BTC USD 27,817.7 Gold USD 1,959.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 Maut Stor Bunga Api Meletup Di Mexico

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

7 maut stor bunga api meletup di Mexico​

21 Mac 2023 08:33pm

2135051.jpg


Insiden letupan dahsyat akibat bunga api yang berlaku di Mexico City pada 2006.- Agensi


MEXICO CITY - Tujuh maut manakala 15 cedera selepas sebuah rumah menghasilkan dan menyimpan bunga api tanpa lesen meletup.

"Letupan berlaku dalam sebuah rumah yang disyaki menjadi stor rahsia untuk menyimpan bunga api yang diperoleh dari kilang," kata pejabat perlindungan awam negeri, Morelos.

Tambahnya, insiden berlaku di bandar Totolapan, terletak kira-kira 80 kilometer di selatan Mexico City.

Insiden letupan bunga api sering berlaku di Mexico kerana ia dijalankan tanpa lesen sehingga mengabaikan langkah keselamatan diperkenalkan pihak berkuasa.

Pada Disember 2006, beberapa letupan menggegarkan sebuah pasar menjual bunga api di Tultepec, berhampiran Mexico City dan mengorbankan 42 orang manakala puluhan lagi cedera. - AFP


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register