8 vila mewah milik mafia dirampas, 600 polis Itali terbabit

Recommended Brokers


mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
26,058
Reaction score
2,291
Points
191

PIHAK berkuasa menjalankan operasi merampas vila mewah yang dibina secara haram milik kumpulan gengster Casamonica di Rome. - Foto EPA

ROME: Kira-kira 600 anggota polis Itali terbabit dalam operasi merampas lapan vila mewah yang dibina secara haram di sini, oleh kumpulan mafia terkenal.

Datuk Bandar, Virginia Raggi yang menyertai operasi pada waktu subuh, ke atas kumpulan gengster Casamonica itu, berkata harta tanah terbabit akan dirobohkan pada akhir tahun ini.


“Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi bandar Rome dan penduduknya.

“Kami berjaya menamatkan kegiatan tidak sah yang sudah berlarutan selama bertahun-tahun, sekali gus menjadi satu pengajaran kepada kumpulan Casamonica,” kata Raggi.

Sebelum ini, Pergerakan 5 Bintang (5 Star) dikritik hebat kerana gagal menghapuskan kegiatan gengster di ibu negara Itali itu.

Dalam pada itu, Raggi berkata, beberapa vila yang dirampas itu dibina di atas tapak arkeologi.

“Beberapa kediaman turut menampilkan ciri binaan bangunan bersejarah Felice Aqueduct,” katanya yang merujuk kepada laluan air di bandar raya itu yang dibina pada kurun ke-16. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/11/500298/8-vila-mewah-milik-mafia-dirampas
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register