800 Kakitangan Di Tawar VSS, Utusan Melayu Akan Terus Beroperasi

Recommended Brokers


Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,083
Reaction score
844
Points
161
back to basic... terbitkan balik dlm bahasa jawi...
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,770
Reaction score
1,814
Points
146
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Langgan Utusan, bantu bangunkan semula syarikat

21 Ogos 2019 2:13 PM



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyeru agar rakyat di negara ini menyokong syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan cara membeli akhbar atau melanggan edisi digital (e-Paper)

Jelas Dominic, langkah itu perlu dilakukan agar syarikat akhbar berusia 80 tahun itu dapat beroperasi dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Utusan merupakan sebuah syarikat media cetak yang telah beroperasi berpuluh tahun lamanya dan keunggulannya tiada tandingan dengan media lain.

“Perkhabaran bahawa operasinya akan dihentikan mengejutkan ramai pihak kerana Utusan adalah satu-satu syarikat media yang menyediakan peluang kerja di kalangan orang Melayu serta memperjuang hak dan bangsa rakyat dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, beliau amat mengagumi kegigihan Utusan memperkasakan bangsa namun operasi syarikat tersebut hampir ditutup kerana ketiadaan dana.

“Biarpun alami masalah kewangan yang kritikal semangat juang pekerja dan rakan-rakan media di dalam Utusan amat saya kagumi.

“Sebagai rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini, kita seharusnya mengambil langkah menyokong mereka (Utusan) dengan membeli naskhah dan melanggan portal atas talian sekaligus membolehkan pengoperasiannya lebih mendapat sambutan berbanding sebelum ini,” katanya.

Dominic menambah, beliau berharap agar Utusan terus beroperasi dengan baik biar pun mengalami masalah pengurusan dan ketirisan kewangan.

“Gerakan percaya ramai orang Melayu dan masyarakat di luar sana akan terus bantu bangunkan semula Utusan.

“Utusan perlu dibantu kerana mereka terdiri daripada Melayu yang juga anak jati Malaysia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Dong Zong minta Utusan Melayu dibela

Diterbitkan Hari ini 8:07 malam | Dikemaskini Hari ini 8:07 malam



Pertubuhan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong, hari ini tampil menyeru agar pekerja syarikat penerbitan akhbar Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu) dibela.

Melalui kenyataan dibuat dalam bahasa Cina hari ini, Dong Zong menyeru kerajaan untuk campur tangan secara proaktif bagi menyelesaikan pertikaian di antara majikan dan pekerja Utusan Melayu.

Menurut Dong Zong - atau nama penuhnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia - Utusan Melayu perlu memaparkan keadaan kewangan syarikat berkenaan untuk pengetahuan pembaca dan orang awam.

“Kumpulan Utusan Melayu juga perlu membayar gaji tertunggak dan pampasan skim pemisahan sukarela (VSS) mereka,” katanya.


Walaupun banyak menyuarakan kepentingan pendidikan Cina, Dong Zong berkata, pertubuhan itu memandang media berperanan penting sebagai pengawas kerajaan dan kebebasannya perlu dihargai.

Pada masa sama Dong Zong kesal apabila Utusan Melayu menjadi "banduan" dan itu menjadi punca syarikat berkenaan mengalami kesukaran selepas kerajaan bertukar.

“Oleh kerana faktor sejarah, maka Utusan Melayu menjadi banduan parti politik dan mengalami kesulitan dalam transisi demokrasi Malaysia.

“Dengan bayaran gaji dan pampasan VSS tertunggak lama, pihak pengurusan tidak mematuhi perjanjian di antara majikan dan pekerja, malah keadaan memaksa petugas syarikat itu kehilangan punca rezeki.



“Perbuatan sebegini perlu dikecam. Hak pekerja dan kebebasan media tidak boleh dipisahkan.

"Hanya dengan hak pekerja dijaga barulah mutu pemberitaaan dapat dipertahankan," katanya.

