BTC USD 39,023.7 Gold USD 1,815.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 Julai Keputusan Kes Pampasan Anak Mati Dalam Tahanan 2014

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
24.06.2021 - Kuala Lumpur, Keluarga pekerja am sebuah kilang Kamarulnizam Ismail perlu menunggu sehingga 7 Julai ini untuk keputusan lengkap mengenai rayuan mereka di mahkamah untuk mendapatkan pampasan atas kematiannya ketika dalam tahanan pada tahun 2014. Ini susulan Mahkamah Rayuan hari ini yang menangguhkan tarikh tersebut untuk memutuskan sebahagian rayuan oleh ibunya yang berusia 71 tahun, Rahaya Salleh dan juga pihak berkuasa penjara, semasa prosiding dalam talian melalui aplikasi zoom pagi ini.

Sidang tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Yaacob Md Sam hari ini sebahagiannya mengizinkan rayuan pihak berkuasa untuk mengetepikan perintah bayaran gantirugi oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2019 kepada keluarga, dengan pampasan RM100,000 atas penahanan yang tidak sah dan RM50,000 untuk misfeasans (salah laku) di jabatan awam. Sidang hakim yang juga terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Ahmad Nasfy Yasin dan M Gunalan, juga meningkatkan kos undang-undang yang diberikan kepada keluarga daripada keputusan awal mahkamah rendah sebanyak RM12,000 menjadi RM30,000, dan ganti rugi khas kepada keluarga sebanyak RM10,000.

Walau bagaimanapun, keluarga si mati berpotensi kemudian diberikan jumlah kuantum yang lebih tinggi kerana tuntutan kecuaian dan tanggungan, bergantung kepada bagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan kedua-dua isu khusus ini pada 7 Julai. Ketika dihubungi selepas prosiding dalam talian hari ini, peguam keluarga M Visvanathan (gambar, atas) mengesahkan Mahkamah Rayuan hari ini sebahagiannya membenarkan rayuan pihak berkuasa untuk mengetepikan ganti rugi RM100,000 untuk penahanan yang tidak sah dan RM50,000 untuk penyalahgunaan di pejabat awam.

Peguam itu juga berkata sidang tiga hakim hari ini menetapkan 7 Julai untuk memutuskan rayuan keluarga atas tuntutan tanggungan dan juga mengenai isu kuantum kerana kecuaian. Visvanathan menambah keluarga itu menuntut RM71,400 untuk tuntutan tanggungan dan RM250,000 untuk jumlah atas kecuaian. Walaupun mendapati kecuaian pihak berkuasa menyebabkan kematian Kamarulnizam, mahkamah rendah menolak tuntutan tanggungan oleh keluarga atas kematiannya di Penjara Tapah antara 7 dan 8 Mac, tujuh tahun yang lalu.

Pada Ogos 2019, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan saman keluarga terhadap 12 individu dan kerajaan kerana kematian dalam tahanan serta memerintahkan keluarga Kamarulnizam dibayar RM100,000 kerana penahanannya yang menyalahi undang-undang, RM50,000 bagi salah laku dalam jawatan awam, RM12,000 bagi kos perbicaraan penuh dan RM2,000 bagi perbelanjaan pengebumian.


Hukum Penjara 14 Hari

Kamarulnizam, seorang pekerja kilang, pertama kali ditahan di Balai Polis Bandar Perda di Pulau Pinang kerana kesalahan memiliki barangan curi pada bulan Mac 2014. Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dihukum penjara 14 hari serta denda RM800 sebelum dipindahkan ke penjara Tapah. Selepas tiga hari berada di penjara, dia ditemui tidak sedarkan diri dalam sel penjara Tapah dan kemudian meninggal dunia di hospital Tapah.

Laporan bedah siasat mendapati Kamarulnizam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru yang teruk, namun keluarganya mendapati lebam pada badannya tidak konsisten dengan punca kematian, lantas membuat laporan polis. Pada Mac 2017, ibu Kamarulnizam, Rahaya, memfailkan saman itu diwakili peguam M Visvanathan terhadap pihak-pihak berkenaan dan memohon ganti rugi bagi tanggungan, salah laku dalam jawatan awam, ganti rugi teruk, teladan dan khas.

