96,335 Pesalah Diburu

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120

SEORANG anggota polis trafik Selangor menyerahkan saman trafik yang mempunyai waran tangkap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan September yang lalu. Kali ini dalam Ops Warta VII pula, tindakan yang sama akan dilakukan pihak polis, bermula Isnin sehingga 16 Disember ini. - Foto Mohd Aswadi Alias.

KUALA LUMPUR: Mulai Isnin ini, polis akan melancarkan operasi dari rumah ke rumah bagi memburu 96,335 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap selepas gagal menjelaskan saman berjumlah kira-kira RM28.9 juta.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abd Aziz Yusof, berkata Ops Warta VII yang dilancarkan serentak di seluruh negara selama sebulan sehingga 16 Disember ini akan disertai 4,000 anggota dan pegawai trafik.

"Jika perlu, kita juga akan ke pejabat pesalah terbabit atau melakukan penahanan ketika sekatan jalan raya," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap yang didaftarkan dalam Sistem Pembayaran Kompaun Menerusi Talian (COPS) bermula 1 Mei sehingga 31 Oktober lalu.

"Berdasarkan Ops Warta VI dua tahun lalu, kita berjaya mencapai sasaran 30 peratus dalam mengutip kompaun tertunggak dan pada tahun ini peratus pencapaian itu dinaikkan kepada 35 peratus.

"Operasi kali ini hanya dilakukan selama sebulan, berbanding dua bulan sebelum ini, tetapi ia tidak bermakna usaha polis menjejak pesalah terbabit akan turut tamat dalam tempoh itu. Mereka yang masih degil akan tetap diburu," katanya.

Abd Aziz menasihatkan pesalah trafik supaya membayar segera saman berkenaan bagi mengelak sebarang masalah.

"Apabila sudah ditahan, semuanya sudah terlambat kerana proses mahkamah akan berjalan," katanya.

Polis mengadakan pelbagai cara untuk memudahkan orang ramai membayar saman, termasuk membuka kaunter di pusat beli-belah dan kaunter khas di semua balai polis serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa turut melancarkan kaedah pembayaran saman trafik melalui e-Payment.

"Orang ramai juga tidak perlu lagi membuat rayuan kerana pembayaran saman sudah dilengkapi sistem pengurangan secara automatik, maka potongan sebanyak 50 peratus hanya ditawarkan bagi penerima yang membayarnya sebelum tempoh kompaun tamat.

"Namun, potongan bayaran saman tidak akan diberi apabila ia melebihi tempoh mahkamah atau waran tangkap sudah dikeluarkan," kata Abd Aziz.
 
Sponsored Post

levitez

Legendary Member
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
wow....dah ganas betol dah ni...:)):D
 

dinda_umie

Legendary Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
10,890
Reaction score
55
Points
120
Siap cari smpai umah tu..gilos2..xmaun r..malu den.hehehehe..
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Ops Warta 7 Ditangguh

KUALA LUMPUR 15 Nov. — Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri belum menerima laporan mengenai pelancaran operasi itu daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof.

Sehubungan itu, katanya, penangguhan operasi itu perlu bagi memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk mengkaji secara menyeluruh laporan pelaksanaan Ops Warta 7.

“Kita sudah tangguhkan Ops Warta 7 dan bukannya bermula Isnin ini. Kita buat keputusan supaya operasi itu yang diumumkan (oleh Abdul Aziz) semalam, ditangguhkan sehingga saya dan Ketua Polis Negara berbincang terlebih dulu.

“Kita perlu mengkaji laporan mengenai cadangan pelaksanaan Ops Warta 7 sebelum memutuskan tarikh baru bermulanya operasi itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar mengumumkan Ops Warta sebelum mendapat pandangan atau menyerahkan laporan kepada beliau dan Musa, Ismail berkata:

“Itulah... apa-apa keputusan hanya diambil selepas perbincangan saya, Ketua Polis Negara dan juga Ketua Trafik Pasukan (Abdul Aziz), sehingga kini kita masih belum putuskan tarikh pelancarannya.”

Difahamkan, pertemuan khas melibatkan Musa, Ismail dan Abdul Aziz itu akan diadakan Isnin ini yang bertujuan bagi membincangkan operasi berkenaan.

Ismail berkata, beberapa agenda akan dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk jumlah waran tangkap yang dikeluarkan dan tempoh penguatkuasaannya.

Semalam, Abdul Aziz dalam sidang medianya mengumumkan, pihaknya memburu 96,000 orang pesalah trafik yang gagal membayar saman menerusi Ops Warta kali ini termasuk mengesan mereka dari rumah ke rumah dan pejabat mulai Isnin ini.

Operasi itu dijadual diadakan selama sebulan iaitu sehingga 16 Disember ini dan ia melibatkan pesalah yang dikeluarkan waran tangkap dari 1 Mei hingga 31 Oktober lalu.

Sepanjang Ops Warta kali ini, 4,000 pegawai dan anggota trafik di seluruh negara akan terlibat mengesan dan menjalankan tangkapan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan saman dan telah menerima waran tangkap.

Pada 10 November lalu, Musa dalam kenyataannya memberitahu, nilai kompaun bagi saman trafik tertunggak di seluruh negara kini mencecah RM1.2 bilion meliputi pelbagai kesalahan.

Menurut Ketua Polis Negara itu, jumlah tersebut meliputi pesalah yang dikenakan tindakan waran tangkap dan juga saman ke atas pesalah trafik yang belum dikemas kini alamat masing-masing.

Kata Musa, semakan yang dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kebanyakan pesalah trafik itu tidak mempunyai alamat terbaru.
 

cikepong

Active+ Member
Joined
Apr 1, 2008
Messages
4,367
Reaction score
50
Points
30
diorang tengah nak kumpul dana nak bayar hutang negara tu.....negara dah tak cukup duit sebab duit semua masuk perut kroni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register