90 ubat kuat berbahaya

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan kerajaan negara itu tidak selamat.

Antara produk ubat tradisional yang mengandungi bahan kimia berbahaya adalah serbuk Sari Bunga Segar Bugar, kapsul Golden Heral, kapsul Ubat Kuat dan Tahan Lama Ratu Madu Plus.

Antara produk makanan tambahan disenaraikan berbahaya pula kapsul Cobra-X, kapsul Urat Perkasa dan Tripoten.


Turut dilabel sebagai produk berbahaya barangan kosmetik seperti Doctor Kayama Whitening Day Cream, Blossom Day Cream dan kosmetik Ibu Sari Krim Siang.

Antara bahan kimia dilabelkan Kerajaan Indonesia sebagai membahayakan kesihatan pengguna itu ialah Fenilbutason, Paracetamol, Sildenafil Sitrat, Teofilin, Tadalafil, Merkuri dan Retinoic Acid.

Oleh itu, tindakan pembatalan segera bagi menarik produk berkenaan di pasaran sudah diambil Kerajaan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga.

Pendedahan itu dibuat pada Forum Dialog Pemangku Kepentingan (Stakeholders) Produk Ubat Tradisional Indonesia di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), semalam.

Panel mewakili negara ini adalah Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Unit Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ghazali Mansor dan Pengarah Unit Perihal Dagangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Hasmi Mohamad.

Pegawai Badan Pengawas Obat dan Makanan Republik Indonesia, Sabar Hariandja, Pegawai Bahagian Perdagangan Republik Indonesia, Yayan Sudaryana dan Ketua Umum GP Jamu, Dr Charles Saerang pula mewakili panel dari Indonesia.

Ghazali dalam ucapannya, berkata bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna, KKM memperkenalkan pelekat hologram untuk membezakan sesuatu produk itu tulen atau sebaliknya.

Listkan ler senarai penuh baru pengguna tahu
 
Sponsored Post

aidil08

Active Member
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,649
Reaction score
5
Points
25
tu la takde list camne nak tau
lagi elok siap ade gambar lagi senang
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
nasib bek aku jual sume KKM APPROVE
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
Turut dilabel sebagai produk berbahaya barangan kosmetik seperti Doctor Kayama Whitening Day Cream, Blossom Day Cream dan kosmetik Ibu Sari Krim Siang.

Antara bahan kimia dilabelkan Kerajaan Indonesia sebagai membahayakan kesihatan pengguna itu ialah Fenilbutason, Paracetamol, Sildenafil Sitrat, Teofilin, Tadalafil, Merkuri dan Retinoic Acid.
paracetamol pun membahayakan kesihatan?
pelik betul..
klo cmtu, panadol x bole la..

panadol bahaya kat hati klo amik overdose je..
sbb, hati x sempat nk metabolise kan.
so, dia akan berkumpul kat hati tu..
itula akan jadik toxic...
:-?:-?:-?

klo panadaol xda, susah la..:-?:-?
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Pati Minyak Lintah?
 

razoredy

Fun Poster
Joined
Mar 8, 2007
Messages
577
Reaction score
0
Points
10
paracetamol pun membahayakan kesihatan?
pelik betul..
klo cmtu, panadol x bole la..

panadol bahaya kat hati klo amik overdose je..
sbb, hati x sempat nk metabolise kan.
so, dia akan berkumpul kat hati tu..
itula akan jadik toxic...
:-?:-?:-?

klo panadaol xda, susah la..:-?:-?
panadol kat indon je bahaya kn??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register