akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 59,857
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 59,857
- Reaction score
- 6,916
- Points
- 881
- Awards
- 1
80% penduduk perumahan tidak boleh berbahasa Melayu – Shahidan
AZMI YUSOFFebruary 25, 2025
KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) menegaskan keperluan menubuhkan satu jawatankuasa yang melibatkan pemegang taruh seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak bagi memastikan perancangan bandar di Malaysia menggambarkan demografi kependudukan negara.
- Advertisement -
Menurutnya, bandar di Malaysia perlu mencerminkan realiti populasi tempatan agar tidak menimbulkan permasalahan sosial serta memastikan pembangunan tidak hanya berorientasikan keuntungan semata-mata.
“Kita mesti meletakkan asas utama perbandaran di Malaysia supaya ia menggambarkan demografi negara ini, contohnya bumiputera yang merangkumi 70 peratus populasi.
“Jika tidak, orang luar yang datang ke sini tidak melihat kelainan, sebaliknya hanya sesuatu yang serupa dengan negara mereka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. (Foto atas)
Shahidan juga menekankan berkaitan pembangunan bandar tidak boleh hanya fokus kepada pembinaan bangunan tanpa mengambil kira siapa yang bakal menghuni kawasan tersebut.
“Kalau kita hanya tumpu kepada pembangunan tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat, akhirnya pemilik asal tanah hanya mendapat bangunan baru tetapi terpaksa menanggung kos pengurusan yang tinggi.
“Jika sekarang mereka sudah sukar membayar RM20 hingga RM30, bagaimana jika kos meningkat ratusan ringgit sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah?” soalnya.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu penempatan warga asing dalam pembangunan bandar yang menyebabkan kesukaran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
“Saya pernah melawat satu kawasan perumahan dan mendapati lebih 80 peratus penduduk di situ tidak boleh berbahasa Melayu.
“Ini menunjukkan ramai dalam kalangan mereka adalah warga luar yang membeli rumah di negara ini. Kerajaan perlu menilai sama ada mereka wajar ditempatkan di satu kawasan tertentu atau dipelbagaikan,” tegasnya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh dalam pembangunan bandar supaya ia dapat membentuk masyarakat yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 25/2/2025