BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 Maut, 15 Hilang Selepas Bot Bawa Migran Karam Dekat Itali

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,256
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,256
Reaction score
36,605
Points
2,836
Awards
2

9 maut, 15 hilang selepas bot bawa migran karam dekat Itali​


12 APR 2024

2610867.jpg

Gambar hiasan. Foto 123RF


ROM – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 15 lagi masih hilang pada Khamis selepas sebuah bot membawa migran terbalik di perairan selatan Itali pada Rabu.

Menurut Pengawal Pantai Itali dan kumpulan pemerhati bukan kerajaan, bot yang membawa 46 orang dari Burkina Faso, Guinea, Ivory Coast dan Mali terbalik dan tenggelam dalam keadaan angin kencang lewat Rabu, tiga hari selepas ia belayar dari Sfax, Tunisia, Xinhua memetik laporan agensi berita Itali, ANSA.

Pengawal pantai berkata, anggotanya menyelamatkan 22 orang dan membawa keluar lapan mayat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia antara empat hingga lapan tahun.

Seorang lagi mangsa, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia sebelum sempat di hantar ke hospital.

Mereka yang terselamat dan mayat mangsa dibawa ke pusat pemprosesan migran di Lampedusa, pulau paling selatan di Itali.

Insiden itu dipercayai berlaku di perairan antara Lampedusa dan Malta.

Menurut data terkini daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), jumlah keseluruhan ketibaan migran di Eropah menyeberangi Laut Mediterranean adalah di bawah 45,000 setakat 7 April kira-kira lebih 5,000 daripada yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada tahun lepas, Itali melaporkan pendaratan hampir 158,000 migran dan lebih daripada 1,900 kematian di laut. Ia menerima 14,600 migran melalui laut Mediterranean setakat tahun ini. – Bernama-Xinhua


 
Sponsored Post

Menurut Pengawal Pantai Itali dan kumpulan pemerhati bukan kerajaan, bot yang membawa 46 orang dari Burkina Faso, Guinea, Ivory Coast dan Mali terbalik dan tenggelam dalam keadaan angin kencang lewat Rabu, tiga hari selepas ia belayar dari Sfax, Tunisia, Xinhua memetik laporan agensi berita Itali, ANSA.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register