BTC USD 32,681.9 Gold USD 1,784.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8 kali denda tapi tak serik

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
ne_06.1.jpg

SOON CHYE dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu.

Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini.

Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya.

Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
 
Sponsored Post

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
denda tu sikit jerk,untung dia lagi banyak hahahahaha
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,176
Reaction score
71
Points
80
aku rasa tokey ni tak reti sukat bahan kimia ni, main bedal ikut suka letak dlm mee dia. asal nmpk berkilat mee, kira dah cun kot. mangkuk sudu.
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
denda saja la 2-3 juta sekali kes.

biar kasi bangkrap terus.
 

matderis

Fun Poster
Joined
May 18, 2010
Messages
633
Reaction score
0
Points
10
degil tul....bagi jer mee tu kat keluarga dia makan lak....
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,735
Reaction score
299
Points
141
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

sikit sgt.... ada yg 'bocor' ni....
bagi la denda setahun punya popit. baru dia pikir berkali2 nak buat
 

PiChA

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
2,621
Reaction score
3
Points
25
celah gigi je rm 22,500 tu....
 

alberq

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2009
Messages
11,739
Reaction score
37
Points
120
nak buat mcmana akta makanan perlu digubal semula..kasi hukuman keras
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
ape adahal?denda sket je..boleh byr punye..suruh tutup je kilang die pastu jel setaun dua..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register