BTC USD 18,705.7 Gold USD 1,625.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,127
Points
661
Awards
1

Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan​

BERNAMA
Aksi Aaliyah Yoong Hanifah di Moomba Masters. FOTO FB Hanifah Yoong
Aksi Aaliyah Yoong Hanifah di Moomba Masters. FOTO FB Hanifah Yoong



Kuala Lumpur: Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya memperbaiki rekod kebangsaan bagi acara 'jump' wanita di Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia hari ini.

Peluncur berusia 18 tahun itu mencatatkan lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua, esok.

"Lompatan yang hebat daripada Aaliyah Yoong, mencipta rekod baharu buat Malaysia dan PB baru (rekod peribadi terbaik) dengan 39.5m mengatasi catatan terbaik peribadinya sebelumnya iaitu 38.9m yang dicapai tiga tahun lalu di La Trobe," menurut jurulatihnya Hanifah Yoong Yin Fah menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Peluncur dari Amerika Syarikat Elizabeth Hall merekodkan lompatan (31.1m) dan Kristy Appleton (30.1m) mewakili Queensland, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga pada pusingan hari ini.

Aaliyah Yoong turut meraih tempat pertama bagi acara 'tricks' dengan mencatatkan 5,030 mata manakala bagi acara slalom wanita, beliau berada di tempat keempat.


"Sungai Yarra sangat sukar!. Ramai menjadi mangsa ekoran angin kencang pagi tadi dan menghadapi halangan sukar serta tersasar daripada rekod terbaik mereka termasuklah saya.

Namun saya gembira dapat menduduki tempat keempat kerana hanya merupakan pilihan kelapan.

Dalam pusingan kedua esok, diharap dapat bermula pada kedudukan yang lebih baik," kata Aaliyah Yoong yang membuat penampilan kali ke-10 pada kejohanan itu.

Pada Kejohanan Moomba Masters 2020, Aaliyah Yoong berjaya merangkul satu pingat emas bagi kategori bawah-17 tahun acara 'tricks' serta dua pingat perak bagi acara 'jump' dan wanita keseluruhan
 
Sponsored Post

reezn

Mutiple ID - Jedi / soybean
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
399
Points
41
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register