BTC USD 17,207.9 Gold USD 1,789.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info 7 Wasiat Raja-Raja Melayu Yang Harus Di Pegang Masyarakat Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
Generasi zaman sekarang mungkin kurang memahami apakah peranan sebenar badan di-Raja dalam sistem pemerintahan negara kita, apatah lagi apabila semakin banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada Sultan dan Raja oleh pihak-pihak tertentu, atas dasar kepentingan peribadi mereka. Legasi Sultan dan Raja sebenarnya bukannya hanya sekadar 'rubber stamp' seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Peranan mereka sebenarnya merangkumi ideologi yang perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia dan semua ideologi itu, disampaikan dengan cukup kemas dan cantik, melalui watikah 7 wasiat Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dimeterai pada tanggal 31 Ogos 1957 atas persetujuan kesemua Raja-Raja Melayu yang terlibat. Apakah isi kandungan wasiat tersebut?
1664815112545.png

Wasiat tersebut dimulakan dengan frasa pembukaan;​
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara, yang mana Jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera."
7 Perkara tersebut adalah;

1. Nama Negara Kita
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Nisbah Tanah Simpanan Melayu
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Penubuhan pasukan keselamatan
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Hak Kerajaan Terpilih dan Raja-Raja Melayu
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Agama Rasmi Malaysia
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

6. Bahasa Rasmi Malaysia
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Hak dan Keistimewaan Orang Melayu & Bumiputera
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). Jelas di sini, melalui perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui, ada pelbagai perkara yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai tradisi masyarakat kita tak kiralah kita daripada bangsa apa sekalipun. Memahami wasiat ini sebenarnya cukup penting bagi seorang rakyat Malaysia faham dan kenal apa itu ertinya menjadi seorang rakyat Malaysia ketika ini. Tanpa pengetahuan yang cukup tentang perkara-perkara yang tak sepatutnya disangkal, pasti mudah untuk sesetengah pihak menimbulkan huru-hara dalam negara yang hanya akan menjurus kepada perpecahan. Jika anda sayang Malaysia, tak kiralah apa saja agama dan bangsa anda, hayatilah wasiat ini dan tonjolkanlah sifat muhibah sesama kita agar negara kita dapat terus membangun dengan jayanya.​
 
Sponsored Post

cagar11th

Active Member
Messages
1,557
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,557
Reaction score
9
Points
25
no 2 banyak tergadai....
https://www.bharian.com.my/berita/n...yu-didakwa-hanya-tinggal-kira-kira-12-peratus

"
Timbalan Pengerusi ADAB, Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, isu tanah rizab
Melayu adalah isu besar kerana jumlah tanah berstatus demikian berkurangan dengan mendadak daripada lebih 50 peratus suatu ketika dulu kepada hanya kira-kira 12 peratus ketika ini.

"Ia sudah diambil dan dibangunkan dengan pelbagai projek, projek kerajaan dan projek perumahan. Walaupun ada undang-undang (tanah rizab yang diambil) mesti diganti sertamerta, tetapi tidak digantikan.

"Maka banyaklah tanah rizab yang diambil oleh kerajaan negeri, tetapi tidak diganti sebaik-baiknya dengan tanah yang sama tara, sama taraf dan sama nilai.

Beliau menggesa pihak yang berkenan mencari jalan menebus tanah rizab yang sudah diambil dan tergadai kepada bangsa lain atau menggantikannya dengan tanah lain yang sama nilai, malah tindakan pendakwaan di mahkamah harus diambil jika perlu untuk menegakkan keadilan.

"Jika boleh, ambil semula dan dakwa orang salah guna kuasa yang meminda status tanah berkenaan. Jika perlu tuduh di mahkamah demi memperoleh keadilan, maka langkah itu perlu dilakukan segera jika pengambilan tanah rizab Melayu yang dibuat itu salah dari sudut undang-undang.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register