Aaron Aziz Sahut Cabaran Jadi Pengarah Filem

CG Sponsors




azrulazman

CG Top Poster Club
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,406
Reaction score
150
Points
128
PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz akhirnya menyahut cabaran untuk bergelar pengarah apabila penerbit Ahmad Idham menawarkannya untuk mengarahkan filem terbaharu terbitan Excellent Pictures berjudul Romeo Kota.

Aaron berkata, dia yang pada mulanya hanya ditawarkan berlakon dalam filem berkenaan bersetuju dengan pelawaan itu selepas menyedari ia peluang besar untuk kariernya.

"Pada awalnya pembabitan saya dalam filem ini adalah sebagai pelakon sahaja namun apabila dipelawa oleh Ahmad Idham untuk duduk di kerusi pengarah saya bersetuju.

"Ini adalah peluang saya meningkatkan ilmu bukan sahaja dalam bidang lakonan tetapi pengarahan dan berterima kasih kepada pihak penerbit kerana memberikan kepercayaan kepada saya," jelasnya kepada mStar Online.

Aaron memberitahu penggambaran filem yang menggandingkannya dengan Nabil (Raja Lawak) sebagai watak utama itu sedang dijalankan bermula 26 Mac lalu di sekitar Lembah Klang.

Filem yang mengangkat genre aksi dan komedi itu mengisahkan mengenai dua anggota polis yang menyamar untuk menyelesaikan satu kes jenayah di sebuah kolej.

Dalam pada itu, Aaron berkata, walaupun penat dan tertekan untuk mengimbangi peranannya sebagai pengarah dan pelakon dalam filem itu namun dia dapat mengawal situasi dengan baik.

Malah katanya, banyak perkara yang dapat dipraktikkan hasil daripada pemerhatian dan pembelajaran ketika bekerja di bawah pengarah lain sebelum ini.

"Pengalaman mengarahkan beberapa buah drama dan projek kecil lain seperti klip video membuatkan saya yakin untuk mengarahkan filem ini.

"Walaupun penat saya akan memastikan hasil kerja pertama saya ini akan dapat dibanggakan," ujarnya.

Tambah Aaron, Ahmad Idham juga banyak membantunya ketika di lokasi terutama sekali dari segi aspek teknikal filem tersebut.

Dalam perkembangan lain, Aaron berkata, selain Romeo Kota, dia akan kembali ke set penggambaran sebuah drama bersiri terbitan Global Station untuk siaran Astro.

Selain itu, Aaron berkata, drama bersiri Adam dan Hawa yang mendapat sambutan hangat penonton bakal difilemkan namun memberitahu ia masih dalam peringkat perbincangan.

 
Sponsored Post

jade83

Active Member
Joined
Jan 7, 2012
Messages
1,676
Reaction score
176
Points
33
i don like mat haron mustapha hehe:))
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,655
Reaction score
21,082
Points
1,671
rosyam nor die belakon die mengarah..xjadi hal pun
 

biisnesman

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2010
Messages
3,434
Reaction score
12
Points
25
market tengah naik, offer la jd pengarah..
baik bg sofi jikan tu je jd pengarah..
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
ahmad idham punya pilem....ermmm
 

Senju95

Active+ Member
Joined
Jan 11, 2009
Messages
2,714
Reaction score
16
Points
25
ahmad idham punya pilem....ermmm
ahmad idham pierre andre MIG david Teo Farid Kamil Bob ismail Hashim <-- ni semua yang menghancurkan minda2 anak2 melayu sekarang ni dengan membuat filem sampah... kalau tak filem gangster mesti filem hantu komedi bod0h..:(scam
 

pelan

Fun Poster
Joined
Apr 9, 2013
Messages
163
Reaction score
0
Points
10
tolong buat filem aksi yang tidak menjurus kepada keruntuhan moral
jangan buat filem lucah, gangstar, lawak *****
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
xde lgsung crita melayu yg bermotif.. bosann..
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,367
Reaction score
66
Points
30
org offer...balun jerlah...hahaa
 

hicom

Fun Poster
Joined
Apr 10, 2013
Messages
114
Reaction score
0
Points
10
oklaa tu... buat apa pun semua orang pandang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register