BTC USD 63,441.0 Gold USD 1,745.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8 ahli persatuan sekolah Cina Jerantut didakwa sertai perhimpunan haram

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
1614277243389.png

8 ahli persatuan sekolah Cina Jerantut didakwa sertai perhimpunan haram

Diterbitkan 25 Feb 2021, 9:19 pm

Lapan anggota sebuah persatuan sekolah Cina di Jerantut didakwa dengan pertuduhan berhimpun secara haram pada 2019.

Perhimpunan dibuat di depan SJK(C) Sungai Jan pada 20 Ogos 2019 bagi membantah rancangan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Menurut kertas pertuduhan yang dibaca di Mahkamah Majistret Jerantut, lapan ahli Persatuan Sekolah Cina Bersatu Jerantut didakwa mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda, atau kedua-dua sekali.

Mereka mengaku tidak bersalah dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Majistret Nur Shafiqah Noorinda menetapkan 30 Mac untuk pengurusan kes.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ng See Teong menyifatkan ikat jamin yang ditetapkan agak besar.

Menurutnya, pihak pendakwa pada mulanya meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM6,000, bagaimanapun mereka merayu agar jumlah ditetapkan sebanyak RM500.

"Anak guam kami memberi kerjasama penuh kepada polis. Mereka pemimpin masyarakat yang dikenali dan tidak mungkin lari. Ini ikat jamin dan bukannya denda, dan jumlah RM6,000 hanya untuk kes besar seperti kesalahan berkaitan dadah.

"Tambahan pula, seramai kira-kira 100 orang yang sertai himpunan. Mengapa hanya lapan orang yang didakwa?" katanya lagi.

'Kami bukan anti-Jawi atau anti-Melayu'

Salah seorang tertuduh yang juga pengerusi persatuan, Goh Say Aik berkata tujuan himpunan adalah untuk menyuarakan pandangan mereka dan tidak seharusnya dilihat sebagai perhimpunan haram.

"Kes ini bukan melibatkan kami sahaja. Jika kami didapati bersalah, ia akan beri kesan besar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan di negara ini.

"Kami bukan antikerajaan, anti-Melayu dan anti-Jawi. Kami cuma tak ingin ia dimasukkan dalam kurikulum sekolah vernakular," katanya lagi.

Antara yang hadir memberi sokongan di mahkamah adalah Adun Tras, Chow Yu Hui dan Adun Tiang, Leong Yu Man, serta timbalan pengersui MCA Jerantut, Sam Cho Wah.

564380
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
8 lelaki dituduh protes penggunaan Jawi di sekolah vernakular

February 25, 2021 8:17 PM

illegal-assembly-jerantut-majistret-court-emel-pic-250221.jpg

Lapan lelaki terbabit bersama peguam mereka di luar mahkamah, hari ini.

JERANTUT: Lapan lelaki didakwa di mahkamah majistret di sini hari ini kerana perhimpunan haram diadakan 18 bulan lepas bagi memprotes penggunaan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular.

Goh Say Aik, Leong Ah Kow, Yong Loong Sang, Cheong Sai Kow , Chip Tong Sang, Chip Meng Sung, Wong Keng Yau dan Kong Teck Fook semuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 20 Ogos 2019 di depan SRJK Sungai Jan di sini, untuk memprotes penggunaan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di sekolah vernakular.
Mereka berdepan hukuman penjara enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Peguam T Gunaseelan yang hadir bersama Ng See Teong berkata, anak guam mereka masing-masing dibenarkan jaminan RM3,000.

Kes akan disebut di depan Majistret Nur Syafiqah Noorinda pada 30 Mac.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

2j ·

Baru-baru ini media Cina melaporkan MCA akan melantik peguam bagi membantu lapan individu yang didakwa di mahkamah kerana pembabitan mereka dalam sebuah himpunan bantah pembelajaran tulisan Jawi di Jerantut, Pahang.

Ini bukan kali pertama mereka membela mereka-mereka yang kuranga ajar sebegini. Contohnya, kes pencerobohan tanah di Raub, mereka berlumba-lumba dengan DAP untuk membela penceroboh.

Malah, dalam kes mencabar keabsahan kedudukan sekolah vernakular, peguam mereka dihantar juga untuk mempertahankan bagi pihak sekolah vernakular.

Berbalik kepada kes protes pembelajaran tulisan Jawi di mahkamah itu tadi, saya 'kagum' betapa komitednya mereka menegakkan benang yang basah dan mempertahankan mereka yang jelas bersalah.

Dalam kes ini juga, mereka yang terlibat dengan protes itu mengaku tidak bersalah dan pastinya ianya hasil dari sokongan dari peguam MCA itu. Jika tidak, pastinya mereka akan mengaku bersalah dan menerima hukuman seadanya kerana memang jelas pun.

Tidak pelik juga mereka begitu berani sebegini kerana ini isu melibatkan sekolah cina dan pasti ianya akan memberikan kelebihan, sekurang-kurangnya kelebihan moral kerana Timbalan Menteri Pendidikan adalah dari MCA juga. Lagi pun, pimpinan-pimpinan dan wakil-wakil rakyat DAP pun hadir ke mahkamah memberikan sokongan.

Antara wakil rakyat yang hadir memberi sokongan di mahkamah adalah ADUN Tras, Chow Yu Hui (DAP) dan ADUN Triang, Leong Yu Man (DAP) walaupun Tras dan Triang terletak jauh dan tiada kena mengena dengan daerah Jerantut.

Iktibar yang kita boleh ambil di sini ialah bagaimana komitednya mereka membela bangsa mereka walau berlainan parti dan blok politik. Lihat juga bagaimana mereka memanfaatkan jawatan yang ada secara strategik walaupun mereka hanya ada 2 kerusi di parlimen dalam kerajaan.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
27 Februari 2021
-------------------------
Baca lanjut:
https://www.malaysiakini.com/news/564380
https://ismaweb.net/.../mca-upah-peguam-bela-8-tertuduh.../
https://www.freemalaysiatoday.com/.../8-lelaki-dituduh.../

1614388647400.png
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,083
Reaction score
12,469
Points
2,376

View attachment 347227

Geng C ni akan bekap bangsa depa jugak kot mana pun
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Geng C ni akan bekap bangsa depa jugak kot mana pun

betul tn TXT, mereka akan bersatu walau berbeza parti politik utk mencapai agenda terpenting

lagi satu, MCA kan nak jugak dapatkan sokongan daripada bangsa dia, what we call it, political mileage. jadi dia kena ambik berat dan prihatin pada causes bangsa dia via action. MCA nak bagitau yg bangsa dia boleh harapkan dia utk segala bantuan dan sokongan
jadi MCA kena walk the talk la kan
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Geng C ni akan bekap bangsa depa jugak kot mana pun

kita kena belajar daripada diorang ni yg mana ada baiknya PAS, BN dan PPBM bersatu. bagusnya utk agama bangsa dan negara jugak
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,083
Reaction score
12,469
Points
2,376
betul tn TXT, mereka akan bersatu walau berbeza parti politik utk mencapai agenda terpenting

lagi satu, MCA kan nak jugak dapatkan sokongan daripada bangsa dia, what we call it, political mileage. jadi dia kena ambik berat dan prihatin pada causes bangsa dia via action. MCA nak bagitau yg bangsa dia boleh harapkan dia utk segala bantuan dan sokongan
jadi MCA kena walk the talk la kan

Ni yg parti politik Melayu kurang
Sebab tu makin berpecah
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register