- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Jabatan Imigresen menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk tujuh wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket menjual bayi semasa serbuan di Taman Masai dan Rinting, Pasir Gudang, Johor, semalam.
Dalam operasi dikenali Ops Pintu/Serkap hasil maklumat awam itu, pasukan tersebut juga menemui dua bayi tidak beribu bapa.
Selain itu, turut ditemui ialah dua wanita, masing-masing warga Indonesia dan Malaysia yang hamil sembilan bulan di sebuah rumah.
Beberapa salinan MyKad milik orang lain, surat kelahiran klinik swasta, borang-borang daftar anak angkat dan beberapa dokumen lain yang berkaitan turut dirampas.
Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed (gambar) dalam kenyataannya di sini berkata, kejayaan membongkar sindiket itu adalah pertama kali dikesan di negara ini.
Katanya, kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c), 15 (1)(c) dan 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63.
"Operasi dijalankan berdasarkan aduan orang awam tentang kemasukan warga asing secara tidak sah dan melibatkan sindiket menjual bayi," katanya.
Ishak berkata, siasatan mendapati mana-mana anak luar nikah PATI akan diserahkan kepada orang lain melalui sindiket ini.
Tambahnya, selepas itu ibu bayi terbabit akan pulang ke negara asal melalui laluan tidak sah.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang awam yang ingin mengambil anak angkat supaya berhati-hati agar tidak ditipu oleh mereka tidak bertanggungjawab.
P/s: Patut la kes culik makin menjadi2! Keje PATI rupanya!