BTC USD 50,990.2 Gold USD 1,779.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 Negara Asia Antara 25 Paling Banyak Ditonton Dalam TikTok

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376

9 negara Asia antara 25 paling banyak ditonton dalam TikTok

Oktober 1, 2021 @ 1:39pm

FILES-US-TIKTOK-LIFESTYLE-INTERNET_1633066900.jpg


Gambar fail (hiasan) - FOTO AFP


HANOI: Sembilan negara Asia memasuki senarai 25 negara paling banyak ditonton dalam platform media sosial TikTok, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Jepun mendahului senarai itu dengan 461.2 juta tontonan, menurut kajian terbaru dijalankan syarikat pakaian berjenama, UK Superdry.

Russia pula di tempat kedua dengan 246.6 juta tontonan, diikuti Mexico (215.3 juta).

Selain Jepun, negara Asia lain yang berada dalam senarai itu termasuklah China di tempat kelima dengan 110.1 juta tontonan, diikuti Vietnam di tangga keenam (107 juta).

Seterusnya, Thailand (95.1 juta), Indonesia (45.4 juta), Filipina (36.5 juta) dan Malaysia (27.6 juta).

Sementara itu bagi kategori bandar raya pula, Ho Chi Minh berada di kedudukan kelima dalam kalangan 10 bandar paling banyak ditonton dalam TikTok, membabitkan 32.6 juta klik.

New York yang mendahului kategori itu pula ialah antara lima bandar raya di Amerika Syarikat (AS) yang paling banyak menerima tontonan, iaitu 114 juta.

Seoul menyusul dengan 106.5 juta tontonan, diikuti Dubai (62.7 juta) dan Jakarta (37.1 juta). – BERNAMA


 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,760
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,760
Reaction score
2,778
Points
201
Pakat nk jd juara belaka hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register