BTC USD 25,768.3 Gold USD 1,960.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

789 Premis Kilang, Pejabat, Pusat Beli-Belah Tiada Miliki Sijil Perakuan Bomba Di Selangor

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,643
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,643
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
17.12.2022 - Kuala Lumpur, Sekitar 47% melibatkan 789 premis dari jumlah keseluruhan premis di Selangor kini didapati tidak memilikii Sijil Perakuan Bomba (FC). Ketiadaan FC ini sekaligus boleh membawa kepada keraguan berhubung sistem keselamatan yang terdapat di premis tersebut. Ini melibatkan sistem keselamatan mengesan, memberi amaran serta fungsi memadam kebakaran secara automatik. Perolehan FC ini bagi makluman umum adalah selari dengan undang-undang Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341).

Untuk perincian jumlah tersebut merangkumi kilang (394), bangunan pejabat (129), gudang (117), pasaraya, kedai runcit, pusat membeli-belah (67), hotel (37), bangunan asrama (22), hospital dan bangunan perubatan (17), dewan serbaguna dan tempat berhimpun (5) serta perpustakaan (1). Menurut JBPM Selangor pada laporan, sekiranya pengendali premis gagal memiliki sijil FC – pihaknya akan berdepan denda tidak lebihi RM50,000 atau penjara maksimum 5 tahun. Setakat ini semua premis yang terlibat telah diberi tempoh peringatan selama 30 hari untuk laksana permohonan FC ke JBPM.
Selangor-22-1-600x385.png
 
Top
Log in Register