akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,439
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,439
- Reaction score
- 6,634
- Points
- 881
- Awards
- 1
800,000 pelancong dari Thailand masuk Kelantan
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
A view of the sea
PUSAT pemeriksaan Sungai Golok. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
Kota Bharu: Seramai 800,000 pelancong dari Thailand direkodkan masuk ke Kelantan sejak Januari sehingga akhir Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, statistik itu diperoleh daripada Jabatan Imigresen.
Katanya, sambutan pelancong dari Thailand membabitkan pelbagai negara itu sangat membanggakan.
"Ramai yang melaporkan hanya rakyat Malaysia berkunjung ke Thailand, sedangkan di Kelantan kita merekodkan 800,000 pelancong yang masuk melalui tiga pintu masuk dari Thailand dalam tempoh enam bulan. Kebanyakannya warga Thailand dan ada juga dari negara lain.
"Memang kita akui angka itu agak mengejutkan, namun angka itu yang diberikan oleh Jabatan Imigresen. Itu baru membabitkan pintu sempadan, belum lagi kemasukan melalui lapangan terbang dan bas serta kereta.
"Kita jangkakan seramai 1.5 juta pelancong masuk ke Kelantan melalui pintu masuk sempadan dan lapangan terbang sehingga akhir Jun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut katanya, berdasarkan jumlah pelancong itu, beliau yakin Kelantan mampu mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga Disember tahun ini sempena Tahun Melawat Kelantan.
"Kita masih mempunyai masa dan sepanjang cuti sekolah ini pun sambutan pelancong di Kelantan begitu menggalakkan," katanya.
Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 8:13am