Pemimpin Cina dijemput menulis

Mengulas lanjut, Dong Zong berpendapat pemberhentian pekerja Utusan Melayu melambangkan industri media perlu menjalani proses pembaharuan dengan melibatkan empat perkara asas iaitu:

  • Mana-mana parti politik tidak boleh melabur atau menjalankan operasi media
  • Undang-undang digubal untuk memecahkan monopoli media
  • Akta dan polisi mengekang media dimansuhkan
  • Budaya majmuk perlu dipelihara demi masa depan industri media.
Oleh itu, Dong Zong menyeru Putrajaya dan masyarakat memandang serius hak pekerja media dan memikir penambahbaikan sektor tersebut.

“Semua parti politik dan politikus perlu berdisiplin. Jangan berangan-angan untuk campur tangan dalam hal pengurusan media.

“Buat kerajaan pula, undang-undang untuk menghalang monopoli perlu digubal dan meraikan kepelbagaian pandangan.

"Garis yang memisahkan politik dan media perlu diwujudkan supaya media tidak menjadi lidah rasmi atau pemutar belit,” katanya.

Mengimbas kembali sejarah Utusan Melayu, Dong Zong berkata Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Lim Lian Geok, pernah menerima jemputan daripada syarikat tersebut untuk menulis sempena Hari Raya Puasa pada 1956.



Bertajuk Persoalan Pembinaan Jiwa, Lim berpendapat rakyat berbilang kaum perlu bekerjasama membina negara dengan konsep “kepelbagaian hidup, makmur bersama”.

Bagi Dong Zong, konsep tersebut menjadi nilai teras dalam perjuangan hak budaya majmuk masyarakat Cina selepas ini.

Dong Zong juga menyedari Utusan Melayu menyumbang besar kepada perjuangan antipenjajah dan kemerdekaan Malaya, seterusnya melakar sejarah media Malaysia.

Malangnya, kata Dong Zong, keadaan semasa menjadikan Utusan Melayu tidak dapat mengulangi kegemilangan yang pernah dilakarnya dahulu.

“Tokoh wartawan, sasterawan dan aktivis masyarakat dilahirkan Utusan Melayu begitu menyinar pada 1950-an. Misalnya Said Zahari, Usman Awang, A Samad Said, A Samad Ismail dan Kamaluddin Muhamad (Keris Mas).

“Ketokohan mereka sangat dihormati tetapi malangnya selepasa Utusan Melayu dimiliki sepenuhnya oleh parti politik, kebebasan pengarang dan wartawan dikongkong sehingga kepentingan politik mengatasi nilai akhbar.

“Amat sedih apabila ketika ini pekerja bawahan akhirnya terpaksa menanggung penderitaan," katanya.

 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,770
Reaction score
1,814
Points
146
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,576
Reaction score
126
Points
33
Akhbar cina tamil tak payah melayu boikot, memang tak baca pun, boleh bertahan. Skrg ni bisnes melayu jatuh, melayu tak boikot . Agaknya beginikah bisnes melayu.? Perlu ada tongkat utk terus maju.
 

waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,609
Reaction score
330
Points
41
dah lama x baca paper...
Utusan kena beralih arah kpd media online...
tp bukan mudah, Media Prima beli Vocket, Oh Bulan dlm usaha utk kuasai dunia online pun masih gagal...
buat pulak channel Youtube lepas gagal tarik org utk langgan Tonton.com.my
keuntungan terus menguncup, akhirnya terpaksa korbankan Tv9 jd channel CJWowShop...
lama2 bisnes boleh gulung tikar, Astro pun slow skrg nie sejak internet makin laju...
nak untung kena lacurkan diri mcm Mastika, drpd majalah ilmiah hampir bangkrap buat majalah mistik terus jd no.1...
itupun terpaksa gulung tikar jugak sbb org baca kat internet jer skrg nie, kurang membeli dah buku2 fizikal...
 

waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,609
Reaction score
330
Points
41
semua bisnes slow skrg nie...
overhead makin tinggi, sales merudum, mcm mana nak survive?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register