8 cincin tersekat, lelaki tahan sakit 3 jam

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,310
Reaction score
3,178
Points
201
sepitcincin_1595732893.jpg

Anggota bomba membantu cincin di jari seorang lelaki di HTAR Klang. - Ihsan Bomba

KLANG: Seorang lelaki menahan kesakitan lebih tiga jam ketika anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Andalas berusaha memotong lapan cincin di jarinya yang dipakai sejak sekian lama.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, bomba menerima panggilan bagi khidmat khas memotong cincin itu daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira jam 3.56 pagi tadi.

"Sebaik tiba di lokasi, pihak hospital memaklumkan terdapat lapan bentuk cincin di jari kanan dan kiri seorang lelaki, S Lingam, 41 tahun.

"Bomba mendapati mangsa yang berada di Zon Kuning HTAR itu dalam keadaan tangan yang sudah berdarah dan segera menjalankan operasi memotong cincin terbabit.

"Anggota bomba berjaya memotong lapan bentuk cincin di jari sebelah kiri dan kanannya menggunakan peralatan khas dan operasi itu mengambil masa kira-kira tiga jam lebih," katanya ketiga dihubungi.

Hafisham berkata, kekurangan peralatan sesuai menyebabkan pihak HTAR terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk memotongnya.

"Bomba difahamkan mangsa adalah seorang gelandangan yang dibawa oleh orang awam ke hospital untuk tujuan itu.

"Berdasarkan keadaan jari mangsa, berkemungkinan ia membengkak kerana pengaliran darah terdekat dan pertumbuhan terencat.

"Pihak bomba hanya membantu memotong kesemua cincin itu sahaja, rawatan dan tindakan susulan oleh pihak hospital, " katanya.

 
Sponsored Post

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
995
Reaction score
106
Points
33
Wow...bengkak dier mcm tak henggat dunia..dulu ada gak pakai tapi rasa x selesa.
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,378
Reaction score
503
Points
71
da teruk ni... slalu prasan juga tgk org brbadan besar ni x kisah la llaki ka pmpuan ka... cincin tu dah kepit habis jari ni
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
648
Reaction score
230
Points
33
hmm.. takpelah

sekurangnya cincin tu tersangkut dkt tempat yg "betul".. :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register