7 kes penggodaman data terbesar dalam sejarah

Recommended Brokers


Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
702
Reaction score
265
Points
31


Penggodaman dan kecurian data adalah realiti dalam kehidupan abad ke 21.

Kecurian data yang paling terkini adalah melibatkan Captial One. Bank tersebut telah menyatakan pada Isnin lalu bahawa penggodam telah mempunyai akses kepada lebih daripada 100 juta maklumat peribadi pelanggannya. Penggodaman tersebut berpotensi mendedahkan nombor Keselamatan Sosial orang ramai, nombor akaun bank, alamat, skor kredit dan had, diantara data yang lain.
Jumlah yang dinyatakan adalah besar, tetapi ia bukanlah kes penggodaman yang paling buruk.


1. Yahoo!
Sejarah kecurian data terpenting bagi Yahoo pada tahun 2013 yang melibatkan sejumlah 3 bilion orang. Syarikat itu telah mendedahkan perkara tersebut pada tahun 2017 yang melibatkan setiap akaun pelanggan digodam ketika itu, termasuk pengguna Tumblr dan Flickr.
Altaba, yang telah keluar dari Yahoo selepas syarikat itu menjual sebahagian besar hartanahnya kepada Verizon, telah membayar sebanyak $35 juta pada tahun lalu untuk menyelesaikan bayaran kepada pelabur yang terbabit akibat daripada penggodaman tersebut.


2. First American
First American Financial Corp, hartanah Amerika dan penanggung insurans, telah mendedahkan pada Mei 2019 yang mana 900 juta fail pelanggan telah bocor.
Dokumen digital yang telah diakses termasuk maklumat peribadi, seperti nombor Keselamatan Sosial dan akaun bank. Tetapi tidak dinyatakan secara jelas tentang jenis data yang telah dicerobohi.


3. Facebook
Pada April, para penyelidik telah menemukan koleksi data yang besar dikalangan pengguna Facebook yang telah didedahkan secara terbuka oleh server pengkomputeran awan Amazon.
Dua dari pihak ketiga pemaju aplikasi Facebook didapati telah menyimpan data pengguna pada server Amazon dengan cara yang membolehkannya dimuat turun oleh orang ramai, menurut laporan dari UpGuard, firma keselamatan siber.

Ia adalah salah satu daripada kecurian data yang telah diumumkan Facebook dalam beberapa tahun. Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan telah mengumumkan pada minggu lalu sebanyak $ 5 bilion dikenakan terhadap syarikat untuk menyelesaikan bagaimana syarikat itu boleh kehilangan kawalan terhadap data peribadi yang besar dan kesilapannya berkomunikasi terhadap pengguna.


4. Marriott
Marriott (MAR) berkata pada tahun lalu bahawa terdapat individu yang telah memperolehi "akses yang tidak dibenarkan" kepada sistem tempahan tetamu selama hampir lima tahun. Kira-kira 500 juta maklumat tetamu telah diakses, termasuk nama, nombor pasport dan butiran kad kredit.
Rantaian hotel menghadapi denda sebanyak $ 124 juta kerana gagal melindungi data pelanggan dari pengawal selia UK dibawah peraturan ketat privasi yang baru di Eropah, dinamakan Peraturan Perlindungan Data Umum.


5. Adult FriendFinder
Laman web terbesar Adult FriendFinder berkata pada tahun 2016 yang lalu sebanyak 412 juta maklumat peribadi pengguna mereka telah bocor – penggodaman kedua yang dialami oleh syarikat tersebut dalam masa setahun.


