BTC USD 60,793.0 Gold USD 1,793.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

87,583 bankrap sehingga Oktober lalu

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
87,583 bankrap sehingga Oktober lalu


2010/12/14

KUALA LUMPUR: Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit daripada 2005 hingga Oktober tahun ini.

Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.

"...Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.

Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.
Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang kedua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.

"Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang.

Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.

"Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.

"Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya. - BERNAMA


Sumber




Patut tukar nama kad kredit kepada kad bankrap...baru org tak nak pakai...
:))
 
Sponsored Post

hondapuma

Active Member
Joined
Mar 25, 2009
Messages
1,795
Reaction score
521
Points
71
tula..orang nak pakai ..kita pon nak pakai..ilmu tadak..matlamat tadak...apekehal guna cc 3k..trus blcklist...pisau kat tangan...kita sembelihla..jangan sembelih diri sendiri..ada paham:p
 

popzz

Active Member
Joined
Jul 13, 2010
Messages
2,284
Reaction score
11
Points
25
bgtau jer, untuk bro2 yg da tenat kredit kad tu, kalau tak dapat tukar ker easy payment, gi lar apply akpk cepat2, jgn tggu smpai surat lawyer datang, apa pun untuk akpk mesti ada keje tau. Yg easy payment tu takda keje pun takpe, janji ada belen2 skit yg bole guna. Utk keterangan lanjut tanya lar bro2 yg buat servis easy payment k.
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
aku tgk seksanya hidup kawan aku sorang yg bankrap.kalau muda2 dah bankrap lagile kesian..
 

jku8505

Active+ Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
2,672
Reaction score
18
Points
25
tula..orang nak pakai ..kita pon nak pakai..ilmu tadak..matlamat tadak...apekehal guna cc 3k..trus blcklist...pisau kat tangan...kita sembelihla..jangan sembelih diri sendiri..ada paham:p

huih.... 3k ker... bukan utang 30k yg bleh dpt status bankrup???
 

muhdy

Legendary Member
Joined
May 20, 2010
Messages
11,100
Reaction score
37
Points
120
nanti aku yg ke 90,000 kot ... #:-S
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
tula..orang nak pakai ..kita pon nak pakai..ilmu tadak..matlamat tadak...apekehal guna cc 3k..trus blcklist...pisau kat tangan...kita sembelihla..jangan sembelih diri sendiri..ada paham:p

aku suka cara bro......klau ade ilmu...boleh kasi cantas mereka tu..:)paid:)paid
jgn mereka menyurh kita mencantas kita..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register