8 Orang kena H1N1.

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin (gambar) semalam mengesahkan lapan kes Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 November lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap perkembangan itu dan mengambil langkah pencegahan termasuk mengambil vaksin bagi mengelak jangkitan virus tersebut daripada merebak.


“H1N1 kini dikategorikan endemik iaitu penyakit yang akan berterusan berlaku di kalangan masyarakat. Namun, tiada kematian dalam tempoh ini.

“Tetapi orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan walaupun jangkitan virus ini masih ditahap minimum,” katanya selepas merasmikan pameran dagangan sempena kongres Oral dan Pembedahan Maxillofacial (rahang atas) Asia Ke-9 (ACOMS) selama tiga hari di sini, semalam.


Katanya, selain langkah pencegahan yang telah dimaklumkan sebelum ini, orang ramai dinasihatkan mendapatkan suntikan vaksin ‘trivalent’ di mana-mana hospital swasta berdekatan.


Ini kerana, katanya, pemberian vaksin berkenaan di hospital kerajaan hanya memfokuskan kepada golongan berisiko tinggi. Kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan H1N1 meningkat kebelakangan ini selepas laporan mengatakan seorang rakyat Hong Kong dikenal pasti dijangkiti virus tersebut di negara itu pada 18 November lalu.

Sementara itu, beliau berkata kes kematian akibat denggi meningkat pada tahun ini berbanding tahun lepas, iaitu 127 kematian daripada 43,281 kes yang dilaporkan. Selangor mencatat angka kematian tertinggi iaitu 43 kes. “Berbanding tahun lepas, kes kematian akibat denggi cuma 78 daripada 3,715 kes terkumpul dan ini menunjukkan peningkatan ketara terhadap kes ini,” katanya.

 
Top
Log in Register