- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,520
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
PETALING JAYA: Tujuh penghantar surat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol dua pelajar perempuan berusia 14 dan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah rumah sewa, 29 Disember tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Faizal Ja’afar, 25; Muhammad Rashikin Ab Rahman, 25; Roslan Rosly, 24; Norman Amat Salleh, 21; Mohamad Shahmir Nasir, 25; Mohd Affandi Tahir, 26 dan Mohammad Syah Fawwaz Samsudin, 21, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas jurubahasa pertuduhan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Faizal Ja’afar, 25, dan Muhammad Rashikin Ab Rahman, 25, didakwa merogol pelajar berusia 14 tahun di rumah sewa mereka di Mentari Court, Taman Seri Mentari, Jalan PJS 8/9, di sini.
Di tempat dan waktu yang sama, Roslan, Norman dan Mohamad Shahmir pula didakwa merogol seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar sekolah agama.
Sementara itu, Mohd Affandi dan Mohammad Syah Fawwaz dituduh merogol kedua-dua gadis berkenaan di tempat dan waktu yang sama.
Ketujuh-tujuh tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Chang Chee Fong tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap semua tertuduh.
Peguam Esther Tan Siew Choon yang mewakili enam tertuduh kecuali Affandi membantah permohonan pendakwaan atas dakwaan mangsa dengan rela hati mengikut tertuduh pulang ke rumah dan tiada keganasan berlaku.
Affandi yang diwakili Peguam V Sri Kumar turut memberi hujahan yang sama.
Hakim Rozina Ayob membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula.
mangsa sendri yg rela hati ikut balik rumah,ape ade hal