9 Peninju Afrika Peluk Islam

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Friday, January 8, 2010
9 Peninju Afrika Peluk Islam Di Pakistan
Posted by Ibnu Hasyim at 3:20 AM

PARA peninju dari Afrika bersama mengaminkan doa selepas majlis pengislaman mereka di Karachi, Pakistan, semalam. – AP
KARACHI 6 Jan. - Sembilan peninju Afrika memeluk Islam ketika satu kejohanan tinju antarabangsa diadakan di Pakistan semalam dengan berkata, mereka tertarik dengan ajaran kemanusiaan dan kesucian agama itu.

Peninju-peninju tersebut terbang ke Karachi bagi menyertai kejohanan itu yang dinamakan sempena bekas Perdana Menteri Pakistan yang mati dibunuh, Benazir Bhutto dan pertandingan itu berjaya menarik peserta dari 20 negara di seluruh dunia.

Ia merupakan satu kejohanan yang penting bagi Pakistan, yang dianjurkan 10 bulan selepas satu serangan terhadap pasukan kriket Sri Lanka di timur bandar Lahore, yang mengorbankan lapan orang, sekali gus menamatkan harapan negara itu untuk menganjurkan sukan antarabangsa.

Enam peninju daripada Republik Tengah Afrika (CAR) - Yagor G****, Selebange Welcome, Niamogui Songnekani, NGoko Bongui, Ndarash dan Bongola - semuanya memilih untuk memeluk Islam sempena kejohanan itu berlangsung sehingga Jumaat ini.

Mereka disertai Mendoua Blase, Ketchemi Joseph Justin dan Tchwem Justin yang turut sama menganut Islam daripada agama Kristian.

Jurulatih CAR, Mohammad Kalambaye berkata, peninju-peninjunya tertarik dengan ajaran Islam dan layanan baik yang diberi Pakistan.

"Semua peninju kami memeluk Islam dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan. Saya adalah seorang Islam sejak lahir dan saya tahu tiada masalah untuk peninju-peninju apabila pulang ke rumah nanti,'' katanya.

Kesemua peninju itu memeluk Islam dalam satu majlis yang disaksikan Mufti Naeem dari Institut Jamia Binnoria di sebuah hotel tempatan.

Naeem menyifatkan majlis itu sebagai satu 'peristiwa bersejarah'.

"Ini adalah peristiwa bersejarah. Saya telah pergi ke merata dunia namun tidak pernah melihat begitu ramai orang memeluk Islam pada satu-satu masa. Ini membuktikan Islam adalah satu agama contoh dan menekankan ajaran kemanusiaan,'' katanya. - AFP

 
Sponsored Post

kemutz

Fun Poster
Joined
Jan 6, 2009
Messages
106
Reaction score
0
Points
10
Alhamdulillah.. moga lebih ramai lagi akan masuk dan mengamalkan islam..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register