BTC USD 98,181.2 Gold USD 2,880.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 pelajar 10A SPM di kawasan Guan Eng sudah terima tawaran ke matrikulasi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,445
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,445
Reaction score
6,723
Points
881
Awards
1
80 pelajar 10A SPM di kawasan Guan Eng terima tawaran ke matrikulasi

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
A view of the sea
SEMUA 80 pelajar cemerlang SPM termasuk 10A di kawasan Bagan, Pulau Piang kini sudah menerima tawaran. FOTO X Guan Eng.
Kuala Lumpur: Semua 80 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Bagan, Pulau Pinang kini sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata semua pelajar mendapat 10A dalam SPM itu sebelum ini tidak menerima sebarang tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

"Kesemua 80 pelajar yang mendapat 10A di kawasan Parlimen Bagan mendapat tawaran ke matrikulasi, jumlah itu termasuk tujuh pelajar yang sebelum ini tidak menerima tawaran berkenaan.

"Di Pulau Pinang, daripada 22 pelajar 10A dari Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang, seramai 21 sudah menerima tawaran mereka untuk tempat matrikulasi.

"Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan baki pelajar yang masih belum mendapat tawaran ke matrikulasi. Tahniah kepada PMX dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh," katanya menerusi ciapan di X, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada semua calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke matrikulasi, akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan, kuota sedia ada bagi pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan (KPM), tidak terjejas dan kekal sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata di Pulau Pinang, seramai 22 pelajar dari Sekolah Menengah Chung Ling mendapat 10A serta 21 orang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan China Pulau Pinang turut menerima tawaran yang sama.

Disiarkan pada: July 18, 2024 @ 10:44am
 
Sponsored Post

Tahun depan leh dapat tawaran ke UiTM pulak.
coming soon....
" Pelajar 4 flat bukan bumiputra kolej matrikulasi ditawarkan tempat ke UiTM"
😅
sure boleh tu...ni madani tuan2. lepas tu duk target kursus medik. padahal berlambak2 lg bumiputera yg 4 flat x dpt.
 
Marah anak melayu nanti weh.
80 pelajar 10A SPM di kawasan Guan Eng terima tawaran ke matrikulasi

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
A view of the sea
SEMUA 80 pelajar cemerlang SPM termasuk 10A di kawasan Bagan, Pulau Piang kini sudah menerima tawaran. FOTO X Guan Eng.
Kuala Lumpur: Semua 80 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Bagan, Pulau Pinang kini sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata semua pelajar mendapat 10A dalam SPM itu sebelum ini tidak menerima sebarang tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

"Kesemua 80 pelajar yang mendapat 10A di kawasan Parlimen Bagan mendapat tawaran ke matrikulasi, jumlah itu termasuk tujuh pelajar yang sebelum ini tidak menerima tawaran berkenaan.

"Di Pulau Pinang, daripada 22 pelajar 10A dari Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang, seramai 21 sudah menerima tawaran mereka untuk tempat matrikulasi.

"Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan baki pelajar yang masih belum mendapat tawaran ke matrikulasi. Tahniah kepada PMX dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh," katanya menerusi ciapan di X, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada semua calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke matrikulasi, akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan, kuota sedia ada bagi pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan (KPM), tidak terjejas dan kekal sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata di Pulau Pinang, seramai 22 pelajar dari Sekolah Menengah Chung Ling mendapat 10A serta 21 orang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan China Pulau Pinang turut menerima tawaran yang sama.

Disiarkan pada: July 18, 2024 @ 10:44am
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register