasaan 'sedih' dengan pemergian dia

masa awal awal tu, dalam setahun dua tahun selepas pemergian dia, saya masih lagi rasa kehadiran dia. as if terasa dia masih dengan kita..
kalau saya tertengok dari belakang, mak cik makcik berjubah pakai tuduh labuh, mmg teringat pada dia. terus terfikir, 'eh ma lah'. pastu apabila makcik tu berpaling, baru tersedar :)
pastu rilek je bermimpi kan ma, dok tengok ma dok memasak, tersenyum, dok bersama abah dlm mimpi tu. jadi mimpi tu seolah mengulit diri kita yg ma masih bersama kita, dlm kita tgh sedih tu


abah saya lagi lah, mmg ma kat ingatan dia sampai sekarang.
apabila saya balik kg, pastu dok berbual dengan abah, abah mesti menyelit cerita pasal ma, 'ha nanti ada sikit duit tu abah tolak utk ma'
'ni abah ambik satu wakaf, niat pada ma jugak ni'
'nanti bulan puasa ni, abah nak ambik sikit duit, luangkan utk ma'

abah suka sangat kalau kita ajak berbual pasal aktiviti dia kat kg. mmg akan ada cerita pasal ma, dia sebut :)
kalau tgh mengaji quran, abah berenti sekejap, pastu dia berdoa utk ma dan tok, muslimin muslimat semua. pastu sambung balik mengaji..
mmg ma tak lekang dari mulut dan ingatan abah
 
Last edited:

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,034
Reaction score
273
Points
41
takziah bro theblur....

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman....
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
472
Reaction score
69
Points
20
Sedih baca kisah tuan...harap tuan byk2 bersabar...penah berlaku pada sedara saya masa tu dia masih sekolah rendah...ayah dia meninggal eksiden kat tempat keja...kehilangan yg sangat mengejut...hari sebelum masih ada sihat tiba2 dpt berita macam tu

Dibandingkan dgn Tuan nasib dia lg malang...dia anak sulung...peristiwa tu berlaku hampir 20 thn lepas...skrg ni syukur kepada Allah hidup dia dah stabil...harap Tuan bersabar byk2

Mst Tuan pikir org yg x lalui tahu apa...cakap senanglah...tp sy ni jenis jiwa agak sensitif...sy paham perasaan tu...aduh sedih rasa:((
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,898
Reaction score
196
Points
73
Salam takziah bro dn Al fatihah.....
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,832
Reaction score
310
Points
81
Hu..hu..sekurang-kurangnya ko diberi kesempatan bersama ayah sehingga dewasa, syukurlah tu.
Aku dulu umur 6 tahun dah jadi anak yatim. Rupa ayah macam mana pun susah aku nak bayangkan.
Semoga roh mereka tenang di sana.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,080
Reaction score
374
Points
81
ya Allah terima kasih semua... moga rezeki dan segala kebaikan utk pihak tuan2 skalian.

sibuk beberapa hari ni urus byk hal..

ya Allah, apa yg negatif di benakku sejak hari kejadian ternyata benar..

aku cuba bersangka baik waktu abah collapse, dan kena CPR oleh org lain.

aku tanya la mak, mcm mana diorg cpr (sambil aku tunjuk demo CPR betul), mak cakap diorg buat lain (tangan bengkok) dan diorg tak bagi bantuan pernafasan (mouth to mouth). dan agak lama baru diorg teragak nak cpr.

tapi takpe la, tak boleh salahkan takdir.. dah ketentuan Ilahi mcm ni.. aku maafkan je la, dan terima kasih sebab at least berusaha bantu abah.

harap2 sama2 la kita ambik iktibar, belajarlah cara CPR dengan betul.

kot2 kita boleh tolong org lain utk survive.

tq semua..
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
3,603
Reaction score
275
Points
41
Takziah bro, arwah pergi pd hari yg baik,moga khusnulkhatimah buat arwah.

Apepun,bila kehilangan..memang akan terasa...

Masa sahaja yg memainkan peranan utk kita menerima,redha...tapi semuanya akan terpahat dalam ingatan seorang anak.
 

NurussalamAziz

Active Member
Joined
Sep 14, 2011
Messages
1,764
Reaction score
102
Points
38
Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Semoga roh arwah abah ditempatkan dalam kalangan yang dijanjikan syurga. Amin.

Bertabahlah.. saya pernah mengalami kehilangan seorang ayah dahulu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register