BTC USD 37,924.8 Gold USD 1,791.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

A moi' tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

'Amoi' tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan [METROTV]​

Kuala Lumpur: "Hampir setiap hari jika berjumpa orang, pasti ada yang sangka dan ingatkan saya orang Melayu," kata Kimberly Chuah.

Gadis berbangsa Cina berusia 21 tahun itu mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Perkongsiannya itu kini meraih lebih 1.5 juta tontonan dan turut menerima reaksi positif warganet di ruangan komen.

Antara video menarik adalah pengakuannya yang gemarkan sambal belacan dan sekiranya tiada lauk, dia menjadikan nasi, telur dan sambal belacan seperti makanan ruji.

Bercerita lanjut, Kimberly berkata, kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu adalah perkara biasa dan bukannya suatu yang unik.

"Suasana saya membesar mungkin menjadi faktor cara saya bertutur sehingga seakan-akan orang Melayu.

"Sejak kecil, saya mempunyai ramai rakan Melayu di sekolah dan ibu bapa yang berketurunan Baba Nyonya biasa menggunakan bahasa Melayu di rumah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia yang menetap di Setapak, berkata jika penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan harian setiap rakyat Malaysia, pastinya hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dapat dieratkan.

Katanya, jika bertemu dengan orang Cina, kebiasaannya dia akan bertutur dengan bahasa Melayu walaupun mereka boleh berbahasa Mandarin.

"Daripada segi penguasaan bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris saya lebih baik berbanding bahasa Mandarin atau Hokkien.

"Saya baru berjinak-jinak dalam industri lakonan bermula tahun lalu dan kini menjalani penggambaran drama Melayu yang akan disiarkan di RTM.

"Sebelum ini saya menjadi watak sampingan dalam drama Kelmarin Cinta yang disiarkan di TV Okey," katanya.

Menurutnya, ketika di set penggambaran, ramai kru produksi bertanya sama ada dia berbangsa Cina atau Melayu dan hampir setiap hari soalan sama diajukan.

Katanya, dia berharap perkongsiannya itu dapat memberi impak positif kepada masyarakat lain terutama dalam menyuntik perasaan mencintai bahasa kebangsaan.

"Saya terkejut apabila video itu tular sedangkan bagi saya, orang Cina cakap Melayu itu biasa, ramai saja di luar sana.

"Pada masa sama, saya gembira ia dapat perhatian warganet sekurang-kurangnya dapat membantu menonjolkan diri saya dalam industri kerana bergelar pelakon sudah menjadi impian sejak kecil," katanya yang turut aktif dalam pementasan teater.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,467
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,467
Reaction score
17,849
Points
2,536

Sebab nak berlakon drama Melayu
Boleh ikut jejak langkah Elizabeth Tan
 
eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,892
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,892
Reaction score
1,105
Points
156
Sebab nak berlakon drama Melayu
Boleh ikut jejak langkah Elizabeth Tan
aku frust la Ellie dah kawin ... baru nak ajak dia main "polis entry wanto jaga"

tapi kalo dpt Kimberli pun aku dah bersyukur .. 😂
 
Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,526
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,526
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
Aku jumpa kat TikTok minggu lepas.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
nape budak2 Melayu selalu bila cakap .. "XxXxXxXxXxXxXxXxXxXx... bodo"

endingnya mesti ada perkataan "bodo" :unsure:
 
Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,526
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,526
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
nape budak2 Melayu selalu bila cakap .. "XxXxXxXxXxXxXxXxXxXx... bodo"

endingnya mesti ada perkataan "bodo" :unsure:

Lagi satu...'gila'

Suka tambah 'gila' :ROFLMAO:

Yang saya biasa dengar 'do' jer.

Tak pasti lah singkatan pada 'bodo' atau camana.

Saya pun tak tahu nape diorang cakap camtu.

Zaman saya 30 tahun dulu...takde pun cakap 'bodo'

'Barbie' pun takde.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Lagi satu...'gila'

Suka tambah 'gila' :ROFLMAO:

Yang saya biasa dengar 'do' jer.

Tak pasti lah singkatan pada 'bodo' atau camana.

Saya pun tak tahu nape diorang cakap camtu.

Zaman saya 30 tahun dulu...takde pun cakap 'bodo'

'Barbie' pun takde.

betul2 .. sekarang ada jugak kadang2 diorang guna barbie .. kat tempat aku ni budak2 beskal ..
 
eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,892
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,892
Reaction score
1,105
Points
156
Angeline Tan lagi fasih Bahasa Melayu berbanding Elizabeth Tan :)
kimberli lagi fasih dari Angelina & Elli .. sbb dia cakap laju dan fasih .. angelina cakap perlahan mungkin nk susun ayat... yg kimberli dah mcm mesingun dia tabur
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register