Peguam kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi mewakili pihak berkuasa dan kerajaan.

1624533588496.png

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/580246
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,033
Reaction score
13,742
Points
1,906
1625638108665.png


Keluarga pekerja am mati dalam tahanan 2014 dapat pampasan RM300,000​



Diterbitkan 7 Jul 2021, 12:00 pm



Mahkamah memerintahkan keluarga pekerja am sebuah kilang Kamarulnizam Ismail hari ini untuk mendapat pampasan RM250,000 atas kecuaian dan RM40,800 untuk tuntutan tanggungan susulan kematiannya dalam tahanan pada 2014.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan oleh ibunya yang berusia 71 tahun, Rahaya Salleh mengenai pampasan susulan kematian anaknya itu.

Dalam keputusan sebulat suara oleh sidang tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Yaacob Md Sam, mahkamah juga memerintahkan pihak berkuasa untuk membayar RM5,000 sebagai kos guaman kepada keluarga.
Keputusan itu dibuat semasa prosiding dalam talian melalui Zoom

Pada 24 Jun, Mahkamah Rayuan sebahagiannya mengizinkan rayuan pihak berkuasa untuk menggugurkan pampasan mahkamah yang lebih rendah sebanyak RM100,000 kepada keluarga itu kerana penahanan yang tidak sah dan RM50,000 untuk salah guna jawatan awam (misfeasans).

Ketika itu, hakim yang bersidang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Ahmad Nasfy Yasin dan M Gunalan, meningkatkan kos undang-undang kepada keluarga yang diberikan oleh mahkamah lebih rendah iaitu daripada RM12,000 menjadi RM30,000 dan membenarkan ganti rugi khas keluarga sebanyak RM10,000.

fed231fbfb72982a33bcf57bc8682bb1.jpg


Sebelum ini, peguam M Visvanathan (gambar, atas) yang mewakili keluarga itu berkata pihaknya menuntut RM71,400 untuk tuntutan tanggungan dan RM250,000 untuk jumlah kecuaian.

Pada Ogos 2019, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan saman keluarga terhadap 12 individu dan kerajaan kerana kematian dalam tahanan serta memerintahkan keluarga Kamarulnizam dibayar RM100,000 kerana penahanannya yang menyalahi undang-undang, RM50,000 bagi salah laku dalam jawatan awam, RM12,000 bagi kos perbicaraan penuh dan RM2,000 bagi perbelanjaan pengebumian.

Walaupun mendapati kecuaian pihak berkuasa menyebabkan kematian Kamarulnizam, mahkamah rendah menolak tuntutan tanggungan oleh keluarga atas kematiannya di Penjara Tapah antara 7 dan 8 Mac, tujuh tahun yang lalu.

Kamarulnizam, seorang pekerja kilang, pertama kali ditahan di Balai Polis Bandar Perda di Pulau Pinang kerana kesalahan memiliki barangan curi pada bulan Mac 2014.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dihukum penjara 14 hari serta denda RM800 sebelum dipindahkan ke penjara Tapah.

Selepas tiga hari berada di penjara, dia ditemui tidak sedarkan diri dalam sel penjara Tapah dan kemudian meninggal dunia di hospital Tapah.

Laporan bedah siasat mendapati Kamarulnizam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru yang teruk, namun keluarganya mendapati lebam pada badannya tidak konsisten dengan punca kematian, lantas membuat laporan polis.

Pada Mac 2017, ibu Kamarulnizam, Rahaya, memfailkan saman itu diwakili peguam M Visvanathan terhadap pihak-pihak berkenaan dan memohon ganti rugi bagi tanggungan, salah laku dalam jawatan awam, ganti rugi teruk, teladan dan khas.

Peguam kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi mewakili pihak berkuasa dan kerajaan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register