8 Jun Cuti Umum Hari Keputeraan Agong

CG Sponsors




dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,850
Reaction score
1,442
Points
206
Credits
0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan peminat cilik pasukan Bomba dan Penyelamat Muhammad Qayyum Badrul Hisham, 10, dan Nur Iman Qisya Badrul Hisham, 5, pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka pada 20 Julai 2019. Foto BERNAMA
RENCANAWAWANCARA

Agong teras perpaduan, dekat di hati rakyat
Jun 8, 2020 2:03 pm

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diharap terus menjadi teras perpaduan masyarakat berbilang etnik di negara ini.
Seri Paduka baginda juga diharap terus memimpin rakyat dan negara untuk mengekalkan keharmonian serta keamanan yang dinikmati.

Harapan ini disuarakan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Mahadee Ismail bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah hari ini.

Menurut beliau, sifat rendah hati dan keterbukaan Seri Paduka Baginda yang mesra, mudah bergaul dan prihatin serta ‘dekat di hati’ rakyat, bukan sahaja selari dengan kehendak masyarakat bahkan secara tidak langsung dapat merapatkan ‘jurang’ hubungan antara institusi beraja dan rakyat.

“Seri Paduka Baginda ibarat ‘jambatan hubungan mesra’ antara raja dengan rakyat apabila baginda sering kali ‘turun padang’ melihat nasib rakyat. Ini termasuk sikap mengambil berat dan sanggup turun dari kenderaan untuk mengetahui nasib rakyat yang ditimpa kemalangan serta memberi bantuan.

“Baginda juga antara lain sudi berhenti dan singgah di kedai dan gerai makan serta bergaul mesra dengan seluruh rakyat. Keistimewaan itu membuatkan rakyat berasa kagum, terharu dan lebih menghormati keperibadian baginda dan juga Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” katanya kepada Bernama.


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menceriakan pesakit angin ahmar, [email protected] Omar,71, yang terlantar di rumahnya pada Program Ziarah Kasih di Taman Sri Keramat , Maran pada 16 Ogos 2019. Foto BERNAMA

Berjiwa besar

Mohd Mahadee menambah Seri Paduka Baginda juga turut berperanan kepada pengukuhan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, patriotik, nasionalis dan berjiwa merdeka.

Menurut beliau lagi, Seri Paduka Baginda telah memacu kesinambungan kedaulatan Raja-Raja Melayu apabila berjaya menangani krisis politik negara yang berlaku sebelum ini dengan tenang, adil, berhikmah serta mendapat sokongan serta mandat daripada Majlis Raja-Raja dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

“Baginda seringkali mengingatkan rakyat agar terus menjaga hubungan baik antara etnik dan tidak menimbulkan isu sensitif yang boleh memecah-belahkan perpaduan termasuklah penyebaran berita palsu dan tidak benar.

“Baginda juga dilihat sebagai seorang raja yang berjiwa besar apabila sering kali menegaskan supaya kepentingan dan kebajikan rakyat terus dijaga termasuk ketika krisis Covid-19 di mana keperluan rakyat dijamin mencukupi serta aspek kesihatan sentiasa diberi keutamaan.

“Sebagai balasan, rakyat harus memainkan peranan dengan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda dan negara seperti mana yang ditekankan dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” katanya.

Raja Berpelembagaan


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengucup Keris Kerajaan pada simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan baginda di Istana Negara pada 30 Julai 2019. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto BERNAMA

Berkongsi pandangan, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata Yang di-Pertuan Agong diharap terus memperkukuh amalan Raja Berperlembagaan di negara ini di samping berperanan sebagai simbol kedaulatan tertinggi negara.

“Seri Paduka Baginda sebagai ketua negara diharap akan terus menjadi pemacu kepada model pemerintahan terbaik berlandaskan syariat Islam seperti mana yang digariskan oleh Majlis Raja-Raja serta perkara lain yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

“Raja Berperlembagaan berdasarkan prinsip Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri (lazimnya Perdana Menteri) serta berdasarkan peruntukan undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Amalan sistem ini dapat mengimbangi kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah dan rakyat selaku yang diperintah. Peranan timbal balik antara raja dan rakyat amat penting dalam meneruskan tradisi ini,” katanya.

Tambah Nik Ahmad Kamal, selain berperanan sebagai Ketua Angkatan Tentera dan bergerak dalam tiga badan utama negara iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman, Seri Paduka Baginda juga adalah pemangkin kepada perpaduan kaum serta kemajuan Malaysia di samping menjadi inspirasi kepada semua pihak.

“Rakyat perlu lebih peka dan memahami kepentingan institusi beraja. Usaha dan penerangan berterusan di semua peringkat perlu dijalankan bagi memastikan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia terus dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Ruangan sisi


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra bersama penduduk Orang Asli ketika baginda melawat perkampungan Sungai Ruil hari ini. Foto BERNAMA

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini (8 Jun), baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.

Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.”

– BERNAMA
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
FB_IMG_1591634265242.jpg

KOLEKSI BAHAN PANDANG DENGAR ARKIB NEGARA MALAYSIA : SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVI

Lawatan KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Pemangku Sultan Pahang) ke Arab Saudi pada 24 Jun 1980. Baginda disambut oleh HRH Al-Amir Saud Abdul Mohsin, Timbalan Gabenor Mekah.

No. Penerimaan : 2001/0046107
Sumber : Koleksi Gambar, Arkib Negara Malaysia

#daulattuanku
#myarkibnegara
#pkpb
#imbaukembali
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,850
Reaction score
1,442
Points
206
Credits
0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada komuniti gelandangan bersempena Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras pada 10 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Agong kurnia sumbangan pada komuniti gelandangan
Jun 10, 2020 1:59 pm

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada komuniti gelandangan di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras di sini.

Pemberian sumbangan yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah bersempena Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia.
Ini aktiviti pertama Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat hadir, yang diadakan di luar Istana Negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Seramai 49 gelandangan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai pada majlis itu yang berlangsung mengikuti tatacara kebiasaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke majlis itu mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

“(Ia juga mencerminkan) keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis itu dianjurkan bersama oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah untuk membantu golongan berkenaan.

-BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register