7 pelajar UPM dilucut kemenangan ke mahkamah?

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
7 pelajar UPM dilucut kemenangan ke mahkamah?

PETALING JAYA, Feb 3 — Tujuh pelajar, yang dipercayai dari kumpulan Pro-Mahasiswa, yang dilucutkan kemenangan tidak sampai 24 jam selepas memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), dijangka akan ke mahkamah untuk mencabar keputusan itu.

Jika tindakan itu diambil, ia dilihat sebagai kali pertama keputusan pilihan raya kampus bakal dicabar di mahkamah.

Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan yang sedang mengadakan perbincangan peguam masing-masing dijangka membuat keputusan muktamad mengenainya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.

“Usaha untuk menemui Naib Canselor belum berhasil dan kemungkinan kami akan menemui beliau dalam waktu terdekat.

“Jadi kami tunggu hasil pertemuan dahulu, apa yang hendak dilakukan oleh Naib Canselor... sama ada menerima kemenangan mereka ataupun mengadakan semula pilihan raya kampus bagi kerusi MPP,” kata bekas pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa UPM, Abdul Razak Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan menerima surat dilucutkan kemenangan petang Rabu lalu dengan dinyatakan telah melakukan tiga kesalahan iaitu bertanding atas tiket secara berkumpulan, berkempen tidak mengikut tempoh ditetapkan dan berkempen menggunakan media baru seperti SMS, laman web atau blog.

Pilihan raya kampus UPM diadakan Selasa lalu.

Mereka merupakan sebahagian daripada 11 calon barisan yang dipercayai menganggap diri mereka kumpulan Pro-Mahasiswa yang memenangi kerusi MPP kali ini.

Pelajar-pelajar yang dilucutkan kemenangan ialah Muhammad Hazim Mohd Noh, Amirul Rahman Mohd Khozam, Muhamad Hanif Md. Radzi, Muhamad Rafi Abu Bakar, Nurul Hanisah M Yunus, Siti Hajar Zolqarnain dan Azlinda Abdullah.

Sebelum ini Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa, Ahmad Faris Rakbi berkata ketujuh-tujuh pelajar berkenaan tidak akan mengemukakan rayuan.

“Mereka tidak akan membuat rayuan sebab kemenangan mereka dibatalkan selepas kami menang pilihan raya, malah kenyataan dibuat pihak pengurusan universiti tidak mengemukakan bukti kepada tuduhan-tuduhan yang dikenakan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan pengurusan mengambil tindakan itu ekoran bantahan yang diterima daripada kumpulan Pro-Aspirasi ataupun Penggerak Mahasiswa.

Calon-calon kumpulan Pro-Aspirasi mengulangi kemenangan besar mereka dalam pilihan raya kampus UPM kali ini.

Kumpulan Pro-Aspirasi memenangi 37 daripada 48 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya memenangi 11 kerusi berbanding 13 kerusi ketika sesi pengajian lalu.
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
politik x pernah mudah utk di harungi..septutnye tiada campurtangan pihak luar jika kita nak melahirkan bakal2 pemimpin yg bole menaikkan malaysia dr pelbagai aspek..
 

zack16

Active Member
Joined
Dec 9, 2009
Messages
1,008
Reaction score
7
Points
25
politik u pun nak guna kuasa vektor gak ker....adusssssssssss wat malu ja...aku waktu darjah 1 pilih ketua darjah main angkat tangsn jer...walaupun calon tu cikgu tak suka...tapi kami suka so dialah ketua darjah kami...(aku lah ketua darjah waktu tu hu huhu)
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
macam-macam berlaku skang nih
 

dr_zool

Legendary Member
Joined
May 26, 2009
Messages
13,409
Reaction score
59
Points
120
smpai masuk mahkamah tuh..

peh..

kt tmpt aku PRK ni x rse pape pn
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
politik u pun nak guna kuasa vektor gak ker....adusssssssssss wat malu ja...aku waktu darjah 1 pilih ketua darjah main angkat tangsn jer...walaupun calon tu cikgu tak suka...tapi kami suka so dialah ketua darjah kami...(aku lah ketua darjah waktu tu hu huhu)
Hahaha... ayat sempoi..
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
kat U ni tempat budak2 blajar..
kang da yg tak pasal2 kantoi exam sbb politik..
bagus la..ajar budak2 tamak kan kuasa n blajar cara politik luar..
yg aku tgk,bila dah slalu menang tibe2 kalah mcm2 tactic depa blajar dari politik luar..last2 terdidik lah anak bangsa yg gile kuasa..
politik nie btl cara nye takpe jugak..niat politik kat U dah salah dah gaya nye nie..
 

niko

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2009
Messages
3,052
Reaction score
24
Points
30
kdng2 pntng gak politik ni,sdikit sbnyk mematangkn student tu sndiri...aku sokong tindkn student tu,slamat berjuang aku ucapkn,dari pro-mahasiswa um...hahahaa...
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
jadinya kalian nak mereka ni jadi lembu cucuk hidung? kena sebat kat punggung tanpa sebab pun, layan je...

mereka rasa dizalimi, tentang sampai mati...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register