BTC USD 28,108.7 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 ‘longkai’ direman bertumbuk rebut tarik Myvi

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,734
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,734
Reaction score
572
Points
121
9 ‘longkai’ direman bertumbuk rebut tarik Myvi

FB_IMG_1675205439564.jpg
FB_IMG_1675205441521.jpg

MELAKA – Sembilan lelaki penarik kereta direman dua hari bermula hari ini selepas bergaduh gara-gara berebut pelanggan dalam kejadian di Jalan Datuk Haji Mohd Zain, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin terhadap kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 64 tahun.

Katanya, permohonan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita telah menahan sembilan lelaki daripada dua kumpulan penarik kereta yang telah bergaduh kerana berebut pelanggan dalam kejadjan kira-kira pukul 9.19 malam.

“Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan kerana terlibat dalam gaduh gempar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, kumpulan tersebut telah bergaduh untuk menarik sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Christopher berkata, tangkapan tersebut telah dibuat sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah selepas aduan diterima pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, satu klip video berkaitan pergaduhan itu turut tular di media sosial dengan memaparkan beberapa individu saling menarik baju dan bertumbuk di tepi jalan. kOSMO! ONLINE

Video Media Sosial
#Kosmo
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2
Thread sedia ada

Thread 'Bergaduh Rebut Kenderaan Untuk Ditunda, Sembilan Ditahan'

 
Sponsored Post

Top
Log in Register