6. Equifax
Equifax (EFX) telah mendedahkan pada tahun 2017 yang mana maklumat peribadi sebanyak 143 juta orang telah digodam. Penggodaman ini amat membimbangkan kerana Equifax merupakan salah satu syarikat utama yang boleh menjejaki penghutang kepada hampir semua warga Amerika dan menjual maklumat sulit tersebut kepada bank-bank, syarikat kad kredit dan pelanggan-pelanggan yang lain.
Syarikat itu baru-baru ini telah bersetuju untuk membayar sehingga $ 700 juta kepada pengawalselia negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan siasatan berkenaan kejadian tersebut, merupakan penyelesaian terbesar yang pernah dibayar untuk kes kebocoran data.


7. Capital One
Suspek penggodam bernama Paige Thompson dituduh menceroboh server Capital One (COF) dan memprolehi akses kepada 140,000 nombor Keselamatan Sosial, 1 juta nombor Insurans Sosial Kanada dan 80,000 nombor akaun bank, sebagai tambahan kepada nombor nama, alamat, skor kredit, had kredit, baki dan maklumat lain, menurut bank dan aduan Jabatan Kehakiman AS yang telah difailkan pada Isnin.

Secara keseluruhannya, lebih daripada 100 juta akaun pelanggan Capital One telah pun digodam.


===================================================

7 of the biggest hacks in history

New York (CNN Business)Data breaches and hacks have become facts of life in the 21st century.

The most recent hack involves Capital One. The bank said Monday that a hacker gained access to more than 100 million of its customers' personal information. The breach potentially compromises people's Social Security numbers, bank account numbers, addresses, credit scores and limits, among other data.
That number is huge, but it's not the worst breach ever.

1. Yahoo!
Yahoo's epic, historic data breach in 2013 compromised 3 billion people in total. The company revealed in 2017 that the accounts for every single customer during that time had been breached, including users of Tumblr and Flickr.

Altaba, what's left of Yahoo after the company sold most of its properties to Verizon, paid $35 million last year to settle charges that it misled investors about the hack.


2. First American
First American Financial Corp., an American real estate and mortgage insurer, revealed in May 2019 that it left 900 million sensitive customer files exposed.
The trove of digital documents that could have been accessed included private information, such as Social Security numbers and bank accounts. But it's not clear if any of the files were improperly accessed.


3. Facebook
In April, researchers discovered a vast collection of data on Facebook users was publicly exposed on Amazon's cloud computing servers.
Two third-party Facebook (FB) app developers were found to have stored user data on Amazon's servers in a manner that allowed it to be downloaded by the public, according to a report from UpGuard, a cybersecurity firm.

It was one of many data breaches that Facebook has announced over the years. The Federal Trade Commission announced last week a $5 billion settlement with the company over how the company lost control over massive troves of personal data and mishandled its communications with users.


4. Marriott
Marriott (MAR) said last year that someone had gained "unauthorized access" to its guest reservations system for nearly five years. Approximately 500 million guests' information could have been accessed, which includes names, passport numbers and credit card details.
The hotel chain faces a $124 million fine for failing to protect customer data from UK regulators under Europe's tough new privacy rules, called General Data Protection Regulation.


5. Adult FriendFinder
Swinger website Adult FriendFinder said in 2016 that as many as 412 million users had their personal information exposed — the company's second hack in a year.


6. Equifax
Equifax (EFX) disclosed in 2017 that personal information of as many as 143 million people was compromised. This breach was particularly alarming as Equifax is one of the major companies that tracks credit histories of almost all Americans and sell that sensitive information to banks, credit card companies and other clients.

The company recently reached a deal to pay up to $700 million to state and federal regulators to settle probes related to the incident, the largest settlement ever paid for a data breach.


7. Capital One

A hacker named Paige Thompson is accused of breaking into a Capital One (COF) server and gaining access to 140,000 Social Security numbers, 1 million Canadian Social Insurance numbers and 80,000 bank account numbers, in addition to an undisclosed number of people's names, addresses, credit scores, credit limits, balances and other information, according to the bank and a US Department of Justice complaint filed Monday.
In total, more than 100 million Capital One customers' accounts could have been compromised.


Sumber : CNN
 

Attachments

Top
Log in Register