hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,283
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,283
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
Kota Kinabalu: Sebanyak sembilan cubaan culik oleh kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) di kawasan pantai timur Sabah dikesan dari Mei hingga kini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, maklumat itu diterima daripada pasukan keselamatan Filipina.
"Cubaan untuk culik memang ada dan ada cubaan serta pergerakan menyeberangi ke sempadan Sabah.
"Alhamdulillah, setakat ini aset-aset kita di laut dalam keadaan siap siaga dan kita akan teruskan sehinggalah selesai bukan sahaja ketika PRN ini tetapi memastikan keamanan Sabah terjamin sepenuhnya," katanya ketika ditemui.
Sementara itu, berhubung maklumat kemasukan beramai-ramai rakyat dari negara jiran ke Sabah, untuk membuat kekacauan ketika PRN, Hazani berkata, polis sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan untuk menghalang sebarang pelakukan jenayah berlaku.
"Seperti mana pada tahun 2018 lalu terdapat satu kes culik berlaku di Tambisan, Lahad Datu, ketika pilihan raya umum dan kita jangkakan di atas kesibukan anggota keselamatan ketika ini, pihak-pihak dari negara jiran cuba masuk dan membuat kekacauan dan pelakuan jenayah.
"Mereka mungkin mempunyai dua kerakyataan dan pulang untuk mengundi. Mereka ada hak untuk mengundi namun mereka menggunakan jalan-jalan tikus untuk balik.
"Kita akan halang mereka dan kemungkinan mereka membawa wabak Covid-19 ke dalam masyarakat," katanya.
== hmetro