90% bekalan pulih hari ini

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


Ampang: Gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa taman perumahan sekitar Bukit Antarabangsa di sini, masih berlanjutan sejak Jumaat lalu, namun lori bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sentiasa sampai mengikut jadual.

Tinjauan Harian Metro ke beberapa taman perumahan sekitar Bukit Antarabangsa seperti di Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Mulia mendapati beberapa lori tangki digerakkan bagi memberi bantuan air.


Penduduk Taman Bukit Utama, Megat Amirul Ashraf Megat Azhar, 22, berkata, sebanyak tiga lori tangki SYABAS sampai sekitar jam empat petang sejak Jumaat lalu bagi menyalurkan bantuan bekalan air.

“Kami difahamkan, notis gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang ini akan berakhir esok (hari ini),” katanya.


“Untuk menjimatkan penggunaan air kami hanya makan di luar dan mengehadkan aktiviti luar. Kami juga berpuas hati dengan tindakan pantas pihak SYABAS yang sentiasa bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS berkata, kerja pembaikan paip pecah di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak siap sepenuhnya pada jam 7 malam 12 April lalu.

“Bekalan air kepada 61,392 akaun pengguna di 55 kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Gombak sudah pulih. Bagi Wilayah Kuala Lumpur, 70 peratus daripada 28,368 akaun pengguna di 28 kawasan sudah dipulihkan.


“Manakala di kawasan lain akan pulih secara berperingkat dalam tempoh sehari atau dua hari lagi terutama di kawasan tinggi. Berikutan itu, kami memberi jaminan menjelang esok (hari ini) hampir 90 peratus kawasan terjejas akan pulih,” katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/90_bekalanpulihhariini//Article/index_html
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
dulu masa tmpt ak takde air..ak tanya driver lori tu air amik mana..die cakap sedut kat air terjun..ptotla air die sejuk segar lain macam je
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,578
Reaction score
136
Points
83
Tukar Parti Memerintah nnt...mmg masak la diaorg ni semua...berduyun2 SPRM dtg soal siasat...salah guna kuasa...
 

Toxic2010

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2010
Messages
11,011
Reaction score
334
Points
131
tak payah undi Be end sebab syabas kroni be end.

Be end sepatutnya tarik kontrak syabas bukan membiarkan rakyat menderita tak ada air.
 

dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
masalah air x selesai lagi 2... dah nak masuk piliharaya baru...
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,548
Reaction score
436
Points
131
Susahnye kalo xde air,kesian wehh aktiviti harian terganggu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register