BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 maut, ribuan cedera alat kelui meletup di Lebanon

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,301
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,301
Reaction score
1,016
Points
151

9 maut, ribuan cedera alat kelui meletup di Lebanon​

  • Oleh KOSMO
  • 18 September 2024, 8:47 am
IMG-3333.webp


Orang ramai mengerumuni ambulans di pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Beirut Amerika. - AFP


BEIRUT – Serangan didakwa didalangi Rejim Zionis yang menyasarkan kumpulan pejuang Hizbollah mencederakan beribu-ribu orang dan meragut beberapa nyawa apabila alat kelui atau ‘pager’ meletup secara serentak di seluruh Lebanon, lapor saluran berita CNN.

Menurut Menteri Kesihatan Lebanon, Firass Abiad, letupan itu mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan mencederakan 2,800 yang lain.

“Kira-kira 170 orang berada dalam keadaan kritikal tetapi keadaan kecederaan lain masih belum jelas,” katanya.

Rakaman video yang tersebar luas di media sosial dan agensi berita memaparkan letupan kuat di beberapa lokasi, manakala sejumlah besar orang mengalami kecederaan di bahagian muka, kehilangan jari serta luka berlubang.

Insiden luar biasa itu berlaku di tengah-tengah peningkatan permusuhan antara Hizbollah dan Israel, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut.

Menurut CNN, letupan itu adalah hasil operasi bersama antara perkhidmatan perisikan Israel, Mossad dan tentera Rejim Zionis.

Meskipun tentera Israel berkata bahawa ia tidak akan mengulas mengenai letupan itu, Lebanon dan Hizbollah telah menyalahkannya atas serangan tersebut. Iran, yang menyokong Hizbollah, juga menyalahkan apa yang disebut sebagai ‘keganasan Israel’.

“Musuh penjenayah dan khianat ini pasti akan menerima hukuman yang setimpal atas serangan berdosa ini, dalam cara yang dijangka dan tidak dijangka,” kata Hizbollah.

Duta Besar Iran di Lebanon, Mojtaba Amani, ialah antara yang cedera di Beirut di samping dua pekerja kedutaan, lapor media Iran.
“Amani mengalami kecederaan parah dan kini dalam pemerhatian di hospital,” lapor agensi berita IRNA dengan memetik kenyataan isteri beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri Lebanon, Najib Mikati menyifatkan serangan tersebut sebagai ‘pelanggaran serius kedaulatan Lebanon dan jenayah mengikut semua standard’ dalam mesyuarat Kabinet, lapor saluran berita NNA. – AGENSI
 

Attachments

Last edited:
Sponsored Post

The pagers used in a coordinated attack against Lebanese militant group Hezbollah were made by a European distributor for manufacturer Gold Apollo, according to the Taiwanese company's founder and chairperson on Wednesday. Multiple photos from Lebanon on social media appear to show damaged Gold Apollo pagers.
******
Sumber dari google
 
2024 masih pakai pager .. kayu betul, duduk zaman batu ke ape 🤭

Alat kelui yang digunakan oleh ratusan anggota kumpulan militan Hizbullah meletup hampir serentak di Lubnan dan Syria pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang - termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun - dan mencederakan beberapa ribu orang, kata pegawai. Hizbullah dan kerajaan Lubnan menyalahkan Israel atas apa yang kelihatan sebagai serangan yang canggih dan jauh. Seorang pegawai A.S. berkata Israel memberi taklimat kepada A.S. mengenai operasi itu - di mana sejumlah kecil bahan letupan yang dirembeskan dalam alat kelui telah diletupkan - pada hari Selasa selepas ia selesai. Orang itu bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan maklumat secara terbuka.

Tentera Israel enggan mengulas.

Antara yang cedera ialah duta Iran ke Lubnan. Letupan misteri itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran, yang telah berbalas tembakan merentasi sempadan Israel-Lubnan sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas yang mencetuskan perang di Gaza. Alat kelui yang meletup nampaknya telah diperoleh oleh Hizbullah selepas ketua kumpulan itu mengarahkan ahli pada Februari berhenti menggunakan telefon bimbit, memberi amaran mereka boleh dikesan oleh perisikan Israel. Seorang pegawai Hizbullah memberitahu The Associated Press bahawa alat kelui itu adalah jenama baharu tetapi enggan menyatakan berapa lama ia telah digunakan.​
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register