9 peserta dari Malaysia yang menyertai Maraton Boston disahkan selamat

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Lim Kian Huat mempamerkan nombor lariannya sebelum acara maraton itu bermula di Boston Massachusetts, semalam. - AGENSI
KUALA LUMPUR 16 April - Sembilan rakyat Malaysia yang menyertai Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, semalam dilaporkan selamat.

Kesemua rakyat Malaysia terbabit merupakan pelari dan ahli Kelab Mas Road Runner.

Mereka ialah Lim Kian Huat, 57; Chuah Siew, 54; Foo Gen Lin, 29; Peter Khoo, 43; Nirnazlin Naimuddin, 33; Tan Hock Huat, 55; Tan Wah Sing, 56; Yeng Boon Pin, 42, dan Sonny Yeoh, 38.

Kian Huat ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini berkata, beliau bernasib baik terselamat kerana sudah melepasi garisan penamat maraton setengah jam sebelum letupan berlaku.

Menurutnya, ketika letupan, beliau dalam perjalanan pulang ke hotel yang terletak lima kilometer dari tempat acara berlangsung.

"Sepatutnya perjalanan pulang ke hotel hanya mengambil masa beberapa minit jika menaiki tren tetapi setiba di stesen tren, kami diarahkan keluar oleh pihak berkuasa yang kemudian menutup stesen itu.

"Akhirnya saya terpaksa berjalan kaki sejauh beberapa kilometer untuk pulang ke hotel dan hanya mengetahui tentang insiden pengeboman tersebut selepas itu," katanya.

Kian Huat yang mesra dikenali sebagai Uncle Lim berkata, sebaik sahaja berita tentang letupan itu tersebar, keadaan di Massachusetts menjadi agak kelam-kabut kerana penduduk berasa bimbang.

"Saya turut berasa takut dan bimbang tentang keselamatan saya menyebabkan saya tidak berani keluar dari hotel selepas acara tersebut," katanya.

Kian Huat yang tiba di Boston untuk menyertai acara itu Khamis lalu berjaya menamatkan larian itu dalam tempoh tiga jam 33 minit.

Katanya, ini merupakan kali pertama beliau menyertai acara Maraton Boston setelah layak mengikut masa larian terbaiknya 3'30 minit pada tahun lalu.

Presiden Kelab Mas Road Runner, Mohd Nazri Afandi berkata, sembilan rakyat Malaysia yang terselamat itu dijangka pulang ke tanah air seawal-awalnya esok.


sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130417/lu_07/9-peserta-dari-Malaysia-selamat
 
Top
Log in Register